Saturday, October 11, 2008

Soto Ayam

SOTO AYAM

*Bahan-bahan Kisar*
1 1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia

*Bahan Lain*
3 bunjut sup bunjut
2 kiub ayam
10 cawan air
1 ekor ayam dipotong kecil
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
Daun bawang dihiris nipis
Bawang goreng

*Cara Membuatnya*

1. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan air, sup bunjut, kiub ayam dan ayam.
3. Apabila ayam sudah masak angkat ayam tersebut.
4. Perasakan sup dengan garam.
5. Ayam yang telah masak tadi boleh disiat-siat untuk dimakan
bersama
soto nasi nanti. Tetapi Jeni lebih suka menggaul semula ayam tadi
dengan
garam kunyit dan goreng kembali ayam tersebut sekadar
menggaringkan kulit
luar ayam tadi dan kemudian menyiat ayam yang telah digoreng tadi.

*Bergedil Kentang*

*Bahan-bahan*
Ubi kentang
Lada Sulah
Garam
Telur

*Cara Membuatnya*

1. Kentang dipotong kiub dan kemudiannya digoreng sampai masak.
Angkat.
2. Apabila telah sejuk, kisarkan ia dalam food processor sampai
lumat.
3. Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
4. Bentukkan ia menjadi bebola kecil.
5. Golekkan ke dalam telur yang telah dipukul.
6. Gorengkan dengan minyak yang telah panas.

*Sambal Kicap*

*Bahan-bahan*
Kicap manis
4 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 sudu besar asam jawa

*Cara membuatnya*

1. Tumbuk lumat bawang putih bersama cili padi.
2. Bancuh asam jawa bersama lebih kurang 1/2 cawan air.
3. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam bancuhan asam jawa.
4. Masukkan kicap dalam secawan ke dalam bancuhan asam jawa tadi.
5. Kicap dan asam jawa ini boleh diadjust mengikut citarasa
masing-masing.

--
~Jeni~
"Dapur berasap selepas online"
http://jeni.resipi.net

1 comment:

! ! @nn@im! ! said...

su, satu jer ker resepi...masukkan lah puding yg su buat tu.... :)