Tuesday, October 21, 2008

15 KESILAPAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK

15 KESILAPAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15) Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : menakutkan anak-anak dengan sekolah menakutkan dengan tempat gelap menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukaumenggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual) ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullahkerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(MaksudAl-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yangmudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan modelyang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yangbersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumahuntuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satukepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Sumber: diubahsuai dari Kuliah Mingguan Surau An-Nur, 10 Jun 1998 oleh Ustaz Khalid Haji Mohd Isa

INTERIOR DESIGN

hai linda..i'm zainul..i'm an interior designer...before i have my own id show on tv2 titiled id kreatif..it's was on air in 2004 and 2005..so if u need any help,plz contatct me at this number..i'm doing freelance on id,wedding planner and i have my own construction team..if u interseted, u can call me at this no..0176924992..tq

miracle of Quran

http://www.2muslims.com/directory/Detailed/224316.shtml

ISLAM PRESENTATION AUDIO LIBRARY

http://www.the-right-religion.com/sounds/cat1.htm

Islam presentation audio library

BORANG SPA

salammmmm layari laman web http://www.gov.my kemudian muat turun borang tersebut dan hantar borang permohonan sebelum 31/10/2008

Download Buku Doa dan Zikir dari al-Quran dan Hadis

Assalaamu'alaikum
Ramai di antara kita yang sememangnya rajin mengamalkan doa-doa serta zikir-zikir. Alhamdulillah, ia merupakan amalan-amalan yg soleh
Namun adakah doa-doa dan zikir-zikir yang anda amalkan itu benar-benar diajar oleh Rasulullah saw atau hanya rekaan manusia sahaja?
Sekiranya diberi pilihan di antara doa dan zikir yang diambil dari al-Qur'an dan Hadis dan doa rekaan manusia, yang mana akan menjadi pilihan anda?
Jika anda memilih Doa-Doa serta Zikir-Zikir dari Al-Qur'an dan al-Hadis maka anda mesti download buku Hisnul Muslim karangan Syaikh Sa’ed Ibn‘Ali Ibn Wahf Al-Qahtani yang dianggap terbaik dan paling authentic ini.
Sila ke alamat di bawah untuk mengdownload:
http://akob73. blogspot. com/2008/ 08/download- buku-hisnul- muslim.html
Selamat membaca dan mengamalkan doa-doa serta zikir-zikir dari al-Qur'an dan Hadis-Hadis Nabi
Sekian Wassalaam

What to Make of the Latest Good/Bad Vitamin News

What to Make of the Latest Good/Bad Vitamin News Not too long ago, many people were popping antioxidant pills -- certain vitamins, minerals, and plant substances (phytonutrients) -- with abandon. Antioxidants had earned mega praise as health insurance in a bottle, credited with fighting everything from heart disease and cancer to sniffles. Now, an analysis of 67 studies involving nearly a quarter of a million people says that big doses of these tablets and capsules are duds . . . at best.
Does this have anything to do with your mainstream daily multivitamin/mineral, which contains a wide array of antioxidants as well as many other nutrients? No. Don’t let the latest medical-study ping-pong match scare you away from a multi . . . much less from the phytonutrients in fruits and vegetables.
Truth is, when news organizations highlighted the 191-page antioxidant report, important details got lost. Two examples:
· Yes, beta carotene and vitamins A and E (all antioxidants) did raise the risk of death by 4% to 16%, but only in studies involving high doses -- more than 15,000 international units (IU) of A and 7,500 IU of E. That’s 3 to 300 times higher than recommended levels -- not smart. For instance, we know too much vitamin A increases your risk of lung and liver cancers, and bone weakening, too. (Choose a multi with fewer than 3,500 IU of A.)
· Meanwhile, selenium didn’t seem to affect the risk of dying, one way or the other. But as far as living well, selenium appears to lower some cancer risks and increase prostate health.
Also, while evidence against taking high-dose antioxidant supplements has been mounting, so has the support for eating lots of antioxidant-rich foods. One dramatic example: Taking supplements of vitamin A actually raises lung cancer risk in smokers. But new research has found that eating lots of strawberries, apples, beans, onions, brussels sprouts, and green and black tea -- all rich in antioxidants -- cuts the risk of lung cancer in smokers.
The likely moral of this nutritional story: All of us (not just smokers) need the complex cornucopia of nutrients in real food to fight cell damage and disease.
But since it’s easy to get too few antioxidants and other nutrients when you’re eating breakfast in the car, lunch at your computer, and dinner over the kitchen sink (we’re not recommending this, by the way; we’re just listening to what you tell us), we also believe it’s a good idea to take a mainstream multi as an insurance policy against a less-than-perfect diet. It’s also a good idea to divide it in two and take it twice a day -- it makes it easier for your body to absorb all those nutrients.
As for proceeding with caution with some antioxidants, here are our basic guidelines: 1. If you’re taking cholesterol-lowering drugs, be careful with vitamins E and C. These can inhibit the anti-inflammatory component of cholesterol-clearing statins such as Mevacor, Lipitor, Crestor, and Pravachol. While they’ll still lower your cholesterol, 40% or more of their benefits are anti-inflammatory, and you’d be missing out on those. Avoid taking more than 100 IU of E daily or 100 milligrams of C twice a day. (This flags another problem with these studies, by the way: They often involved medications that interact with C and E but didn’t limit the use of the two vitamins.)
2. If you’re facing cancer treatment, avoid antioxidant supplements entirely, unless your doc specifically tells you it is okay. They may help protect the cancer tissue, so they could make your treatment less effective.
3. If you want to up your intake of phytonutrient-rich foods (of course you do!), shop for fruits and veggies by color. The brighter and deeper the color outside (including deep greens), the more the phytonutrients are waiting inside. All-stars (in alphabetical order) include apples, bananas, blueberries, broccoli, carrots, citrus, cranberries, dark-colored beans (like black and kidney beans), figs, peaches, red cabbage, red peppers, spinach, strawberries, sweet potatoes, and tomatoes. Aim for at least nine servings of phytonutrient-rich fruits and veggies a day. A diet high in them can help your body combat cancer, heart disease, diabetes, and needless aging.
4. If you want a no-calorie way to boost your antioxidant supply, sip tea and coffee. Green and black tea as well as coffee are packed with antioxidants. We recommend more than 2 cups of each per day if you and your doc agree.
__________________________________________________

MENGHADIAHKAN PAHALA BACAAN KEPADA SI MATI

MENGHADIAHKAN PAHALA BACAAN KEPADA SI MATI
Jika dipertimbangkan mengikut logika akal, amalan membaca fatihah atau membaca ayat-ayat al-Quran kemudian menghadiahkan pahala bacaannya kepada si Mati (arwah), tentulah tidak ada salahnya, malah ia menggambarkan suatu perbuatan yang baik, bagus dan mulia. Begitu juga dengan membaca al-Quran dengan mengadakan kenduri arwah, tahlilan atau yasinan beramai-ramai atau berseorangan, sama ada yang dikhususkan di malam-malam tertentu, di hari-hari tertentu, di bulan-bulan tertentu atau di tempat-tempat tertentu seperti di atas kubur dan sebagainya, pastinya sekali pandang perbuatan ini adalah baik, malah menggambarkan pekerjaan terpuji kerana antara tujuannya ialah untuk menghapuskan dosa seseorang (roh orang mati) di samping mengirim pahala yang dibaca oleh orang yang ramai kepada si mati untuk mengurangkan penderitaannya. Namun, apabila dikembalikan kepada syara ia adalah perbuatan bid’ah yang mungkar.
Ada antara mereka (terutama pengemar kenduri arwah, yasinan, tahlilan dan selamatan) berhujjahkan hadis berikut untuk membolehkan membaca surah Yasin sama ada untuk menghapuskan dosa si Mati atau mengirim pahala bacaan tersebut kepada si Mati:
مَنْ زَارَ قَبْرَ وَالِدَيْهِ اَوْ اَحَدِهِمَا يَوْمَ الْجُمْعَةِ فَقَرَاَ يَس ، غُفِرَ لَهُ
“Barangsiapa yang menziarahi kubur orang tuanya atau salah seorang dari keduanya pada hari Jumaat, kemudian membacakan surah Yasin, maka akan diampunkan dosanya".
Hadis di atas ini adalah hadis batil, palsu atau tidak ada asal usulnya. Terdapat di dalam sanadnya seorang yang bernama 'Amar yang dikenali sebagai pemalsu hadis dan banyak meriwayatkan hadis-hadis yang batil. Imam Daraqutni rahimahullah berkata tentang 'Amar: "Amar adalah seorang pemalsu hadis".[1]
Terdapat beberapa ulama yang sezaman dengan Imam Syafie yang telah mengharamkan kenduri arwah, salah seorang dari mereka ialah sahabat Imam Syafie bernama Imam Muzani rahimahullah, beliau menolak pendapat mereka yang membolehkan kenduri arwah, malah beliau telah menfatwakan tentang pengharaman mengirim (menghadiahkan) pahala dari bacaan al-Quran untuk menyelamatkan orang mati sebagaimana yang diamalkan dalam majlis kenduri arwah, beliau berkata:
فَاَعْلَمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَ مَا اَعْلَمَ اللهُ مِنْ اَنَّ جِنَايَةَ كُلِّ امْرِئٍ عَلَيْهِ كَمَا اَنَّ عَمَلُهُ لَهُ لاَ لِغَيْرِهِ وَلاَ عَلَيْهِ
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi tahu sebagaimana Allah memberi tahu: Bahawa dosa tiap-tiap orang adalah buat kecelakaan dirinya sendiri sebagaimana amalannya itu buat kebaikan dirinya sendiri bukan untuk kecelakaan orang lain".[1]
Terdapat juga segolongan mereka yang berhujjahkan fatwa Syeikhul Islam Imam Ibn Taimiyah rahimahullah yang pernah membolehkan perbuatan mereka yang menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada orang yang telah mati, tetapi pada kenyataannya Syeikhul Islam Ibn Taimiyah telah ruju’ (menarik balik dan membatalkan fatwa beliau), yang mana beliau telah menegaskan:
“Bahawa bukan menjadi suatu kebiasaan bagi para Salaf as-Soleh apabila mereka mengerjakan solat-solat sunnah, berpuasa, haji dan membaca al-Quran lalu pahalanya dihadiahkan kepada orang yang telah mati”
Penarikan semula Syeikhul Islam Ibn Taimiyah terhadap fatwa beliau yang pada asalnya membolehkan (menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada si Mati) kemudian mengharamkannya, ianya boleh ditemui di dalam kitab Ali Abdul al-Kafi as-Subki “Takmilatul Majmu” - شرح مهذب تكملة المجموع jld. 10 hlm. 417.
Di dalam kitab (الخازن الجمل) juz. 4 hlm. 236 dan di dalam kitab “Syarah Muslim” juz 1 hlm. 90.. Imam an-Nawawi rahimahullah telah menjelaskan pendapat Imam as-Syafie tentang perbuatan yang diamalkan dalam majlis kenduri arwah iaitu pengiriman pahala kepada orang mati. Beliau berkata:
وَاَمَّا قِرَاءَ ةُ الْقُرْآنِ فَالْمَشْهُوْرُ مِنْ مَذْهَبِ الشَّافِعِى اَنَّهُ لاَ تَصِلُ ثَوَابُهَا اِلَى الْمَيِّتِ.
“Adapun bacaan al-Quran maka yang masyhur dikalangan mazhab Syafie bahawa tidak sampai pahala bacaan yang dikirim kepada orang yang telah mati”.
Sekali lagi Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan dalam kitab السبكي - تكملة المجموع ، شرح مهذب juz 10 hlm. 426 bahawa:
وَاَمَّا قِرَاءَ ةُ الْقُرْآنِ وَجَعَلَ ثَوَابَهَا لِلْمَيِّتِ وَالصَّلاَةُ عَنْهُ وَنَحْوَهَا فَذَهَبَ الشَّافِعِي وَالجُمْهُوْرُ اَنَّهَا لاَ تَلْحَقُ الْمَيِّتَ ، وَكَرَّرَ ذَلِكَ فِى عِدَّةِ مَوَاضِعِ فِى شَرْحِ مُسْلِمِ
“Adapun pembacaan al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada orang mati, membayar solatnya dan sebagainya, maka menurut Imam Syafie dan jumhur ulama Syafie adalah tidak sampai kepada si Mati. Penjelasan seperti ini telah diulang-ulang (oleh Imam Muslim) dalam kitab syarah Muslim”.
Di dalam kitab الفتاوى الكبرى الفقهية Syeikh al-Haitami rahimahullah juga telah menjelaskan:
اَلْمَيِّتُ لاَيُقْرَاُ عَلَى مَااَطْلَقَهُ الْمُتَقَدِّمُوْنَ مِنْ اَنَّ الْقِرَاءَ ةَ لاَ تصِلُهُ اَي الْمَيِّتَ لاَنَّ ثَوَابَهَا لِلْقَارِئ وَالثَّوَابُ عَلَى عَمَلِ لاَيُنْقَلُ عَنْ عَامِلِ ذَلِكَ الْعَمَلِ ، قَالَ تَعَالَى {وَاَنْ لَيْسَ للاِنْسَانِ {اِلاَّ مَاسَعَى
“Mayat tidak boleh dibacakan al-Quran sebagaimana keterangan yang ditetapkan oleh orang-orang terdahulu, bahawa bacaan al-Quran pahalanya tidak sampai kepada si Mati, lantaran pahala bacaan hanya untuk si Pembaca. Pahala amalan pula tidak boleh dipindah-pindahkan dari si Pembuat berdasarkan firman Allah Ta’ala: Dan manusia tidak memperolehi pahala kecuali dari amalan yang dikerjakannya sendiri”.
Ada yang berpendapat bahawa ayat 39 di surah an-Najm ini telah dan dimansuhkan oleh ayat 21 di surah ath-Thur. Imam Syaukani rahimahullah menolak pendapat ini dan beliau berkata:
Adapun makna dari ayat: (Seseorang tidak akan mendapat melainkan atas usahanya sendiri). Lafaz dalam ayat ini termasuk umum yang mukhasas, oleh itu tidak tepat kalau ada yang berkata bahawa ayat ini telah dimansuhkan dalam urusan ini, kerana yang khas tidak boleh memansuhkan lafaz umum, tetapi hanya sebagai takhsisnya sahaja. Maka apabila ada dalil lain yang boleh menentukan bahawa seseorang memperolehi manfaat dari amal orang lain, maka dalil itu sebagai takhsisnya bukan sebagai nasikh serperti ayat yang terdapat di surah ath-Thur: (Kami akan hubungkan dengan mereka itu anak cucu mereka)”.
Namun apabila dibuka secara ilmiyah ruang agama untuk membincangkan, mengkaji dan meneliti semula amalan yang diperkatakan di atas, terbukti ia terlalu bertentangan dengan syara, malah termasuk dalam amalan atau perbuatan yang ditegah, diharamkan dan bid'ah. Benarnya kenyataan ini dapat dibuktikan apabila kita memahami kesemua hujjah-hujjah dan dalil-dalil syara yang dikemukakan oleh para ulama dari kalangan mazhab Syafie.
Walaupun ada pendapat yang menyangka bahawa persoalan kenduri arwah, yasinan, tahlilan dan selamatan ini tidak perlu diungkit dan dibangkitkan lagi kerana (kononnya) ia telah lama diselesaikan oleh para ulama, namun perlu diketahui bahawa yang telah diselesaikan oleh para ulama terutamanya Imam Syafie dan para ulama yang bermazhab Syafie ialah tentang pengharaman dan bid’ahnya amalan tersebut bukan sebaliknya. Pembuktian kenyataan ini dapat difahami dan dibuktikan melalui beberapa fatwa Imam Syafie dan para ulama as-Syafieyah sebagaimana yang telah di nukil di dalam tulisan ini.
إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له
Ertinya: “Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya”
[1]Lihat: كتاب الموضوعات Juz 3. hlm. 239. Dan Lihat: اعانة الطالبين Juz. 2. Hlm. 146. [2]Lihat: هامش الام للشافعي Juz. 7. Hlm. 269.
ZS-

SUCASA APARTMENT

MENGINAP DI SUCASA APARTMENT(4 BINTANG) JALAN AMPANG KUALA LUMPUR SELAMA 4 HARI 3 MALAM (17 OCTOBER HINGGA 20 OCTOBER SAHAJA) APARTMENT 2 BILIK(MAXIMA 4 DEWASA 2 KANAK) HARGA PASARAN RM1,140-00 HARGA ISTIMEWA DARI FAIZA TRAVEL RM280-00 SAHAJA 4HARI 3 MALAM (8 APARTMENT SAHAJA) TAWARAN ISTIMEWA DARI FAIZA TRAVEL CALL 0132442555/0320315233
The Nomad Sucasa, Kuala Lumpur, Malaysia

Quran online

Salam untuk semua. Ini adalah HADIAH & untuk tatapan saudara ku sekalian.
Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah.Kita boleh tengok Al-Quran, boleh pilih nak Al-Quran yg mana satu,boleh buka muka surat yg kita nak, memang boleh selak-selak mukasuratAl-Quran ni & siap ada kanta kalau nak besarkan ayat Al-Quran tersebut.
Cubalah tengok dulu & click kat url nie...semoga kita diberkati Allah SWT.
> KLIK DI SINI.http://www.quranflash.com/en/quranflash.html


http://www.quranfla sh.com/en/quranflash.html
http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx

Rahmat

RAHMAT
Hari siang bertukar malam. Sekejap lagi azan maghrib berkumandang. Tetapi kelibat Farid belum kelihatan. Resah Mak Lijah masih belum hilang. Selalunya Maisarah akan pulang bersama Farid. Hari ini lain pula.
Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam. Farid masih lagi belum balik. Maisarah pula belum keluar dari bilik. Sewaktu pulang tadi, Maisarah terus mendaki anak tangga. Belum sempat Mak Lijah bertanya tentang Farid, Maisarah sudah masuk ke biliknya. Selepas menunaikan solat mahgrib tadi Mak Lijah terus ke dapur menyediakan makan malam. Sesudah menyediakan makan malam tadi, Mak Lijah ke tingkat atas untuk menjenguk Maisarah, tetapi pintu biliknya berkunci. Mak Lijah cuba pula mengetuk pintu sambil memanggil nama Maisarah. Namun hampa, panggilan Mak Lijah tidak berjawab.Deruan enjin kereta mengejutkan Mak Lijah. Mak Lijah terus menuju ke pintu besar rumah kepunyaan tuannya Farid. Farid adalah anak kepada tuan rumahnya dulu, iaitu Tuan Hashim dan Puan Zainon. Dari kecil lagi Mak Lijahlah yang mengasuhnya sehinggalah dewasa sekarang belum pernah Mak Lijah berpisah dengan Farid kecuali semasa Farid meneruskan pengajian ke luar negara. Itu pun tidak dapat menahan rindu seperti ibu merindui anaknya. Walaupun kini Farid sudah pun berkahwin. Namun Farid tidak mahu berpisah dengan Mak Lijah hingga Mak Lijah diajaknya tinggal bersama.Farid memberhentikan kereta miliknya dan terus meluru keluar. Dengan rambut yang kusut masai. Pakaian yang compang-camping, tetapi senyuman di wajah anak muda itu masih lagi kelihatan. Mak Lijah menyambut kepulangan Farid dengan baik. “Ke mana Farid pergi ?” tanya Mak Lijah dengan muka yang agak cemas. Tak ke mana Mak, Farid baru balik dari kerja. Ringkas sahaja jawapan Farid.
“Sudahlah mari kita masuk dulu,” ajak Mak Lijah. “Farid pergilah mandi dulu dan jangan lupa solat sekali. Tentunya Farid sudah letih bekerja seharian. Mak Lijah nak ke dapur panaskan lauk. Jangan lupa turun makan, nanti ajak Maisarah sekali.”
Farid sudah tidak kelihatan, penat agaknya tu. Sebut tentang Maisarah, lupa pula Mak Lijah pada dia. Kenapa balik tadi sepatah perkataan pun tidak kedengaran. Selalunya dia akan dakap aku dulu. Tapi hari ini pelik pula perangainya.
Di bilik kelihatan Maisarah sedang mengaji quran. Sayu kedengaran. Farid terus mencapai tuala untuk bersihkan diri. Dingin pula terasa malam ini hingga menusuk ke tulang. Giliran Farid pula mengabdikan diri padaNya. Kelibat Maisarah sudah tidak kelihatan. Agaknya sudah turun ke dapur.
“Sedapnya masakan Mak Lijah. Rasa dah lama tak jamu masakan Mak Lijah.”
“Eh! Maisarah, ingatkan siapa pula tadi,” sapa Mak Lijah.
“Mak Lijah ni siapa pula ada dalam rumah ni, hanya kita bertiga saja. Marilah Mak Lijah saya tolong hidangkan.”
Sambil menghidang makanan Mak Lijah tidak lupa bertanyakan hal sebentar tadi. Maisarah ada perkara yang Mak Lijah nak tanyakan. “Kenapa masa kamu balik tadi Mak Lijah lihat lain saja kelakuan Maisarah ?” tanya Mak Lijah.
“Saya dah agak Mak Lijah perasan kelakuan saya tadi. Saya minta maaf Mak Lijah. Saya betul-betul penat tadi Mak Lijah. Tak ada apa-apa perkara berlaku. Kalau pun Mak Lijah lihat saya balik seorang tadi pun tanpa Abang Farid. Cuma dia sibuk dengan kerja. Saya yang mahu balik dahulu.” jelas Maisarah sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan.
“Bukan apa Maisarah Mak Lijah risaukan kamu saja. Entah apa yang terjadi. Ye la selalunya kamu tak pernah balik seorang diri.”
“Tak usahlah Mak Lijah risau, tiada apa yang berlaku,” jawab Maisarah ringkas.
“Ehem.. ehemm.. apa yang dibualkan tu. Mengumpat saya ke?” Sampuk Farid.
“Farid! Kamu ni mengejutkan Mak Jah saja. Sudahlah mari makan.”
Selepas sudah selesai makan malam. Mak Lijah terus saja ke bilik untuk menunaikan solat isyak. Farid dan Maisarah pula ke ruang tamu. Masing-masing mendiamkan diri. Farid mencapai surat khabar. Di pejabat dengan kerja yang berlambak, rasanya tiada masa untuk melihat perkembangan dunia. Maisarah pula sibuk menonton televisyen.
Dari jauh kelihatan Mak Lijah mencuri pandang ke arah Farid dan Maisarah. Aku rasa ada perkara mereka berdua sorokkan tanpa penetahuan aku. “Biarlah mungkin masalah rumahtangga mereka. Siapalah aku untuk mencampuri urusan mereka,” teka Mak Jah dalam hati.
“Abang, Mai rasa tak perlulah kita berdiam macam ni. Mai tak sanggup rasanya berhadapan macam orang lain. Mai tahu mungkin abang terasa apa yang Mai katakan pada abang di pejabat tadi. Tapi semua itu ketentuan Ilahi. Abang kita perlu berbincang. Selama ni, sudah banyak kita ikhtiarkan namun apakan daya kita hanya merancang tapi tuhan yang menetukan. Semua ini dugaan untuk kita.”
Farid hanya mendiamkan diri. Kata-kata Maisarah lansung tidak dihiraukan. Terus saja Farid bangun dari sofa dan menarik tangan Maisarah dan beredar.
“Mai, kita berbincang di sini saja, tak elok kalau Mak Lijah dengar nant,i” terang Farid.
“Walaupun Abang teringin nak tengok rumah kita penuh hilai ketawa dengan budak-budak dan kita masih belum dikurniakan cahaya mata. Semua itu kehendakNya,” jelas Farid dengan tenang.
Sudah 4 tahun berlalu mereka berkahwin tanpa dikurniakan anak, namun Farid masih boleh bersabar. Cuma permintaan ibunya Puan Zainon yang kepingin menimang cucu begitu meninggi gunung.
“Abang tak mahu, hanya kerana Abang anak tunggalnya dan perkara ini sudah tentu melukakan hati Mai. Abang tidak boleh tunaikan permintaanya itu.”
“Tapi Abang, itukan Mak Abang. Mai tak nak Mak abang katakan yang Abang ni anak derhaka” balas Maisarah. Maisarah, cukuplah Mai sahaja di hati abang.”
“Sanggupkah Mai dimadukan. Abang begitu menyayangi Mai. Biarlah permintaan Mak Abang yang ingin Abang berkahwin lain berlalu begitu saja. Biarlah mereka nak kata apa-apa pun. Abang tetap dengan pendirian Abang.”
Maisarah memeluk Farid, air mata mula membasahi pipinya. Farid mencium dahi isterinya kesayangannya. Mai rasa sungguh bertuah mempunyai suami setabah Abang.
“Terima kasih banyak-banyak Abang.”
“ Eh! Terasa kembang semacamlah hidung Abang ni,” gurau Farid. Jelas kelihatan kebahagiaan antara mereka berdua.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Tapi masih belum kelihatan tanda-tanda Maisarah hamil. Hinggalah suatu hari selepas Maisarah balik dari kerja. Dia kelihatan begitu letih. Sampai saja di rumah Maisarah terus berehatkan diri di sofa. Farid pula pergi menjenguk Mak Lijah ke dapur. Dari dapur kedengaran bising di ruang tamu. Rupanya kelihatan Maisarah berlari anak-anak ke bilik air. Farid dan Mak Lijah hanya berbalas pandangan.
“Apa kena dengan isteri kamu tu Farid?” tanya Mak Lijah.
“Entahlah Mak Lijah. Biarkanlah.”
“Tu ! Ha dah keluar.”
Farid terus meluru ke arah Maisarah. Muka Maisarah kelihatan tidak bermaya. “Apa kena Mai ni.”
“Tak tahulah Abang, Mai rasa tak sedap badan. Mai termuntah tadi.”
“ Ha! Farid apa yang kamu menungkan, cepatlah bawa isteri kamu tu ke klinik,” sampuk Mak Lijah sambil gelak-gelak kecil.
“Tahniah! isteri Tuan hamil 3 bulan.”
“Ya Allah! Inikah rahmat darimu padaku dengan berkat kesabaranku selama ini. Alhamdulillah.”
Farid mengucapkan terima kasih kepada doktor dan tidak lupa berita baik ini dikabarkan kepada Mak Lijah dan yang lain. Sesungguhnya inilah kurniaan rahmat atas kesabaran mereka suami-isteri. Yang lebih mengembirakan lagi, mereka dikurniakan cahaya mata kembar sepasang lelaki dan perempuan.
Kini sudah genap setahun umur Farishah dan Fatihah. Kegembiraan menyelubungi penghuni milik Farid dan Maisarah. Hilai ketawa anak-anak mereka memecah kesunyian. Tuan Hashim dan Puan Zainon ada bersama dan Mak Lijah tidak lupa mengucap syukur kehadrat ilahi kerana mengurniakan rezeki ini. Di wajah Puan Zainon terpancar kegembiraan. Perkara dulu biarlah berlalu dimakan tahun. Sikap Farid dengan pendiriannya mungkin ada rahmatnya. Mereka kini hidup bahagia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seekor anjing, perempuan tua dan sebuah rumah

Seekor anjing, perempuan tua dan sebuah rumah


DARAH pekat membasahi lantai rumah itu. Angel terkandas kaku ke dinding. Joshua, terketar-ketar dan mengerang di lantai. Perempuan tua itu kelihatan bersungguh-sungguh mengheret tubuh sakitnya mendekat Angel. Jingle memandang takjub. Ia baru tiba dari mengejar si lelaki durjana. "Angel! Bangun nak!" dengan payah, dia meraih tubuh anak kesayangan ke pangkuannya yang semakin lemah. Beberapa jiran lain yang mungkin terdengar kekecohan sebentar tadi, menjenguk. Sekejap sahaja rumah itu dipenuhi jiran terdekat. Kelam-kabut masing-masing mahu segera membantu. Setengah jam kemudian, polis pun tiba. Orang ramai diminta keluar bagi memudahkan polis berurusan dengan saksi terawal tiba di tempat kejadian. "Agaknya penyamun itu lari ikut pintu dapur!" seseorang meningkah dari kumpulan jiran di luar. Sangka mereka keluarga Joshua disamun. Ada pula jiran lain ternampak seorang lelaki muda berlari dari arah rumah ini. Mereka membuat spekulasi sendiri tentang peristiwa yang baru sahaja berlaku. Selama ini, walaupun tinggal sebelah-menyebelah, masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Jingle berkitaran mundar-mandir di ruang tamu. Joshua sudah tidak sedarkan diri. Jingle tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Ia memandang sahaja Joshua kesayangannya itu diangkat ke dalam ambulans. Angel juga dibawa ambulans. Jingle tidak mahu peduli pada Angel. Padanya, Angel manusia yang kejam. Ia benci pada Angel. Di halaman rumah itu, jiran-jiran masih tinggal bercerita dan membuat spekulasi. Jingle datang sendiri ke hospital itu. Sudah seminggu ia berulang untuk bertemu Joshua yang ditahan di wad. Kepala Joshua yang cedera ditukar pembalutnya setiap hari. Hari ini perempuan tua itu sudah boleh menggerakkan kerusi roda ke taman. Barulah Jingle dapat berjumpa Joshua hari ini. Jingle sayangkan Joshua. Joshua sahaja yang baik terhadapnya. Namun, Joshua juga sangat sayangkan anaknya Angel. Jingle sangat risau Joshua akan marah padanya. Nasib baiklah ketika Jingle mendekati Joshua yang sedang berehat, ia tidak dihalau sebagaimana orang lain menghalaunya. Walaupun Joshua sedih, Joshua masih sudi mengelus-ngelus kepalanya. Joshua ceritakan keadaan dirinya dan Angel. Joshua masih sudi berkongsi perasaan dengannya seperti sebelum ini. Jingle berharap Joshua pulih dan kembali ke rumah. Jingle tidak betah hidup bergelandangan lagi.Sebelumnya… Jingle meninjau-ninjau di muka pintu. Mengawasi kalau-kalau Angel yang tidak menentu anginnya itu muncul. Jika dilihat angin Angel baik, ia akan melekat terus di muka pintu. Jika Angel marah-marah, ia akan lari keluar bersembunyi di belakang rumah atau di jalan berdekatan dengan rumah itu. Jika tiada apa-apa halangan, ia akan masuk ke dalam dapur secara senyap-senyap agar pergerakannya tidak ketara. Ia tahu, silap sedikit, pasti mengundang amarah Angel.Senyap. Nampaknya Angel tiada di dalam rumah. Atau mungkinkah Angel sedang tidur di biliknya. Jingle berjalan perlahan-lahan. Berhati-hati. Akan dituju ke bahagian dapur. Mungkin ada sedikit makanan. Sekurang-kurangnya nasi kosong di dalam pinggan dingin. Kalau nasi malam tadi, ia masih bersyukur. Jingle tahu Joshua tidak lupa padanya. Sebab itulah ia patut setia berada di rumah itu. "Anak, hanya itu yang ada untuk perbelanjaan bulan ini." Jingle sedang makan ketika terdengar kekecohan yang ditimbulkan Angel. Sudah sering Angel mencuri wang ibunya. Angel yang kurus kering itu sering pulang dengan lelaki berlainan. Kadang-kadang Angel masuk dan diam bersama mereka di dalam bilik. Sudah puas Joshua menasihati anaknya itu. Angel yang sudah habis sekolah itu tidak pula mencari pekerjaan. Namun begitu, dia sentiasa mahukan pakaian cantik-cantik. Makanan yang sedap-sedap. Joshua pening dengan kerenah Angel. Perempuan tua itu hanya berharap pada wang pencen mendiang suaminya. Apabila Angel keluar dengan kawan-kawan, Joshua susah hati. Kadang-kadang Angel kelihatan seperti mabuk dan khayal seorang diri di dalam biliknya. Ada jiran yang membuat laporan bahawa rumah Joshua telah dirompak pada hari kejadian. Setelah agak sihat, Joshua memberi keterangan ketika disoal siasat polis bahawa dia sekeluarga memang diserang tetapi dia tidak ingat wajah lelaki yang terlibat. Oleh itu, polis tidak dapat membuat tindakan yang lebih progresif berkenaan kes itu. Namun, polis terus memburu lelaki itu. "Kita tidak boleh beritahu hal sebenar. Nanti kita juga yang susah…" Joshua mengelus kepala Jingle ketika dia dan Jingle berada di taman hospital. Jingle hanya memandang wajah Joshua, kemudian ia menunduk sambil berbunyi seakan-akan mengucapkan kata-kata kesal. Jingle duduk di lantai bersebelahan kerusi roda Joshua. Joshua tersenyum terharu meneliti gelagat Jingle. Tiba-tiba Joshua menyeka airmatanya. Terlalu sedih mengenangkan nasib yang menimpanya. Anak yang diharapkan kini sedang berada di ambang maut. Itulah anak yang dijaga ketika masih bayi. Itulah anak yang diberi kasih sayang dan dituruti segala kemahuan. Angel kanak-kanak yang bijak tetapi tidak menggunakan kelebihannya demi kemajuan diri. Angel berkawan dengan mereka yang nakal. Bila remaja, sifatnya bertambah liar. Dia mula lepas bebas. Harapan Joshua untuk memiliki anak yang membahagiakannya musnah sama sekali. Angel tidak punya sekelumit pun rasa kasih di jiwa. Langsung tiada untuk Joshua. Sungguh hampa! Kesetiaan Jingle masih kecil ketika ibunya yang tua itu hidup. Ibu mengajarnya tentang kesetiaan pada tuan. Tuan yang memberi makan dan tempat perlindungan. Oleh itu, tuan perlu dijaga dengan sebaiknya. Jaga rumah dan harta tuan daripada pencerobohan orang yang tidak dikenali pada siang atau malam kerana spesies boxer seperti mereka memang tugasnya sebagai pengawal harta benda. Jingle masih tidak faham mengapa sikap Angel berlainan daripada Joshua yang mendidiknya dengan baik. Walaupun semasa masih kanak-kanak, kegarangan dan sikap kasar Angel banyak menyusahkan. Angel selalu menyergah, membaling, memaki dan menyepak Jingle dan ibu. Malahan Angel juga berkasar dengan Joshua. Dari cerita ibu Jingle, Angel itu bukanlah anak sebenar Joshua. Angel sebenarnya saudara angkat ibu. Si nenek Jingle yang mengutip dan membawa Angel dari pusat pembuangan sampah semasa Angel baru dilahirkan. Joshua yang tidak pernah ada anak dan kesepian semenjak suaminya meninggal, menemui nenek yang cuba menyusu Angel dan saudara ibu yang lain. Joshua memelihara kesemua mereka yang ditemui di bawah tempat simpanan kayu api di belakang rumah. Joshua anggap semua itu anugerah Tuhan. Angel dijadikan anak emas. Nenek dan saudara ibu yang lain dijadikan sebagai penjaga rumah. Tidak mengapalah, Joshua manusia baik. Tetapi, sifat ganas Angel begitu kontras dengan ibu angkatnya. Mungkinkah sifat itu bawaan daripada ibu bapa asalnya? Saban hari, ada-ada sahaja kerenah Angel. Ah, mungkin juga Angel tidak tahu bahawa dia juga anak pungut! Jingle sendirian setelah ibunya yang tua itu mati. Sewaktu ibu hampir mati, kerap kali ia membawa diri jauh-jauh. Ia hanya pulang ke rumah dua tiga hari sekali untuk menjenguk Jingle, Joshua dan rumah itu. Kemudian, ibu menghilang lagi. Akhirnya tubuh ibu ditemui berhampiran dengan tempat pembuangan sampah. Agaknya ibu tidak mahu menyusahkan tuannya seperti halnya yang dilakukan nenek. Ibu tidak sepatutnya pergi seawal itu. Gara-gara Angel, ibu Jingle cedera di kepala dan badan akibat dipijak-pijak dan dibaling dengan batu besar. Puncanya ibu menyergah seorang kawan Angle yang mengusik Jingle. Bukan itu sahaja kekejaman Angel. Dia pernah mencurahkan air panas ke badan Jingle bersaudara. Malahan perbuatan mengetuk kepala atau menendang mereka sehingga terkandas ke dinding adalah perkara biasa. Sebab itulah mereka yang lain tidak dapat hidup lama. Namun, pesan ibu tetap Jingle ingat. Tuan itu lebih utama. Walaupun Angel itu kejam, dia anak tuan. Tuan mesti dijaga dan dihormati. Setialah pada tuan walaupun diri tidak dihargai. Walaupun dibenci. Walupun dihalau. Walaupun tidak diberi makan. Sebab itulah Jingle rela tidur di luar rumah pada malam hari yang sejuk. Tidak mengapalah demi tuan. Lebih-lebih lagi tuan seperti Joshua yang tidak membiarkannya mati kelaparan atau bergelandangan seperti anjing-anjing yang lain. Hari ini doktor membenarkan Joshua pulang. Rumah yang ditinggalkan beberapa lama masih begitu. Cuma pintu dan tingkap yang dirapatkan jiran sebelah. Joshua mengemop kesan darah di lantai. Dia menangis. Jingle tidak dapat membantu apa-apa. Ia hanya dapat menemani Joshua. Ia menunggu Joshua bekerja sehingga selesai. Seperti biasa ia mengiringi Joshua ke pasar. Beberapa jiran yang mengenali Joshua menegur dan bertanya khabar. "Penyamun itu masih belum ditangkap." Joshua menerangkan lalu mereka percaya kata-kata Joshua. "Bersabarlah. Semuanya akan bertambah baik." Seseorang memeluk Joshua memberi kata-kata semangat sambil mendoakan keselamatan Angel. Jingle nampak Joshua menyeka airmatanya. Ia seakan faham kemelut yang ditanggung oleh perempuan tua itu. Hari itu Angel pulang ke rumah bersama dengan temannya. Dia bertengkar dengan ibunya. Joshua tetap mempertahankan haknya kali ini. Sudah lama Angel itu diberi muka. Angel sudah melampau. Kali ini dia tidak malu-malu meminta wang dari ibunya di depan teman lelakinya. Teman lelaki yang merosakkannya itu pun tidak tahu malu. Dengan pakaian dan perangai tidak senonoh, dia ikut menumpang makan minum di rumah Joshua, perempuan tua yang sudah uzur itu. "Ma, saya tak kira! Saya mahu duit itu." "Ubahlah sikapmu. Diamlah di rumah. Kau tidak boleh begini. Selalu saja kau ke kelab malam." Joshua berleter dengan kuat kali ini. "Ah, saya tidak suka tinggal di rumah buruk dan busuk ini." Angel yang bertindik di telinga, hidung, pusat dan bibir itu menghentak-hentak tangannya ke meja. Lelaki yang rambutnya dihias tiga warna itu hanya tersengih-sengih."Kita bukan orang kaya. Ibu tidak boleh selalu ikut kemahuanmu. Wang ini untuk ibu. Kau sendiri perlu bekerja." Namun nasihat itu sia-sia. Akhirnya pergelutan berlaku. Seorang mahu merampas. Seorang lagi mempertahankan haknya. Riuh dengan suara jeritan Joshua yang menangis merayu sekaligus meminta tolong entah dari siapa. Mungkin Joshua berharap seseorang membantunya meleraikan pergelutan itu. Tenaga tuanya tidak dapat bertahan. Lelaki muda yang berambut pelik itu kelihatan kaget namun tidak juga membantu. Jingle mula menyalak pada Angel. Angel tidak peduli. Jingle menyalak lagi dengan lebih kuat. Angel sergah dan menyepak Jingle. Jingle bangun dan menyalak lagi. Joshua masih tidak mahu melepaskan wangnya. Angel terus berang. Dia menolak perempuan tua itu sehingga terkandas pada bucu meja. Pendarahan di kepala Joshua tidak menghentikan tindakan ganasnya. Angle terus memukul bertubi-tubi tubuh Joshua dengan tangannya. Joshua terjerit kesakitan sehingga wangnya terlepas. Temannya turut membantu merampas wang yang dipertahankan Joshua. Salakan Jingle yang memberi amaran dengan deram marah, sedikitpun tidak dihirau. Sebaliknya dia menendang Jingle yang disifatkan sebagai pengganggu itu. Jingle bangun dan menggigit kaki seluar lelaki muda yang asing itu. Agaknya takut dengan kegarangan luar biasa Jingle, wang di tangan lelaki itu bertaburan di lantai. Angel yang nampak hal itu, memekik memaki-maki Jingle. Tanpa berlengah dia mengutip wang itu. Belum habis wang itu dipungut, Joshua menangkap kaki kanannya. Joshua minta wang itu dikembalikan. Berang dengan tindakan Joshua, dia menyepak pula ibunya yang tidak ingin melepaskan pautan tangan ke kakinya. Jingle menderam garang. Kali ini dia tidak boleh membiarkan perlakuan Angle. Angel agak terkejut. Tidak pernah dilihat Jingle sebengis itu. Dia terkaget ketika Jingle menerpanya. Jingle menerkam, menyerang Angel yang sudah hilang sikap kemanusiaan itu. Tubuh Angel terdorong ke belakang. Terhantuk kepalanya pada dinding batu. Duit yang dipungut tadi bertabur kembali ke lantai. Tubuhnya ikut melorot jatuh ke lantai. Kaku dan terkulai. Joshua terjerit memanggil nama anak kesayangannya. Lelaki muda itu terpana ketakutan. Belum sempat apa-apa, dia terus melarikan diri dari tempat tragedi itu. Jingle mengejarnya untuk beberapa langkah dan kemudian berpatah balik apabila mendengar suara erangan Joshua. Kesakitan Joshua mengerang kesakitan. Tubuhnya tiba-tiba terasa kesejukan. Darah dari kepalanya melimpah laju ke lantai. Tubuh Angel didekati dengan bersusah-payah. Sekejap kemudian, jiran sebelah menyebelah tiba. Joshua dibantu untuk bangun. Namun, Joshua yang sudah lemah itu akhirnya tidak sedarkan diri. Semalam, Joshua masih melawat anaknya. Dia berulang ke wad yang merawat Angel sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua hari. Ternyata dia masih menyayangi anak itu. Diam-diam dia berdoa agar anaknya terus hidup dan berubah sikap. Dia akan rasa bahagia jika anaknya itu menyesali segala perbuatannya. Dia berharap anaknya itu dapat menemani dan menyayanginya. Rumah batu buatan lama dan berbilik dua yang dibeli suaminya itu adalah harta berharganya. Dia berhasrat agar Angle menjaganya. Beberapa hari lepas, pihak hospital memaklumkan bahawa Angle sudah pergi buat selama-lamanya. Memang sedih. Anehnya, perempuan tua itu tidak menitiskan air mata apabila menerima berita itu. Agaknya, sesudah tiga bulan Angle koma, dia berhenti mengharap anaknya itu kembali pulih. Dia turut menguburkan impian punya anak yang baik, menjaganya pada hari tua. "Rumah ini tetap sunyi seperti dahulu…" Petang itu, Joshua berkata pada diri sendiri sambil menyorot sayu ke seluruh ruang rumah yang sinonim dengan nostalgia hidupnya. Kini, rumah itu usang dan suram. "Hanya tinggal kita berdua." Joshua berkata pula pada Jingle. "Inilah sahaja syurga yang tinggal." Joshua tersenyum memujuk hati sendiri. Dia menepuk-nepuk mesra kepala Jingle yang duduk manja di sampingnya. "Jangan kau tinggalkan aku seperti yang lainnya. Hanya kau satu-satunya teman yang aku ada." Joshua menatap mata Jingle seperti memberi arahan yang wajib dipatuhi. Walaupun lebih dua minggu Jingle tidak diberi makan semasa dia berada di hospital, Jingle tetap kembali walaupun ia boleh pergi menyertai kumpulan anjing-anjing yang tidak bertuan. Entah di mana Jingle mencari makan ketika itu. "Sebab itulah aku tidak mendedahkan yang kaulah pembunuh sebenar Angel, anakku itu." Kata-kata itu lekas difahami Jingle. Jingle berbunyi sedih sambil meletakkan mukanya ke atas tangannya tanda rasa menyesal dan bersalah.Joshua tersenyum. Dia faham perlakuan anjingnya itu lalu tunduk membelai belakang Jingle. "Tidak mengapa. Itu rahsia kita berdua. Yang penting, hanya kau yang kusayang ketika ini. Hanya kau!" Jingle menggesel manja pada kaki Joshua sebagai tindak balas kasih sayangnya pada seorang tuan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

oleh;
noor hanisah othman

Warkah Melankolik dari Melbourne

Cerpen: Warkah Melankolik dari MelbourneOleh Zulfazlan Jumrah


“BUAT tatapan ayahanda dan bonda di Sandakan, Sabah. Semoga ayahanda dan bonda berada dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya di samping Kak Long dan Dik Halim yang tercinta. Anakanda juga berharap semoga ayahanda dan bonda sentiasa berada di dalam limpahan rahmat-Nya selalu. Tentang anakanda di sini, usahlah ayahanda dan bonda risaukan. Meski jiwa ini kian terdera dan anakanda terpaksa tabah menanti satu penantian yang tidak pasti, anakanda sedar bahawa semua ini perlu anakanda hadapi dengan segala kekuatan diri dan moga-moga iman yang tinggal di dada anakanda ini mampu menemani segala keresahan hati.
Ayahanda dan bonda,
Ketibaan Syawal pada kali ini ternyata paling pilu dan perit dalam kamus hidup anakanda. Anakanda bukan sahaja terpaksa menjalani ibadat Ramadan dan Tarawih berdindingkan selapis tirai besi, malah kemenangan Syawal pada kali ini juga tidak ada apa yang menggembirakan selain terpaksa menjalani ujian air kencing buat kali ketiga dan pada sambutan Syawal kedua nanti, anakanda akan menjalani satu ujian ortopedik di Hospital Winfrey Health di tenggara kota metropolis Melbourne ini. Usai itu, anakanda terpaksa pula menjalani satu sesi kerja amal yang menjadi rutin para banduan di sini untuk berbakti kepada masyarakat yang selalunya diadakan di Ghoddison’s Theme Park atau di mana-mana sahaja siar kaki berhampiran Moluska Thetre Centre atau barangkali juga di Poetry Council yang selalunya meriah dengan pelbagai upacara kebudayaan.
Memang begitu dan sememangnya kota Melbourne tidak pernah sunyi daripada rutin ini. Apabila berada dalam situasi begini, terasa kesal pula dengan nasib yang menimpa diri. Anakanda tahu, segalanya sudah terlewat, namun anakanda tetap kesal kerana pernah bertemu dan mengenali seorang lelaki Afrika bernama Jason.
Jason merupakan rakan sekuliah anakanda di universiti. Perkenalan kami pada mulanya tidak lebih hanya sebagai rakan sekumpulan untuk kami melakukan satu kajian lapangan sosiolinguistik di Perkampungan Portugis di Melaka. Ternyata, keakraban kami terjelma setelah kami bekerjasama untuk menyiapkan kerja lapangan ini dan pada Aidilfitri yang lalu, kami semakin rapat apabila anakanda membawa Jason merasai sambutan Hari Raya Aidilfitri di rumah seorang rakan di Permatang Pauh, Pulau Pinang setelah anakanda pulang menyambut perayaan bersama-sama di Sandakan dahulu. Akan tetapi, anakanda tidak menyangka bahawa itulah kali terakhir kita menyambut kedatangan Syawal bersama-sama. Anakanda berasa pilu dan sebak apabila mengenangkan segala kenangan indah pada pagi Aidilfitri. Sudah pasti anakanda merindui rendang daging bonda dan semestinya keenakan ketupat daun palas abah yang dipelajari daripada Mak Simah di Kelantan mengundang rasa rindu yang mendalam.
Ayahanda dan bonda, Anakanda sebenarnya sudah membuat perancangan untuk bertekad pulang ke Sandakan sebaik sahaja pulang dari Melbourne kerana mahu merayakan sambutan Aidilfitri kita pada tahun ini semeriah seperti tahun-tahun yang sudah dan kerana itulah, anakanda tidak sabar-sabar untuk terus pulang ke Sandakan sebaik sahaja selesai menyampaikan sebuah beg yang didakwa oleh Jason mengandungi pakaian yang dibelinya di Kuala Lumpur sebagai sagu hati keluarga angkatnya di Melbourne. Sebaik sahaja Jason meminta anakanda untuk ‘berjumpa’ dengan wakil keluarga angkatnya di Melbourne, anakanda tidak menolak kerana anakanda hanya diberikan amanat untuk menyampaikan sebuah beg sederhana besar tanpa anakanda menyedari bahawa ia hanyalah satu perangkap sindiket dadah antarabangsa yang hanya mahu memerangkap diri anakanda sendiri.
Ayahanda dan bonda,
Demi Allah, sekiranya anakanda tahu isi kandungan beg seberat tiga kilogram itu adalah sejenis dadah yang bernama syabu, anakanda bersumpah yang anakanda tidak akan menerima ‘tawaran’ perkhidmatan ini. Andai kata anakanda tahu isi kandungan beg itu adalah sejenis najis yang boleh merosakkan masa depan, keselamatan dan turut mengancam nyawa anakanda, anakanda bersumpah dengan nama Allah Yang Maha Mengetahui, bahawa anakanda tidak akan menurut permintaan Jason itu. Namun, apabila anakanda sudah tiba di daftar masuk lapangan terbang Melbourne, anakanda tahu bahawa semua ini adalah satu helah dan tipu daya semata-mata. Semua ini adalah satu propaganda yang diciptakan semata-mata untuk memerangkap anakanda.
Sememangnya anakanda terpinga-pinga apabila secara tiba-tiba anakanda ditahan oleh pegawai di lapangan terbang itu, namun anakanda nekad untuk tidak cuba melawan kerana pada anakanda selagi anakanda berada pada pihak yang benar, segalanya akan selamat dan anakanda begitu yakin yang anakanda tidak bersalah. Namun, kita tidak dapat menolak ketentuan takdir. Tiada siapa yang dapat membayangkan perasaan anakanda sebaik sahaja melihat tiga kilogram dadah jenis syabu dikeluarkan daripada kantung beg anakanda sendiri. Lalu, tiada apa yang dapat anakanda lakukan selain hanya berserah kepada Allah Yang Maha Pelindung. Ayahanda dan bonda,
Mengenali lelaki bernama Jason merupakan satu kekesalan yang bukan kepalang bagi diri anakanda. Manakan tidak, lelaki inilah yang telah merubah hidup anakanda secara keseluruhannya. Jasonlah yang telah menjerumuskan diri anakanda ke kancah pengedaran dadah ini dengan cara yang paling hina dan akhirnya, anakanda tertangkap di sini tanpa anakanda sedari kesilapan anakanda sendiri yang telah dijadikan alat oleh lelaki durjana itu. Saat ini, fikiran anakanda terhantar jauh ke masa silam iaitu ketika anakanda mula mengenali lelaki berkulit hitam ini. Kesungguhannya yang ingin menjadikan anakanda sebagai sahabat ternyata mencairkan hati anakanda. Lebih menyebabkan anakanda tidak ragu-ragu tentang keikhlasannya ialah apabila dia secara terangan mengakui bahawa dia sudah mula tertarik dengan Islam dan sepanjang perkenalan itu juga pada hemat anakanda, dia tidak pernah mengambil kesempatan terhadap seorang gadis Melayu-Islam seperti anakanda. Selama tempoh perkenalan ini juga anakanda dapat mengenali serba sedikit tentang latar belakang Jason. Menurutnya, dia anak sulung daripada tiga adik-beradik dan kini dia menjadi sandaran keluarga untuk mengubah taraf hidup mereka yang miskin.
Anakanda memang silap kerana mempercayai bulat-bulat bahawa dia memiliki sebuah keluarga yang hidup serba daif di Afrika Selatan. Dia juga sungguh-sungguh menanamkan rasa percaya ke dalam diri anakanda bahawa dia memiliki sebuah keluarga angkat di Melbourne, Australia dan kerana itulah apabila dia meminta anakanda pergi ke Melbourne untuk menghantar sebungkus pakaian yang dibeli di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, anakanda tidak menolak kerana pada anakanda ini adalah satu bentuk pertolongan seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain. Ketahuilah bahawa niat anakanda sangat tulus.
Ayahanda dan bonda,
Menjalani hari-hari yang memeritkan di sebalik tirai besi ternyata sangatlah menyeksakan, apatah lagi anakanda sudah diklasifikasikan sebagai banduan akhir yang hanya menanti hukuman gantung dijatuhkan ke atas anakanda. Pilihan dan keputusan sudah diputuskan. Harapan anakanda kini hanyalah pada belas ihsan lembaga pengadilan Higher Lawyer Council (HLC) untuk mempertimbangkan rayuan terakhir anakanda terhadap hukuman yang hakikatnya tidak adil ini. Anakanda sudah bermati-matian mempertahankan diri dengan hujah-hujah anakanda, tetapi barangkali hujah anakanda tidak cukup untuk menutupi bukti penemuan bungkusan dadah seberat 3 kilogram itu.
Ayahanda dan bonda,
Pada kesempatan ini, anakanda ingin memohon ampun dan maaf abadi buat selama-lamanya kepada ayahanda dan bonda. Maaf, kerana tidak dapat menjadi anak yang terbaik seperti mana yang selalu anakanda janjikan setiap kali sebelum pulang ke asrama ketika menuntut di MRSM dahulu. Maaf, di atas segala kesilapan yang telah anakanda lakukan yang telah menghiris sekeping hati ayah dan bonda yang pernah menggantungkan harapan yang menggunung untuk melihat anakandamu ini berjaya dalam hidup. Kini, tanpa ayahanda, bonda, Kak Long dan Dik Halim di sisi, dingin malam anakanda diselimuti oleh zikir kudus dan pelukan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Kalaulah ditakdirkan ajal anakanda di tali gantung, anakanda reda dan kerana itu anakanda bertaubat setiap hari memohon keampunan-Nya terhadap sejasad jiwa yang terdera oleh kepalsuan dunia.
Ayahanda dan bonda,
Andai kata di tali gantung jasad anakanda dipisahkan daripada roh, pohon restu ayahanda dan bonda menghalalkan segala-galanya dan mengertilah bahawa selayang warkah ini adalah tumpahan rasa hati, perasaan yang ikhlas, jujur dan pilu. Ketahuilah bahawa warkah ini mengirimkan selaut rindu dan kasih sayang anakanda yang tidak berkesudahan buat semua keluarga di sana. Doakan kesejahteraan anakanda di sana dan ketahuilah bahawa anakanda terlalu menyayangi ayahanda dan bonda. Salam kepiluan daripada anakmu.
Siti Zuraini Ismail,Melbourne, Australia20 Ramadan 1429 Hijrah.

Biodata:
ZULFAZLAN Jumrah yang dilahirkan pada 4 Ogos 1986 adalah pendatang baru dalam dunia penulisan kreatif negara ini. Karya peserta Minggu Penulis Remaja 2006 (MPR 2006), anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini pernah mendapat tempat dalam akhbar dan majalah arus perdana. Ahli Persatuan Penulis-Penulis Johor (PPJ) ini kini mengikuti Bacelor Pendidikan Bahasa
Malaysia Sebagai Bahasa Pertama PBMP) di Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Alkisah Kucing iDul Fitri

Alkisah Kucing Idul FitriOleh ZAINAL RASHID AHMAD
KAMPUNG nan kecil ini, terperuk nun jauh di tengah lembah – kira-kira sepelaung dari simpang lebuh besar; dan jalan masuknya pula hanya separuh bertar. Sejak kecil, kami sudah terbiasa dengan pemandangan rumpunan buluh yang tumbuh tinggi melayup di kiri-kanan jalan yang separuhnya lagi, tanah merah. Katam-katam buluh yang panjang sedepa, serta warna kuning airnya yang berselang-seli dengan daun-daun hijau yang tirus dan panjang itu, menjadikan rumpunan yang tumbuh berjarak ini, seakan-akan bentiang; bak tembok yang memisahkan kedua-dua bahu jalan dari jerumunan belukar dan semak-samun di sepanjang lereng di kaki bukit.
Kalau berdiri di kepala simpang; jalan masuk yang cukup-cukup muat untuk kereta berselisih ini terlihat suram; seakan-akan laluannya melurus terus ke kaki bukit. Apa lagi dek bayang-bayang pucuk buluh yang sedang bercumbu julaiannya itu, menjadikan jalan ini laksana sebuah gua batu kapur; atau disihir tangan alam lalu bertukar menjadi terowong gelap yang tidak berpenghujung.
Kecuali kami yang menetap sejak turun-temurun di sini, kampung yang ditandai pintu masuknya oleh pohon ketapang yang berusia bangka tetapi masih tegak agam itu, hampir tidak pernah dikunjungi orang luar. Kami pula tak pernah memikirkan sebabnya – kecuali sekali dua dulu kebetulan ketika keluar merayap di bandar, terdengarlah cakap-cakap orang, bahawa kampung kami ini umpama sarang hidup yang penuh dengan misteri yang membingungkan.
“Kampung tu berhantu!” Kata si empunya warung kopi.
“Apa tak berhantunya,” sambut si polan yang sedang minum.
“Dulu masa zaman komunis, askar British pernah meninjau ke situ. Masa masuk, bila dikira yang ada hanya tujuh buah rumah. Tapi bila nak keluar, askar British terkejut kerana rumah sudah bercambah-cambah." Si empunya warung cepat-cepat menyambung cerita:
"Askar British bertekak sesama sendiri; ada yang kata seratus buah, ada yang kata empat puluh saja."
Meski pun jumlah rumah di kampung kami tidak menentu; terkadang tujuh dan terkadang empat puluh. Malah pada malam-malam tertentu kalau bulan tiba-tiba saja ditelan awan tebal dan seluruh kampung dibungkus gelap, maka di sana-sini segera dinyalakan pelita lalu digantung pada palang-palang pintu. Di kaki-kaki bukit, tempat diamnya jiran-jiran kami yang halimunan itu, deretan api jamung yang berselerak di sepanjang kaki bukit hampir-hampir menerangi seluruh hutan. Waktu itu, barulah kami perasan akan banyaknya rumah di kampung ini. Cuma kalau ditinjau kala siang hari, yang ada hanyalah jerumunan belukar dan hutan tebal.
“Kampung tu berhantu… kita tak tau mana satu manusia, mana satu pula jin!" Si empunya warung menutup cerita.

2
Kampung kami wujud di tengah-tengah kepungan lembah yang menjajar; mendatar panjang di atas tanah yang disepit bukit-bukau tiga penjuru. Kehidupan di sini juga seperti biasa - digerakkan pusaran waktu; hari yang bersilih-ganti akan merangkak ke minggu, sebelum minggu yang berkembar-kembar itu, menanjak jadi bulan. Seterusnya bulan demi bulan pula, dipilin-pilin lalu tersusunlah kitaran tahun demi tahun.
Meski pun banyak keanehan yang pernah atau sedang berpusar di sekitar pelusuk kampung ini sudah dapat kami telan sebagai siri-siri kejadian yang sangat biasa saja – malah sudah pun terhadam dalam fikiran, laksana nasi yang jatuh ke perut.
Kecuali satu saja – kisah bayi si kucing Idul Fitri. Itulah satu-satunya misteri yang mengharukan, dan sudah tentu tidak sesekali kami perlekehkan.
Sejak tujuh tahun lalu, tiap kali akhir Ramadan menanjak ke Syawal – di mana-mana saja, dari kerusi panjang bawah pokok ketapang tempat orang-orang tua berkerumun sambil berbual di kala petang, atau di bawah pokok nangka jantan yang memisahkan sempadan tanah manusia dan jin – asal saja duduk berkumpul, maka alkisah si kucing inilah yang sering dibualkan.

3
Tujuh tahun lalu, pada satu hari nan sunyi, muncullah kelibat seorang gadis memakai kerudung hitam; berjalan masuk menyusur bayang-bayang rumpunan buluh dan saat itu susuk tubuhnya itu terlihat bak segumpal kapas yang sedang diterbangkan angin. Dia masih muda. Kata orang, asalnya dagang dari Seberang. Orangnya kecil molek, dan kulit putih bersih seperti warna cengkerang siput yang gebu melepak setelah bertahun-tahun dihakis ombak dan asin garam.
“Gadis itu bergelandang... menggalas karung batik,” kata orang yang pernah melihatnya kala dia tiba. Malah diceritakan juga, kononnya gadis itu sudah separuh pengsan kala tiba di depan kampung; berwajah linglung dan kolam matanya meredup lesu.
“Kakinya yang putih itu, bersalut debu jelaga... bibirnya kering, pecah merekah.”
Gadis itu berkelana mencari suaminya – yang kononnya pernah merantau ke negeri ini bersama dua teman sekampung untuk mencari kerja. Alkisahnya, setelah gagal mendapatkan pekerjaan dan terkantung-kantung sendirian setelah dua temannya tertangkap lalu dipenjarakan kerana melangkaui sempadan dengan cara yang salah – suaminya itu, yang kononnya sempat meloloskan diri, dek rasa takut dan gugup, akhirnya menyusup belukar. Menurut cerita, setelah berhari-hari merempuh hutan, dia pun tiba ke kampung kami.
“Waktu itu,” kata orang yang bercerita, “keadaan dalam kampung sedang berserabut... ada perselisihan sesama penduduk.” Kononnya, ada bertelagah besar menyangkut soal sempadan tanah antara penduduk keturunan manusia dengan penduduk kabilah jin.
“Jadi... lelaki seberang itulah yang akhirnya meleraikan perselisihan itu.” Malah kata yang bercerita, “lelaki itulah yang mengusulkan ditanam anak pokok nangka jantan – yang sampai ke hari ini diiktiraf sebagai tanda sempadan tanah.”

4
Tujuh bulan dia berdiam di kampung kami. Orangnya sangat dihormati kerana dialah juga yang sangat berjasa mendirikan surau; satu-satunya tempat yang disepakati sebagai milik bersama semua manusia dan segala jenis jin.
Cuma yang aneh, pada pagi Syawal tahun pertama dia bersama kami, si musafir itu tiba-tiba saja menghilang – pergi entah ke mana tanpa sebarang pesan.
“Jadi… bila isterinya tiba setahun kemudian, suaminya itu sudah pun bepergian,” kata orang yang bercerita. Namun dek rasa hormat yang masih tebal, digelumang pula segala macam ingatan terhadap jasa serta budi baik suaminya dulu, kehadiran gadis itu sangat diterima. Malah cepat-cepat dibawa ke rumah peninggalan suaminya, dan dibenarkan diam di situ.
Cuma barangkali kerana dia gadis separuh belasan, serta sangat pendiam pula – perasaan kagum orang kampung terhadap suaminya yang sudah lenyap entah ke mana itu, perlahan-lahan mulai mengabur. Apa pun kata orang lagi, geruh pekerti suaminya tetap hidup di kampung kami. Jadi, isterinya yang cantik lagi tinggal sendirian itu, tak berani diusik orang.


5
Gadis yang tertinggal suami itu, selama diam di kampung, sangat jarang dilihat orang sekali pun di luar rumahnya sendiri. Cuma sesekali, ada seorang dua yang kebetulan melintas di depan rumahnya terutama pada awal pagi, pernah terlihat kelibatnya. Ada kalanya, dia dilihat sedang mengampai jemuran; atau sedang tekun bekerja menarah cangkul di kebun sayur yang tumbuh subur di belakang rumahnya. Ada juga orang bercerita, pernah mendengar suara gadis itu membaca Quran pada malam hari.
“Suaranya lunak sekali... cuma sedikit hiba kerana bertunda-tunda dengan isak dan sebak.”
Akhirnya, tatkala kehadirannya sudah sebati dengan kampung kami; terjadilah peristiwa aneh yang mengaibkan ini. Pada pagi Syawal tahun kedua dia diam di sini, berlakulah kegemparan.

6
“Setahu saya, tiga bulan lepas kahwin... suaminya merantau ke sini. Dah dua tahun tak ketemu... takkanlah sekarang baru nak beranak!”
Solat hari raya tahun itu disegerakan. Malah khutbah pun dipendekkan. Surau kampung selepas doa hari raya, lenggang sepantas kilat; kami semua berkerumun di depan rumah gadis itu. Syawal kali ini lebih menggemparkan – isteri yang sudah lebih dua tahun kehilangan suami tiba-tiba sarat mengandung. Malah kata bidan, orang baru itu akan menyusul dunia hari ini juga.
Waktu kami tiba, untuk pertama kali selepas kami hampir melupakan sejarah kewujudan rumah ini, barulah kami sedar – rumah ini sudah terlalu uzur. inilah satu-satunya rumah di kampung kami yang dibina tanpa bilik. Hanya sepetak ruang tamu yang luasnya sekadar cukup untuk tidur melunjur, serta pelenggar dapur yang memuatkan dapur kayu.
Atap rumbianya sudah kering dan mereput; begitu juga dinding yang dibuat dari anyaman kulit buluh. Lantainya batang-batang bakau yang disusun atas empat galang geta berampukan enam batang tiang. Rumah ini berwajah lara, malah lebih papa daripada dangau togel yang dibina tengah dusun kala musim buah-buahan.
Kami sedang berdiri mencacang di laman rumah; pintu belahan buluh masih rapat terkatup. Matahari sudah sedikit menyala, tapi bagi kami Syawal hari itu tiba-tiba terasa meredup. Hati terasa sebak, kala cakap-cakap yang kasar dan penuh nista mulai kedengaran di laman rumah itu.
“Isteri yang curang... dua tahun ditinggal suami dan berzina sampai mengandung anak luar nikah... satu kejadian yang dahsyat - dosa yang dahsyat.”


7
Bayi pun lahir, kala rembang hampir disimpuh zuhur. Kata orang, kerana waktu itu hanya si bidan tua dan dua perempuan sahabat karibnya dibenarkan berada dalam rumah, maka merekalah saksi akan peristiwa yang menggugupkan seluruh keindahan Syawal. Si bidan tua dan dua sahabatnya itu – yang saling membantu menyambut bayi, kemudian memotong tali pusatnya serta mengeluarkan uri lalu dibasuh dan dibalut rapi, malah penuh takzim memandikan si bayi.
Kami takkan lupa Syawal tahun itu. Tidak cukup dek kegemparan walhal dirinya itu mengandung tanpa suami, kini bayi yang dilahirkan pula memeranjat semua orang. Sebaik saja mendengar cerita akan keanehan bayinya itu, kami pun yakin - tiang Syawal tahun itu sudah runtuh menyembah tanah. Gadis separuh belasan, yang dua tahun dulu berdiri di pintu kampung dengan kakinya berjelaga debu - hari ini melahirkan bayi seekor kucing.


8
Meski pun suasana laman rumah yang dibina suaminya dulu, kini dibingarkan segala macam suara yang mencarutkan maki-hamun bercampur kata nista, si gadis hanya terdaya mendengarkannya saja. Cuma, dia terasa lega kerana si bidan masih di sisinya walaupun dua sahabat karibnya bingkas keluar sambil meludah di tangga. Si bidan tetap tekun memandikan bayi, mengelapnya lalu dibalut dengan sehelai batik.
Melihatkan saja mata gadis itu sudah merah basah digenangi air mata serta kedua-dua bibirnya kini menggeletar, si bidan cepat-cepat merapatkan telinganya ke mulut gadis itu. Didengar suara hiba dan penuh remuk-redam, kala gadis itu melafazkan sumpah; dirinya tidak pernah berzina, kecuali digauli suaminya sendiri selama tiga bulan sebelum lelaki itu keluar merantau. Akhirnya, ketika tangisannya mulai merengsa, si bidan mendengar pesan akhir gadis itu:
“Namakan bayiku Idul Fitri.”


9
Ketika seisi kampung masih riuh-rendah di laman rumah dengan cakap-cakap yang berbaur kemarahan; kononnya bayi kucing itu lahir hasil perbuatan zina gadis itu dengan jin kafir, si ibu berhenti merintih. Di peluk bayinya itu kuat-kuat dan seusai syahadah, matanya pun perlahan-lahan terpejam.
Habis saja azan Zuhur satu Syawal yang bergema dari surau, si bidan pun membuka pintu sambil mengendong bayi yang sedang lena dalam balutan batik. Di luar, seisi kampung memandang padanya dengan wajah merah padam. Si bidan menundukkan mukanya ke tanah dan berkata perlahan seakan-akan hanya untuk didengarkan oleh kedua-dua telinganya yang renta saja.
“Ibunya meninggal... si yatim ini, biarlah aku pelihara.”


10
Kampung kami tetap seperti biasa, seperti dulu juga, kecuali perisa serta asam garam yang pahit untuk kehidupan tamu baru – si kucing aneh bernama Idul Fitri. Meski pun dirinya yang yatim itu disembunyikan jauh-jauh dari mata manusia, dan si bidan tua itu sendiri menjaganya tanpa pernah meruntun belas dan bantuan di kaki sesiapa pun, namun tiap kali orang menceritakan akan alkisahnya yang aneh itu, maka saratlah cakap-cakap berisi nista.
Pada kami, si bayi kucing itu (kata orang, kala dilahirkan dulu tubuh yang berkaki empat itu berselaput bulu berwarna kelabu dan bermata coklat bundar) adalah satu dongeng moden yang penuh air mata.
“Mana ada orang mengandung dua tahun,” kata si polan yang seorang.
“Kalau benih manusia, yang lahir tentulah manusia. Aku yakin, betina itu bersundal dengan jin kafir. Jadi yang lahir tentulah binatang!”
Cuma dek ketiadaan bukti, maka tuduhan si polan itu tidak pernah diadu atau dicemuhkan kepada penduduk jin. Walaupun tersebar cerita, kononnya penduduk jin sudah mendengar gosip jahat itu dan sangat tersinggung dengan tuduhan itu, namun walhal kemarahan mereka itu tidak pernah disuarakan secara terbuka. Malah, kami yang menghuni kawasan manusia pun, tidak pernah membawa tuduhan itu menjadi rasmi; kecuali sekadar pengulangan cakap-cakap yang berisi kemarahan.


11
Seperti arwah ibunya yang sentiasa menyisihkan diri ketika hayatnya di kampung kami, Idul Fitri sejak dibawa pulang si bidan dalam bungkusan batik itu, tidak pernah dilihat orang. Malah, sejak Idul Fitri ada – bidan yang lebih setengah abad menabur budi sebagai penyambut kelahiran, kini tidak lagi berkesanggupan untuk pekerjaan itu.
“Aku dah ada anak... jadi kena selalu di rumah.” Seisi kampung mendiamkan diri dan mendengar saja akan alasannya itu. Cuma pada kami, cakap-cakap nista yang dilemparkan kepada Idul Fitri adalah satu-satu sebab, si bidan memencilkan diri. Dia tidak sanggup mendengarnya.
Kami sedar, sejak Idul Fitri ada – rumah si bidan itu yang selama ini suram dan gelap, kini sangat bercahaya. Sesekali, kalau si bidan itu keluar ke kedai di kepala jalan – dan ketuaan yang tiba-tiba melanda dirinya menyebabkan tubuhnya kini mulai bongkok, namun pada sepasang mata rentanya itu jelas terpancar jalur cahaya.
“Nek... mana Idul Fitri?” Kami bertanya.
“Ada... sedang bermain di rumah.” Atau dijawabnya ringkas: “Idul Fitri sedang mengaji.”
Si bidan melangkah pergi dan kami hanya diam terbius. Sebenarnya, kami mahu bertanya: “Bolehkah kami melihat Idul Fitri?” Atau mengusulkan soalan yang lebih berani: “Macamana Idul Fitri mengaji... bolehkah dia bercakap?”


12
Selepas tujuh tahun peristiwa lahirnya bayi kucing di kampung kami – setelah berbulan-bulan lamanya orang tak lagi melihat si bidan tua menyusur jalan kampung ke kedai di kepala lebuh – pada pagi Syawal tujuh tahun lalu, ketika jemaah sedang solat Subuh, datanglah berita sedih yang dibawa dua perempuan tua sahabat karibnya itu.
“Si bidan kita sudah meninggal.”
Seisi kampung hanya terdiam; tetapi kami bermandi air mata dek rasa sedih kerana si bidan tua yang sangat berjasa itu, akhirnya pergi tanpa seorang pun di sisinya. Cuma tatkala teringat akan sepasang matanya yang bercahaya sejak membawa pulang si Idul Fitri, kami terasa lega. “Dia bahagia,” bisik hati kecil kami.
Di surau, jenazah si bidan disembahyangkan selepas khutbah raya. Waktu orang membuka penutup keranda untuk membolehkan dua sahabat karibnya menatap buat kali akhir, kami cepat-cepat menggelisat di celah-celah orang lalu berdiri dekat jenazah. Kami sempat melihat wajahnya; dan sampai saat ini, kami masih teringat akan jaluran cahaya jernih yang memancar-mancar menembusi kelopak matanya yang tertutup rapat. Cahaya yang menakjubkan – sama seperti ketika hayatnya dulu.


13
Tujuh tahun sudah berlalu, sejak si bidan tiada; orang sudah pun mulai melupakannya. Seingat kami, meski pun bidan itu pernah berjasa menyambut begitu banyak nyawa dan nama orang di kampung kami, namun hari ini, arwah si tua itu sudah dilupakan orang. Kuburnya masih tak bernisan, kecuali diteduhi pokok kemboja yang rendang. Kami tanam kala melawatnya pada hari keseratus dia pergi.
Cuma sekarang ini, ketika Syawal hampir menjelang – di bawah pokok ketapang tempat manusia berkumpul, malah sampai ke lereng bukit berdekatan sempadan tanah – segala cakap-cakap hanyalah berkisar akan kisah si bayi kucing Idul Fitri.
Di hati kami meresap perasaan yang aneh; begitu banyak rahsia berputar di sebalik kisah seorang gadis seberang melahirkan bayi kucing di kampung kami. Apa lagi mengingatkan gadis itu terbuang ke kampung kami ketika berkelana menjejak suaminya yang sudah dua tahun menghilang.
Ada kalanya, kalau terasa sangat rindu... kami akan pergi ke tapak rumah sepetak tempat bayi kucing itu lahir dan kemudian menyusul pula ke tapak rumah si bidan tempat Idul Fitri dibesarkan tanpa pernah dilihat sesiapa pun.
Tujuh tahun lalu, sebaik saja jenazahnya dikebumikan, kami bergegas ke rumah ini. Tiba-tiba saja kami teringat akan Idul Fitri; kasihan, kebetulan ibu kandung dan ibu angkatnya pergi pada satu Syawal.
Kala kami sampai pintu semua pintu dan tingkap tertutup rapat. Kami berjalan mengelilingi rumah; meninjau-ninjau sambil menelinga – mencari-cari akan kelibat atau desis suara Idul Fitri. Menjelang Maghrib ketika Syawal pertama mulai berakhir, kami menerima hakikat – rumah itu tidak berpenghuni.
Kami pun berundur – dan sedikit gugup setelah melangkahi parit kecil yang memisahkan laman rumah itu dengan jalan kampung. Angin tiba-tiba saja menyusur, dan terdengar suara orang sedang membaca Al Quran. Sangat lunak dan kami yakin itu suara seorang budak lelaki.
“Barangkali itulah Idul Fitri... sedang membaca Yassin untuk si bidan dan arwah ibunya.” Perlahan-lahan, remang senja mulai jatuh; cepat-cepat kami teringat – hari itu, hari pertama bulan Syawal.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Menjelang Syawal

Menjelang SyawalOleh Syarifah Salha Syed Ahmad


DUA hari sudah berlalu. Rumput-rumput panjang keliling rumah masih belum habis dipangkas. Mesin rumput mula buat ragam. Sekejap berfungsi, sekejap tidak. Ada-ada saja ragamnya. Menjadikan kerja-kerja Tok banyak tertangguh.
Belakang Tok mula rengsa-rengsa dan anatomi tubuh juga turut menua. Tok tidak larat berlama-lama menyandang mesin. Dahulu sebelum Abang Farid belikan mesin, Tok pangkas rumput guna sabit saja. Tiga hari boleh siap. Badan Tok juga tidak sakit-sakit. Malah, bertambah sihat kerana sentiasa berpeluh.
Tok tidak suka biarkan kerja-kerjanya terbengkalai, sebab itu Tok terus pangkas rumput dengan sabit. Tok buat sikit-sikit hingga keliling rumah tampak bersih dan indah dipandang mata.
Tok tidak salahkan Abang Farid mahu beli mesin rumput. Barangkali, Abang Farid kasihan tengok Tok terbongkok-bongkok menyabit rumput. Sebab itu Abang Farid belikan mesin. Masa mula-mula beli tidak pula meragam. Semenjak dua menjak ni saja buat ragam. Sama dengan tubuh renta Tok yang kerap sakit-sakit dan meragam juga.
Tinggal dua hari saja, Syawal akan menjelma. Persiapan menjelang raya masih banyak belum dibereskan. Buluh untuk buat lemang dan panjut belum dicari. Daun pisang buat lapik isi buluh lemang juga belum disediakan. Kayu buat unggun api pula belum dikapak. Begitu Tok mencongak-congak kerja yang akan dilakukannya menjelang raya.
Tahun ini pelajar sekolah dapat cuti dua hari sebelum raya. Selepas raya hanya dapat cuti satu hari sahaja. Mujur Sabtu dan Ahad juga cuti. Menjadikan jumlah cuti raya kira-kira satu minggu. Alangkah gembira hati Muslih, cucu tunggal Tok kerana dapat berlama-lama berhari raya. Hari ini Muslih berpuasa. Baru sembilan hari jumlah puasanya. Muslih mahu cukupkan sepuluh hari. Meski tidak sampai 30 hari berpuasa, Muslih tetap gembira kerana jumlah puasanya bertambah berbanding tahun lepas, hanya lima hari.
Tok lihat jarum jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Muslih masih cendera tidurnya. Melihat tampang Muslih yang comel dan tubuhnya yang tembun, buat hati Tok rasa kasihan. Tok tidak sampai hati mahu kejutkannya. Lagipun Muslih sudah solat subuh. Jika digerakkan awal pagi khuatir Muslih cari alasan untuk buka puasa. Muslih memang begitu, suka bangun lewat teangahhari apabila berpuasa. Muslih selalu cakap kepada Tok: kalau Leh bangun lewat sikit taklah rasa lama sangat posa. Leh letihlah, nak tunggu sampai berbuka nanti. Begitu alasan yang selalu Muslih berikan kepada Tok. Tok hanya mampu tersenyum dan bercanda pula: orang yang bangun lewat puasanya terbatal. Cuba tengok perut Leh yang kembung! Tentu banyak telan air liur. Tok suka benar 'menyakat' Muslih yang baru mencecah usia enam tahun itu. Tok suka lihat tampang Muslih kemerah-merahan apakala 'disakat'. Sambil senyum-senyum simpul, Muslih akan usap-usap perut buncitnya, macam perempuan mengandung empat bulan.
Sejak dilahirkan Muslih memang tinggal dengan Tok dan Nek. Tok merayu kepada Abang Farid dan Kak Soraya supaya jangan bawa Muslih tinggal di Kuala Lumpur. Tok khuatir Muslih akan membesar dengan cara budak-budak bandar. Lagipun Abang Farid sangat sibuk di hospital menguruskan pesakit. Kak Soraya pula sibuk mengajar di universiti. Sekejap kursus sana dan sekejap kursus sini, sebab itu Tok lebih senang lihat cucu yang sorang itu tinggal dengannya di kampung.
Tok buat semua itu untuk kesejahteraan mereka juga. Cuti hujung minggu boleh saja mereka pulang, jenguk Muslih. Setidak-tidaknya dapat juga jenguk Tok dan Nek yang sudah tua. Alhamdulillah, hasrat Tok tidak dibantah oleh Abang Farid dan Kak Soraya meskipun kedua-duanya berat hati mahu tinggalkan Muslih. Tok tidak terniat mahu pisahkan mereka anak-beranak. Memisahkan orang anak-beranak memang pedih. Umpama kematian orang tersayang. Tok pernah merasai perit-pedih dipisah-pisahkan anak-beranak. Ketika itu, zaman penjajahan Bintang Tiga. Betapa hancur-luluh nubari saat Tok terpisah dengan kedua orang-tuanya. Bertambah pedih pilu saat Tok dikhabarkan akan berita pembunuhan kedua-dua ibu-bapanya.
Tahun ini Nek tidak akan buat banyak kuih. Kak Soraya maklumkan mahu beli 'kuih tunjuk'. Apa boleh buat, anak menantu mahu belikan, Nek menurut saja. Buat kuih banyak-banyak membazir pula. Cucu tidak ramai. Siapa pula mahu makan. Membazir juga amalan syaitan dan Nek teringat kalam Allah dalam Surah al-Israk ayat 27, "Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu, adalah saudara syaitan dan syaitan itu amat ingkar akan Tuhannya." Justeru, Nek ambil keputusan bersederhana sahaja dalam setiap perbuatan dan tingkah laku. Nek tidak mahu tergolong dalam golongan yang dimaksudkan oleh Allah dalam surah tersebut.
Malam ini Nek perlu bersihkan para-para yang bersawang. Cadar, langsir dan sarung kusyen yang dibasuh semalam perlu di pasang semula. Daun ketupat dianyam. Ayam kampung yang disembelih oleh Tok perlu dicabut bulunya. Abang Farid anak tunggalnya gemar amat makan ketupat cicah rendang ayam kampung. Menantunya Kak Soraya pula gemar makan ketupat cicah kuah kacang. Begitu Nek berkira-kira mahu menyudahkan kerja-kerjanya yang masih berbaki. Menjelang Syawal nanti, dapat juga Nek berehat dan memperbanyakkan amal ibadat di malam terakhir Ramadan. Esok, lemang kesukaan Tok dan cucunya, Muslih perlu dibakar. Namun entah bila Tok mahu ambil buluhnya. Nek tidak kuasa mahu paksa-paksa. Tahulah Tok membuat kerja-kerjanya. Begitu perkiraan Nek.
Hari ini langit cerah. Kepul-kepul awan yang memutih sangat indah dipandang. Tiada tanda-tanda bahawa hari ini akan hujan seperti selalu. Tok tidak mahu berlengah. Tinggal dua hari saja Aidilfitri akan menjelang. Tok mahu ke sungai ambil ruas buluh untuk buat lemang dan panjut. Muslih, suka benar makan lemang. Jika Muslih tahu Tok hendak ke sungai, tentu Muslih mahu ikut.
Tok masih berkira-kira mahu ajak Muslih atau tidak. Jika tidak ajak, tentu Muslih akan 'tunjuk rasa', mengurung diri dalam bilik dan tidak mahu makan walau sebutir nasi. Itu yang buat Tok rasa serba salah. Jika tidak diikutkan ragam cucu yang seorang itu, Tok juga yang akan dapat susah.
Tok ikat parang berserta sarungnya di pinggang dengan tali. Tok cuma pakai kain pelikat yang digulung hingga ke paras betis dan juga kemeja lusuh. Tok juga pakai kopiah yang sudah kekuningan dan dipenuhi tompok-tompok hitam. Tok terjengkit- jengkit pijak lantai rumah. Tok goncang tubuh Muslih perlahan-lahan. Tok bisik-bisik ke telinga Muslih beritahu hendak ke sungai. Mendengar begitu, Muslih cepat-cepat bangun, terpisat-pisat menuju ke bilik air lalu mencuci muka. Muslih ambil parang plastik yang Tok beli di kedai Tauke Chin tiga hari lepas, lalu ikat di pinggang serupa macam Tok buat.
"Leh, janji ya! Jangan bagi tau Nek."
Tok letak jari telunjuk atas bibir, beri isyarat supaya Muslih faham.
"Ok! Leh janji."
Muslih angguk-angguk tanda faham.
Tok dan Muslih berjalan senyap-senyap menuju ke sungai tanpa pengetahuan Nek. Jika Nek tahu Tok bawa Muslih, pasti Nek akan protes. Mujur Nek tidak nampak kerana ralit menyiram sayur-sayuran di kebun.
Sepanjang perjalanan, Tok bernyanyi kecil lagu Allahyarham S Jibeng, "Musafir di Aidilfitri." Hati Tok sangat girang. Tok mahu Muslih makan lemang yang dibuat oleh Nek. Nek memang pandai buat lemang. Cukup santan dan cukup rasa. Sebab itu lemang yang Nek buat sangat lemak dan sedap. Tambahan pula, Tok sendiri pandai kawal api supaya lemang tidak berkerak dan keras. Lembut apakala dimakan. Tok sedia maklum, lemang yang dibeli tidak sesedap seperti yang dibuat sendiri. Khuatir jadi seperti tahun lepas, lemang basi sebelum sempat dimakan. Apakan daya, tahun lepas Tok tidak berkesempatan cari buluh lemang kerana hujan turun lebat pada penghujung Ramadan.
Tok juga mahu Muslih lihat cahaya panjut pada malam raya. Tentu Muslih gembira. Sudah banyak tahun Tok tidak dapat pasang panjut pada malam raya. Juga kerana tidak sempat ambil ruas buluh akibat hujan.
Saat sampai di tebing sungai, Tok lihat rimbun pokok buluh tumbuh segar. Kelihatan beberapa rumpun buluh seperti baru saja dipangkas. Barangkali orang-orang kampung telah mengambilnya. Tok rapatkan diri ke perdu buluh lalu ketuk-ketuk batangnya.
"Kenapa Tok buat macam itu?"
Muslih juga ikut sama ketuk batang buluh dengan parang plastiknya.
"Oh! Tok mahu uji yang mana tua."
Tok tersenyum sambil tetak buluh sebatang demi sebatang. Buluh tumbang mencium bumi.
Tok rintis ranting dan daunnya yang berbulu-bulu. Tok ketam buluh ikut ruas hingga cukup sepuluh ruas. Bila sudah cukup Tok masukkan ke dalam guni beras. Tok jerut hujung guni dengan tali. Kemudian Tok ketam pula buluh yang lain sedepa- sedepa untuk dibuat panjut. Cukup lapan depa Tok ikat dengan akar pokok yang menjalar, di pangkal, tengah dan hujungnya.
"Eh-eh! Leh jangan sentuh buluh ni. Merenyam kulit tu nanti terkena miangnya."
Muslih tidak jadi menyentuh buluh-buluh yang sudah Tok ketam. Muslih bercangkung saja tengok Tok rintis ranting dan daun buluh tersebut.
Apakala sudah selesai, Tok pikul buluh-buluh yang sudah diikat ke atas bahu sebelah kanan. Tangan sebelah kiri pula menjinjing guni yang penuh berisi ruas buluh. Tok jalan perlahan-lahan. Muslih pula berjalan di depan. Tok pesan kepada Muslih supaya berhati-hati. Di kiri dan kanan susur jalan banyak akar-akar pokok, tunggul kayu dan tunggul buluh. Jika tersadung kaki, buruk padahnya.
"Leh, hati-hati! Jalan perlahan-lahan. Jangan berlari begitu."
Tok merungut-rungut lihat ragam cucunya yang sorang itu. Apa boleh buat. Ragam Muslih sama dengan Abang Farid masa kecil-kecil, sangat nakal dan tidak mahu dengar cakap. Namun, kala dewasa Abang Farid berjaya bergelar doktor. Tok sangat berharap Muslih juga akan jadi insan yang berguna dan berjaya kelak.
Muslih masih berlari-lari anak. Pokok-pokok renik di tepi-tepi jalan habis ditebas-tebas dengan parang plastik kesayangannya itu. Akibatnya, pokok-pokok renik itu kelihatan gondol. Hanya tinggal batang-batang yang berceracak. Daun-daunnya kelayuan menimpa bumi. Sambil-sambil menebas, Muslih bercakap-cakap seorang diri. Muslih memang begitu, suka bercakap sorang-sorang. Kadang-kadang kelihatan seperti bercakap dengan seseorang. Namun Tok sudah faham. Dunia kanak-kanak memang begitu. Tok tahu cucunya ada imaginasi sendiri. Kelak Tok yakin Muslih akan jadi orang yang berani bercakap depan khalayak.
"Tok! Cepat, Tok."
Muslih menggamit-gamit Tok yang keciciran di belakang.
"Tunggu, Leh!"
Tok teriak kuat-kuat. Tercungap-cungap.
Sesekali kedengaran batuk tua yang semakin menjadi-jadi. Tok tahu, kalau dulu Tok dengar nasihat Nek supaya berhenti merokok pada usia muda, tentu paru-paru Tok tidak rosak. Sekarang Tok sedar, batuk-batuk yang Tok alami adalah petanda paru-paru Tok sudah hitam dan rosak. Seperti kata Muslih: ayah kata orang yang hisap rokok paru-parunya hitam dan berkarat.
Tiba-tiba kaki Tok tersandung tunggul kayu. Ruas buluh yang Tok pikul dan jinjing terlepas. Serta-merta tangan Tok mengilas angin. Kaki kanan Tok tergelincir dan terpeletok lalu terpijak tunggul buluh yang runcing. Tok terjerembab mencium bumi sambil meraung kesakitan.
"Tok!"
Muslih toleh belakang. Bergegas menghampiri Tok.
"Leh."
Bibir Tok terketar-ketar menahan sakit. Tok terasa tapak kaki pedih. Mencucuk-cucuk dan bisanya terasa hingga ke tulang. Tok lihat darah keluar membuak-buak. Selipar Jepun yang dipakai bersalut darah, pekat dan likat. Tok sentap kaki yang membenam dalam buluh runcing. Kaki Tok meroyak luka dan darah keluar membuak-buak. Betapa sakit yang Tok rasa mula menjalar hingga ke jantung. Peluh-peluh memercik, merembes dan membasahi wajah Tok yang berkedut tua. Air mata yang bergenang, akhirnya mengalir dan gugur ke bumi.
Kalimah Allah disebut berulang-ulang. Berulang-ulang, hingga suara Tok semakin tenggelam. Tok langut ke langit perlahan-lahan. Mata Tok berbinau-binau. Tok toleh sekeliling lambat-lambat dan nampak wajah Muslih berlapis-lapis. Tok dengar namanya dipanggil berkali-kali, semakin sayup dan sayup sehingga suara itu tidak kedengaran lagi. Pandangan Tok semakin kelam hingga keadaan sekeliling menjadi zulmat. Kelopak mata Tok tertutup perlahan-lahan. Akhirnya terpejam rapat dan Tok tidak sedarkan diri.
Muslih goncang-goncang tubuh Tok sambil memangku kepalanya. Muslih terjerit dan terlolong minta tolong. Berkali-kali hingga tidak berdaya lagi. Muslih menangis dan terus menangis apabila melihat Tok terus-menerus menutup mata.
Nek di rumah termenung. Melayan nubari yang kacau-bilau. Berkali-kali Nek pesan kepada Tok supaya tidak membawa Muslih ke mana-mana. Nek sangat geram dengan sikap Tok yang tidak faham bahasa. Nek urut dada yang terasa panas sambil istighfar berkali-kali. Nek nekad tidak akan memarahi Tok apabila bersemuka nanti. Nek tidak mahu buat dosa pada bulan puasa. Nek terus bernekad sambil terus-menerus mengharap agar Tok lekas-lekas pulang bersama-sama Muslih, cucu kesayangannya.



Biodata penulis: Sharifah Salha Syed Ahmad
MERUPAKAN graduan Universiti al-Azhar Mesir jurusan Syariah Islamiah adalah pendatang baru dalam dunia penulisan kreatif tanah air. Karya beliau pernah tersiar di Berita Minggu, Majalah Dewan Agama dan Falsafah serta Majalah Anis. Beliau sudah mempunyai dua antologi cerpen bersama penulis Malaysia, Timur Tengah dan kini dalam proses menghasilkan antologi ketiga bersama penulis Malaysia, Timur Tengah.

Tragedi di Balik Tanda Cinta Abadi

link buku http://www.4shared.com/file/67807223/8b0de8fe/TajMahal.html

Penulis : Timeri M. MurariTebal : 496 hlm.
Siapa pernah menyangka di balik keindahan dan kesucian cinta yang tercermin dari Taj Mahal, tersimpan keangkuhan hati manusia? Atau, pernahkah kita menduga ketulusan cinta Shah Jahan kepada Arjumand Banu, Mumtaz Mahal sang Penghias Istana, harus ternoda oleh sisi gelap nan menyakitkan? Tatkala Taj Mahal selesai dibangun, kesultanan Mughal justru terkoyak dari dalam istana. Perseteruan dua anak Shah Jahan, Dara dan Aurangzeb, dalam memperebutkan Singgasana Merak Kesultanan makin memanas dan mencapai puncaknya ketika Aurangzeb melakukan pemberontakan. Aurangzeb lalu memenggal kepala Dara dan menunjukkannya di hadapan sang Ayah, Shah Jahan. Maka berulanglah sebuah pengkhianatan terhadap hukum Timurid yang diciptakan leluhur mereka, Timur-i-leng: "Jangan sakiti saudaramu, meskipun mereka mungkin layak mendapatkannya." Ini tak ubahnya sebuah karma akibat Shah Jahan membunuh saudaranya, Khusrav, demi mengamankan kekuasaannya. Novel ini menyajikan kisah Taj Mahal dari sudut pandang berbeda; di mana cinta dan kesetiaan berbalut nafsu angkara akan takhta. Melanjutkan tradisi penggambaran indah John Shors dalam Taj Mahal: Kisah Cinta Abadi (Mizan, 2006), pembaca diajak menikmati eksotika India masa silam dengan segala kegemerlapannya.
Endors:
"Novel yang penuh gairah dan eksotis! Memesona hingga halaman terakhir." -The Guardian
"…salah satu kisah sejarah yang menawan." -India's National Newspaper "…sama menakjubkannya dengan bangunan Taj Mahal yang dideskripsikannya." -Sunday Observer "Novel yang sangat memukau…" -Asia Magazine

Sunday, October 19, 2008

nama2 anak lelaki

Abdul Alim=Hamba Allah Yang MengetahuiAbdul Azim=Hamba Allah Yang AgungAbdul Aziz=Hamba Allah Yang MuliaAbdul Bari=Hamba Allah Yang Banyak KebaikanAbdul Basit=Hamba Allah Yang Melimpah NikmatAbdul Baqi=Hamba Allah Yang KekalAbdul Dayyan=Hamba Allah Yang MembalasAbdul Jabbar=Hamba Allah Yang TegasAbdul Jalil=Hamba Allah Yang MuliaAbdul Jawad=Hamba Allah Yang PemurahAbdul Fattah=Hamba Allah Yang MembukaAbdul Ghafur=Hamba Allah Yang MembukaAbdul Ghani=Hamba Allah Yang PengampunAbdul Hadi=Hamba Allah Yang KayaAbdul Hafiz=Hamba Allah Yang MemeliharaAbdul Haiy=Hamba Allah Yang HidupAbdul Hak=Hamba Allah Yang SebenarAbdul Hakam=Hamba Allah Yang MenghukumAbdul Hakim=Hamba Allah Yang BijaksanaAbdul Halim=Hamba Allah Yang Lemah LembutAbdul Hamid=Hamba Allah Yang TerpujiAbdul Hanan=Hamba Allah Yang PenyayangAbdul Ilah=Hamba Allah / hamba Tuhan
Abdul Karim=Hamba Allah Yang PemurahAbdul Khaliq=Hamba Allah Yang MenciptaAbdullah=Hamba AllahAbdul Latif=Hamba Allah Yang Lemah LembutAbdul Majid=Hamba Allah Yang MuliaAbdul Mannan=Hamba Allah Yang Memberi NikmatAbdul Muhaimin=Hamba Allah Yang BerkuasaAbdul Mu'ati=Hamba Allah Yang MemberiAbdul Mun'im=Hamba Allah Yang Memberi NikmatAbdul Nasir=Hamba Allah Yang MenolongAbdul Qadir=Hamba Allah Yang BerkuasaAbdul Qahar=Hamba Allah Yang PerkasaAbdul Qayyum=Hamba Allah Yang BerkuasaAbdul Rauf=Hamba Allah Yang PengasihAbdul Rahman=Hamba Allah Yang PemurahAbdul Rahim=Hamba Allah Yang PenyayangAbdul Rasyid=Hamba Allah Yang BijaksanaAbdul Razak=Hamba Allah Yang Memberi RezekiAbdul Syakur=Hamba Allah Yang BersyukurAbdul Samad=Hamba Allah Yang Menjadi Tumpuan

1) HAIQAL AQASHA2) KHALAF HAZEEM3) IQBAL NURHAQEEM

isqandar zulqarnain
mohd afiq asrimohd adib ashraf -----

Umar Faruqi
Lut Fahmi
Hud Fahri