Thursday, October 9, 2008

cerpen-Dia lah di Hati part19

Di hujung kerusi panjang di taman hospital, Ika menangis sorang-sorang.... Tiramisu oh tiramisu Tiba-tiba.. nokia 6600 nya berbunyi lagu aku cinta kau dan dia. Ika terkejut dan terus bertambah siat di atinya mendengar bait-bait lagu tu.. direnungnya permukaan skrin handphone itu. Tertera nama Ajib.. Hem... budak nie lagi... baru aku nak berdukacita mesti dia ada!! Ika buat-buat bodoh jer sambil melayan lagu itu walaupun duka di atinya bertambah-tambah ketika mendengar handphone itu berbunyi. Tak cukup sekali,dua kali, tiga kali sampai akhirnya ika terpaksa mengoffkan terus kerana Makcik berkerusi roda yang sedang bersiar-siar ngan anak dia tidak jauh dari Ika mula mengeluarkan handphonenya pula..Hem...ingat aku nak tayang true tune aku ler tu..orang tengah jiwa parah nie... Fikirannya mengimbas kembali peristiwa sebentar tadi. Mungkin Alfa hanya teringat orang yang berada dihadapannya saja kot.. fikir Ika memujuk ati.. aku tak ada kat depan dia, Tina yang ada kat situ,sebab tu dia ingat Tina, tak ingat aku... tambahnya lagi. Ya..!! Ya...!! Tanpa sedar Ika menjerit keriangan kerana dirasakan telah menemui jawapan tindak balas Alfa sebentar tadi. Dia masih mencintai aku... Ika bersorak sorang-sorang sambil ketawa riang.. tapi segera di diamkan mulutnya apabila Makcik tadi dan anaknya merenung ke arah dia.. Ika tersenyum simpul.. hehe... mesti diorang ingat aku tersilap hospital... kekeke... Ika segera duduk bersimpuh di atas kerusi panjang tu. Hatinya berbunga-bunga keriangan di atas segala penyelesaian yang dia dapat tadi.. hem.. aku nak pegi beli cendol ler kat Alfa.. tiramisu?? Ahh... makan ler apa yang aku beli... dengan aku dia makan cendol jer selalu... Ika berkata dalam ati sambil kakinya melangkah ke perkarangan luar hospital. Sesampainya di kedai, segera dia memesan cendol dan ais kacang, bungkus. Sebungkus cukup ler. Aku dan Alfa leh syer.. hehe.. mana tau rasa bekas mulut aku.. dia ingat terus kat aku... kekeke... Ika tersenyum sorang-sorang sambil matanya berkeliaran memerhatikan pelusuk kedai tu. Eh..Makcik tu ada gak ngan anak dia.. Ika berkata sedikit terkejut. Matanya bulat memerhatikan kedua beranak yang sedang menjamu selera tu. Pesakit pun leh keluar gak rupa-rupanye yer. Dia menundukkan sedikit kepalanya agar mereka tidak menyedari kehadiran dia. Sambil itu fikirannya melayang lagi kepada Alfa.. hem... jadi cam tu pulak.. baru ingat kata nak kawin.. mak dah bising... hai... hilang ingatan pula.. Ika seolah-olah menyalahkan takdirnya. Minah Mafia dah pun kawin, hidup bahagia ngan hubby dier kat luar negara. Ika teringat pula pada kawan lama itu.. tapi suami dia kejer apa ya?? Kaya raya... dok kat luar negara lak tu... ntah-ntah jual dadah kot?? Kekeke... Ika ketawa sesorang dalam hatinya.... tak baik tul aku nie... hehe... Sesudah beli cendol dan ais kacang, Ika terus melangkah pantas ke bilik rawatan Alfa. "Phewittt..." siul abang tukang kebun yang hensem iras Leonardo Dicaprio. Ika tersentak dan menoleh.... cehhh... tukang kebun pun hensem! "Apesal kacau saya?!" marah Ika. Abang tukang kebun tersenyum ala-ala cipan nak mengawan sambil bertongkat dagu pada cangkulnya. "Dah tu cik adik jalan macam ribut ni kenapa ? Abis terangkat kain tuh... cube jalan elok-elok kan manis... hah... ais kacang tu nak bagi kat abang ker? Meh la..." kata Leonardo tiruan itu. "Ummpphhhhssss...." Ika memuncung lalu terus berjalan pantas. Sesampainya di bilik Alfa, Ika rasa macam nak pengsan. Tina tengah suapkan Alfa nasi lauk unta kari. Alfa pulak nampak selera sungguh makan suapan Tina. "Alfa, ni saya belikan ais cendol untuk awak... awak kan suka makan ni... dulu kita selalu pegi kedai mamak, sekali awak tibai, sampai mamak tu hangin satu badan sebab awak sorang habiskan sumer stok cendol dia. Ni saya belanja awak ni, makan la..." kata Ika sambil menghampiri Alfa dan Tina. Walaupon malu, tapi dia tebalkan muka demi Alfa. "Errr... sori la Ika, Alfa takleh makan cendol ni, manis... doktor tak kasi makan..." kata Tina pula. Ika langsung sedih. "Tapi tadi awak bagi dia makan kek?" balas Ika. "Tak la... tadi tu saya tunjuk jer, nak kasi Alfa ingat balik kat saya... sebab dulu kitorang memang ada sejarah dengan tiramisu ni... sebab tu dia boleh ingat." balas Tina. Ika semakin sedihhh... Alfa pulak tanpa mempedulikan Ika terus melahap nasi lauk unta kari dengan lajunya.. "Burppp" bunyi kekenyangan Alfa.. Buruk tui bunyi.. "Dah kenyang Alfa?" tanya Tina dengan nada perlahan. Mamat nih macam xpernah makan.. "Dah.. Tapi kalau ade lagik, bley jerk" kata Alfa.. Wah betul-betul perot dinosar dia nih.. Sengih Tina. Ika masih disitu memerhati pasangan itu dengan perasaan hiba.. Air cendol tuh makin cair.. wap-wap kesejukan pun dah keluar.. ais dah betukar jadi cair.. Cair meleleh... Isk isk isk.. Dia nampak Tina di melemparkan senyum padanye.. Tak paham akan maksud senyuman gadis itu.. Tina segera merapati Ika. "Ika.." ujar gadis itu lembut. Ika hanya memandang tersenyum pahit.. segera Tina menarik tangan gadis itu, membawa Ika kepada Alfa. Alfa memandang Ika dengan wajah yang kosong. Tanpa apa-apa perasaan. "Alfa, ni Ika nih, tunang Alfa ingat x?" ujar Tina lembut.. Cube mengembalikan memori Alfa terhadap Ika.. "Tak" jawab Alfa pendek. Pedih hati Ika dengar jawapan tuh, pendek dan menyakitkan. "Hum..." hanya itu yang mampu Tina sebut.. Semalam mak dan ayah Alfa datang menjenguk lagik seperti biasa... Tapi keadaan yang serupa.. Dia memang xingat pada sesiapa pun.. Heran..hilang ingatan melampau nih.. Tina menarik Ika, jauh dari Alfa.. "Ika, jangan sedey key. Tina tinggalkan Alfa ngan Ika.. Cube citer kat dia sumer bende yang kowang pernah harungi bersama-sama.. Kalau ada gambo or apa-apa yang boleh mengambalikan ingatan dia.. Lagi bagus.. Jangan putus asa.. Bagi dia masa.. Key" ujar Tina lagi. "Baiklah Tina.. Terima kasih kerana menolong" ujar Ika terharu. Tina segera berlalu pergi dari bilik itu.. Meninggalkan pasangan itu. Penatlah Ika pikir-pikirkan apa kenangan yang boleh buat Alfa ingat pada dia. Ahhh.. payah sungguh. Lagikan mak bapak dia pun dia tak ingat, ni lagi nak ingat kat aku yang baru kenal berapa tahun, getus Ika. Aha ! Kerbau... kubang kerbau ! Ika tersenyum-simpul. Kenangan itulah yang paling manis di mana Alfa sanggup terjun ke kubang kerbau untuk membuktikan cintanya. Tapi..... Camana pulak nak bangkitkan pasal kerbau ni yer? Takkan nak gi beli poster kerbau besar-besar pastu tunjuk kat Alfa macam ajar budak tadika. 'Ini apa....??' Tanya cikgu Ika. 'Keeeerbaauuuuu....' jawab murid beramai-ramai. Errmmmm...camana yek? Ika mundar-mandir kat dalam bilik Alfa. Alfa pulak buat donno sambil dengar discman. Apa la budak pompuan ni dok tunggu aku dari tadi, nak halau kesian lak...last-last Alfa biar jer... "kerbau oh kerbau kenapa engkau gemok ? Macam mana aku tak gemok, aaaku kuat makan.... aaaku kuat makan!" "Makan oh makan kenapa engkau kuat ? Macammana aku tak kuat, aaaku superman... aaaku superman !" Uiikksss? Kembang kempis hidung Alfa sebab kehairanan. Apa kena dak pompuan ni??? Walopon dia dengar discman tapi sayup-sayup masih dapat tangkap suara Ika menyanyi-nyanyi dengan riangnya siap dengan aksi sekali... mula tu Alfa heran kenapa budak ni bengkokkan dua tangannya dengan kaki pon bengkok gak... rupanya aksi kerbau berdiri dengan dua kaki belakang, kaki depan bengkok. Kehahhahahhaaaa.. lawak toi la... tapi apasal dia asik ulang tang kerbau tu ? Errmmm.. peminat kerbau kottt.. "Tolong.. tolong.. ader orang dari hospital tanjung rambutan terlepas... tolong.." jerit Alfa. Aku tersentak.. "Sampai hati awak kate saye gile" aku hampir melelehkan air mata.. hampir terburai.. "Saye cuba berusaha nak awak pulih semula" aku hanye berkata dalam hati. hati ku betul² terguris.. aku sanggup memperbodohkan diri aku untuk ko Alfa... walaupun ko ilang ingatan.. kalu ko cakap elok² kan boleh.. kenapa cengini sekali ko luka kan hati aku.. dah la hati ku masih terluka atas kemesraan ko ngan Tina.. sekarang ko plak yang makin parah kan hati aku nih.. "Alfa.. selamat tinggal.. aku akan mengundurkan diri aku..ni aku pulangkan cincin pertunangan kite.." sambil menghulurkan cincin itu kepada Alfa.. aku terus keluar membawa diri. Aku betul² dengan keputusan aku.. tiada lagi talian hayat untuk sambung semula ngan Alfa lepas nih.. huhh... ini adalah keputusan muktamad.. keputusan yang sebenarnya aku tak boleh terima.. tapi aku akan kuat kan diri aku untuk menempuhi dugaan nih.. aku betul² sayang kan dia.. tapi mungkin Tina adalah segala²nye bagi dia. Hari nih aku telah sediakan surat berhenti kerja.. tunggu mase je untuk bagi pada En. Raja.. aku tanak lagi kerja kat sini.. tanak lagi pikirkan kenangan aku ngan Alfa. "Ikis.. En. Raja ader tak..?" tanye ku pada seketeri kesayangan En. Raja. "Ader.. nape..?" Ikis bersuara. "Aku nak jumpa dia.. ader hal sikit" jawab ku kembali. "Ader hal aper nih.. ko jangan memacam.. tuh aku punya tau.." gerutu Ikis. "Hehe.. takda mase aku nak abang buncit ko tuh.. ramai lagi balak hensem kat luar tuh aku bleh ngorat..." aku ketawa ngan gelagat Ikis. "Haha..aku gurau je..ader..masukla.." kate Ikis. "thanks Ikis.."kate ku kembali. "En. Raja.. are u busy.." tanye ku. "Nop.. sile duduk.. nape.. ader aper yang perlu saye bantu.." tanye En Raja kembali. Aku menyerah kan surat yang ader dalam gengaman tangan ku. "Ika.. ni surat berhenti kerja ker..?" Raja meneka. "Ye En. Raja.." jawab ku hairan.. belum buka macam mana dia bleh tau. "En. Raja.. macam mana En. Raja bleh tau..?" tanye ku kehairanan. "Cik Ika.. saye dah kerja lebih 5 tahun sebagai bos admin.. dari pengalaman yang lepas saye dah boleh agak.." En. Raja menerangkan sebab-sebab kenapa dia boleh tau aku beri surat berhenti kerja. "Tuh surat berhenti kerja 24 jam En. Raja.." kate ku. "Cik Ika.. kenapa nak berhenti kerja serta merta nih.. saye perhatikan awak takda masalah ngan tempat kerja nih.. malah komitmen awak bagus kat sini... kalau ader masalah takkan sampai bertindak sebegini rupa.. kalau ader masalah kat sini boleh kite bincang.. saye bukan nak jaga tepi kain orang.. tapi takde masalah yang tak boleh di selesaikan..." pujuk En Raja. "Saya tau En. Raja.. tapi nih personal problem.. saye mesti berhenti kerja jugak.." terang ku. "Ok.. kalau camtu saye beri awak cuti selama 2 minggu untuk awak selesaikan problem awak tuh.. saye taknak pekerja sebagus awak meninggalkan syarikat nih.." En. Raja memberi cadangan kepada ku. "Tak boleh En. Raja.. saya tetap dengan keputusan saya.." aku berkeras. "Err.. pikir masak² Cik Ika..." pujuk En. Raja lagi.. beria-ia En. Raja taknak aku berhenti. "Saye dah pikir masak² En. Raja.. saye tetap dengan keputusan saya nak berhenti kerja.." aku tetap berkeras. "Ermm.. kalau camtuh saye tak boleh paksa awak Cik Ika.. saye dah cuba memujuk awak.. ok Cik Ika.. good luck.. semoga awak sukses ngan kerja kat tempat lain. .dan saye doakan problem awak dapat awak selesaikan.. kalau awak nak masuk sini semula.. di alu² kan.." kate En. Raja. "Terima kasih En. Raja... segala tunjuk ajar En. Raja saya hargai.." kate ku sayu. "Err Cik Ika.. tolong panggil kan Ikis bila aku keluar tuh" pesan En. Raja. "Baik En. Raja.." balas ku. "Err.. Cik Ika.. good luck.." "Thanks En. Raja.." Dua minggu kemudian, En. Raja panggil Ika ke opis untuk sain penyata gaji. Gaji terakhir kat syarikat tu...huhuuhuu... Ika walaupon berat hati terpaksa pergi jugak. karang kalo tak sain tak keluar lak gaji ni. Sesampainya di opis, Ika dup dap dup dap..... Keta Alfa ada kat tempat parking. Apa dia buat kat sini? Dah baik ke? Dah ingat balik ke? Senyap-senyap Ika menyelit ke bilik En Raja. Malas jumpa bebudak opis ni kang nanti kene jawap macam-macam soklan. "Wei... korang tengok ni!!!I ka datang la... Ika la..." jeritan Peah yang bagaikan guruh itu membantutkan langkah Ika ke bilik En Raja. Aisehhh... kantoi gak rupanya. Terpaksa la Ika layankan jugak kawan-kawan opismetnya. "Ika, mehh....jumpa Alfa. Dia dah keluar dari hospital. Dia pun datang nak sain penyata gaji. Dia berenti sementara kat opis ni, sementara ingatan dia dipulihkan, ada orang lain gantikan tempat dia. Kitorang sumer dia tak kenal tauuu... teruk betul penyakit dia tuh." Ikis tarik tangan Ika menuju ke bilik Alfa. Sebelum sampai ke bilik Alfa, Alfa lebih dulu keluar. Dia tergamam bila nampak Ika. "Ooo... jadi kita ni satu opis la yer..." kata Alfa. Ika diam je. Tiba-tiba Alfa gelak. Gelak. Gelak bagai orang giler. "Korang nak tahu tak... budak ni la yang buat sarkis kat dalam bilik aku dulu waktu aku kat hospital. Dia siap nyanyi lagu kerbau oh kerbau lagi... pastu... siap ada aksi kerbau menari... warkkkkkk kak kakk kah kahk akhhhkhh......" Alfa gelak sampai berair mata. Tak ingat dunia. Semua orang dalam opis tu mula berkerumun. Alfa merepek-repek sambil gelak sambil memalukan Ika. Tiba-tiba... Pangggg!!!! Satu tamparan wanita hinggap di pipi Alfa. Terus Alfa terdiam bagai tersedar dari mimpi. "Walaupun saya dah tak ada dalam memori awak, tapi harap awak boleh hormat orang lain. Sekurang-kurangnya hormat saya sebagai seorang perempuan asing, yang tak pernah awak kenal!!!" Ika terus berlari keluar sambil menangis. Orang lain semua terkebil-kebil. "Ika! Tunggu...." uiks? Ika berpaling. Alfa termengah-mengah kejar Ika. "Kenapa awak tampar saya Ika? Saya kan tunang awak? Ni awak nak gi mana, lari laju-laju ni?" tanya Alfa dengan muka inesennya. Ika terkejut sangat. Alfa... Alfa dah ingat? "Ika... baru saya teringat. Hari tu awak ada temankan saya kat hospital. Saya sakit apa sebenarnya Ika? Ika.. saya konpius sangat ni... kenapa hari tu saya tak ingat awak langsung yer...." Aku terus je blah dari situ.. betul² sakit hati di permalukan kali kedua.. huh.. aku tak hiraukan pujukan dia sampai la kat tempat parking. Alfa menarik aku dengan kasar. "Ika!! Kenapa ngan awak nih..." tengking Alfa.. aku hanye mendiam kan diri.. sakit tangan ku ditariknye. "Nih ha... untuk aper awak kembalikan cincin nih.. awak mau putus ngan saye ker Ika.. kenapa..? Kenapa Ika..? Aper yang saya dah buat ngan awak..? Besar sangat ker salah saye tuh..? Kenapa Ika.. jawab..? Jawab?" bertubi² soklan dari Alfa. "Lepas kan saye Alfa.. sakit la.. tolong la lepas kan saye.." rayu ku. "Tidak saye nak awak beritau dulu aper yang buat awak kembalikan cincin pertunangan kite nih.." tanye Alfa geram. "Saye nak putus..!" jawab ku ringkas. "What!!!!" Alfa terkejut.

No comments: