Wednesday, October 15, 2008

Perjanjian Hudaibiyah - Menyakini Janji Allah

"Petikan untuk tatapan dan iktibar, semoga kita mendapat menfaat. Dalam kitab Hayatus Shahabat karangan Syaikh Yusuf Kandahlawi, diceritakan bahwa setelah perjanjian Hudaibiyah antara kaum Muslim dengan pihak kafir Quraisy Makkah disetujui, sahabat Umar ibn Khaththab merasa keberatan. Menurutnya, butir-butir perjanjian Hudaibiyah tersebut sangat merugikan pihak kaum Muslim. Umar ibn Khaththab dengan perasaan sedih mendatangi Rasulullah SAW, dan berkata: "Bukankah engkau utusan Allah?" Nabi SAW menjawab, "Benar". Umar bertanya lagi, "Bukankah kita berada di pihak yang benar sedangkan pihak musuh kita berada di pihak yang salah?" Nabi SAW menjawab, "Benar". Umar melanjutkan pertanyaannya lagi, "Lalu, mengapa engkau memberikan kehinaan pada agama kita?"Mendengar kata-kata tersebut, Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya aku adalah Rasulullah. Aku tidak akan melanggar (aturan/perintah) Allah, karena Allah adalah pelindungku". Umar bertanya lagi, "Bukankah engkau telah mengatakan bahwa aku akan melakukan tawaf pada tahun ini?" Nabi SAW menjawab, "Tidak". Kemudian Rasulullah SAW melanjutkan kata-katanya, "Umar, engkau pasti akan sampai juga di Kakbah dan melakukan tawaf". Karena belum puas, Umar ibn Khaththab lalu menemui Abu Bakar dan berkata, "Abu Bakar, bukankah Nabi kita itu benar?" Abu Bakar menjawab, "Tentu saja". Umar bertanya lagi, "Bukankah agama kita benar?" Abu Bakar menjawab, "Ya, Benar". Umar melanjutkan lagi, "Jika demikian, mengapa beliau memberikan noda pada agama kita?" Mendengar hal itu, Abu Bakar menjawab dengan tegas, "Wahai manusia, sesungguhnya beliau adalah Rasulullah, tidak akan melanggar perintah-Nya sedikitpun. Allah adalah pelindungnya. Karena itu, taatilah perintahnya. Sesungguhnya beliau berada di atas kebenaran". Lalu, Umar bertanya lagi, "Bukankah beliau memberikan janji kepada kita untuk melakukan tawaf?" Abu Bakar balik bertanya, "Apakah beliau berjanji melakukannya pada tahun ini?" Umar menjawab, "Tidak". Abu Bakar berkata lagi, "Engkau akan sampai juga ke kota Makkah dan akan melakukan tawaf di sekeliling Kakbah". Sepulangnya kaum Muslim dari Hudaibiyah, Rasulullah SAW menerima wahyu yang artinya; "Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada rasul-Nya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (yaitu) bahwa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah, dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedangkan kamu tidak merasa takut. Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat." (al-Fath: 27). Belum genap setahun perjanjian Hudaibiyah, kaum Muslimin telah menaklukkan Makkah dengan aman. Sehingga bisa berhaji dan umrah dengan aman pula. Nah, apakah kita kaum Muslimin masih sanksi atau ragu terhadap janji Allah yang akan memenangkan Islam dan kaum Mukmin atas seluruh agama, sistem, maupun ideology kufur lainnya buatan manusia (al-Fath; 28). Sebagaimana Allah memenangkan pasukan Islam pimpinan Muhammad al Fatih, menaklukkan Konstantinopel/Istanbul 700 tahun setelah Rasulullah mengatakannya. Sekarang,tinggal bagaimana konsistensi kita dalam dakwah. Pastilah janji Allah benar belaka. "

MP3-Ayat Cinta=ROSSA =http://www.zshare.net/audio/20586547f41aa8ba/

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH DI INTERNATIONALSPACE STATION, ISS (STESYEN ANGKASA ANTARABANGSA

http://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=3fb9478d35&view=att&th=11cfe483a3c5eba6&attid=0.1&disp=vah

http://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=3fb9478d35&view=att&th=11cfe483a3c5eba6&attid=0.1&disp=vah

link radio

DJ AFFA ON AIR
YM ID : vs_scooter125
Radio Hiburan & Info 24 jamSIM.fmKlikhttp://72.8.134.73:7370/listen.pls
Gunakan WinAmp
Jika belum ada WinAmp sila download di http://www.winamp.com/atau klik DOWNLOADWINAMP

9 Siti pilihan

9 Siti Yang Patut DI contohi
1)SITI KHADIJAH Merupakan isteri Rasulullah saw yang melahirkan anak-anak baginda.Setia dan begitu kuat menyokong Rasulullah saw walaupun ditentanghebat olah orang-orang kafir dan musyrik,serta sanggup menghantarmakanan kepada baginda ketika beribadat di Gua Hira'. 2)SITI FATIMAH Puteri Rasulullah saw yang amat tinggi budi pekertinya.Sangat kasihdan setia kepada suaminya,Saidina Ali Karamallahu wajhah.Walaupun Ali miskin sehingga tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadangberbantalkan lengan Ali,namun Siti Fatimah tidak pernah merungut.Rasulullah pernah berkata ,"Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehingga Ali memaafkan kamu." 3)SITI AISYAH Adalah isteri Rasulullah saw yang paling romantik.Sanggup berkongsikan bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah.Dimana saja baginda minum,disitulah Siti Aisyah akan minum dengan menggunakanbekas yang sama. 4)SITI HAJAR Isteri Nabi Ibrahim a.s yang amat patuh kepada suami dan suruhan Allah SWT.Sanggup ditinggalkan suami atas suruhan Allah SWT demi kebaikkan.Berjuangmencari air untuk anaknya Nabi Ismail(pengorbanan ibu mithali) 5)SITI MARIAM Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyaimaruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah SWT untuk mengandungkan Nabi Isa,meskipun begitu kuat tohmahan dan fitnah yang diterimanya. 6)SITI ASIAH Isteri Firaun yang begitu tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun laknatullah. 7)SITI AMINAH Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah saw.Mendidik baginda menjadi insan mulia dan tidak pernah gentar dengan ujian. 8)SITI MUTI'AH Beliau adalah lambang isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan AllahSWT syurga untuknya kerana sifat setianya kepada suami yang sanggup menjaga makan minum.Setiap hari dia menyediakan tongkat untuk dipukulsuami jika layananya tidak memuaskan.Berhias dengan cantik dan kemashanya untuk tatapan suami sahaja. 9)SITI ZUBAIDAH Wanita kaya lagi dermawan menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagikegunaan orang ramai dengan niat hanya kerana Allah SWT. 9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti NorbahyahMahmood dalam rancangan Halaqah TV9 pada tahun 2007 bertajuk 'SITI IMPIAN'.

Hikmah Disebalik Mengucapkan lafaz La ilahaillallah

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang mengucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka.. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
p/s: Sampaikan walaupun satu ayat

doa-sebelom buat kerja

Ya A LLAH , Ya Tuhan Kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu.Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkaukurniakankepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmatyang dikurniakan kepada kami.
Ya A LLAH Ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepada Mumemohon kesihatan semulia-mulianya,memohon rezeki yang halalmemohon umur yang berkatmemohon rahmat dan nikmat MUmemohon anugerah Mu sebaik-baiknya,memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya,memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.
Aminn..
Setelah baca sebanyak 3 kali, fowardkan email ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda.Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah.Amin.
ATULJED-JusT LiVe OuR LiFe To ThE FuLLeSt-

Al-Ikhlas

Ketika Memulakan Kerja Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja ker ana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kep ana san. Sebelum Masuk Ke Rumah Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki k ana n dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam ker ana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat ker ana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu. Ketika Sakit Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Khatam al-Quran Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama denganmembaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran ker ana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. Pahala Membacanya Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjal ana n. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang m ana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. Nota Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertim ana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pes ana nku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang ana k Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa ana k- ana knya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. …Wallahu a’lam ﻢﻼﺳﻭ

Makhluk Allah Yang Bernama Semut

Makhluk Allah Yang Bernama SemutDilulus terbit pada Monday, October 13 @ 10:46:16 MYT oleh TokPenghulu Oleh ahmad82
"Sang Semut makhluk Allah yang mungil
Apabila semut disebut kita pasti menanggapi ia adalah sejenis makhluk Allah yang kecil tubuhnya. kita selalu menemuinya di mana-mana namun tidak pernah benar-benar kita perhatikan, makhluk mungil ini yang sangat berketerampilan, sangat bersosial, dan sangat cerdas tetapi ingat kekadang ia berbisa hingga membawa mati dibuatnya. Tetapi pada waktu lainnya ia adalah seekor semut kecil yang menghiburkan.

Siapakah Sang Semut?
Semut diketahui menghuni Alam ini sekitar 80 juta tahun lampau.namun bilakah ia dijadikan, hanya Allah yang mengetahuinya.Semut adalah serangga eusosial yang berasal dari keluarga Formisidae, dan semut termasuk dalam ordo Himenoptera bersama dengan lebah. Para cerdik pandai menyatakan semut terdapat kira-kira 12000 kelompok semuanya.Ada semut pekerja,semut pejantan, dan ratu semut.


manusia mengenalinya dengan pelbagai nama, semut api kerana bisanya menyakitkan seumpama api apabila menyengat, semut Kongkiak, semut Hitam yang hitam warnanya, semut Sulaiman yang dinamakan sempena kisahnya bersama nabi Sulaiman Dalam Al Quran dan semut Gatal kerana gigitannya yang menggatalkan.
Dalam Kehidupan kita seharian amat dekat dengan makhluk ajaib ini,kerana dekatnya manusia dengan semut, namanya seringkali diabadikan pada sesuatu, misalnya nama tempat Kota Sarang Semut (Alor Setar , Kedah sana nu), Kuih Sarang Semut, hinggakan terdapat sebuah setesen keretapi di Surabaya dikenali dengan nama "Semut". Kisah semut juga turut diabadikan dalam filem animasi yang berjudul Ant. Peribahasa Melayu turut merakamkannya dalam ungkapan "Ada gula, ada semut. Semut jugadikisahkan dalam lagu-lagu melayu seperti enjit-enjut semut dan " Semut Merah". Menarik bukan.


Keajaiban dan fakta menarik tentang semut
1.Semut mempunyai 500.000 sel saraf yang termuat dalam 2 atau 3 milimeter tubuh mereka.(HarunYahya)
2.Semut berkomunikasi dengan isyarat kimiawi iaitu Semiokemikal zat kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi.
3.Semut yang paling berbahaya adalah semut bulldog hitam dari australia,bisanya mampu membunuh manusia.
4.Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.


Istimewanya makhluk Allah ini
Cuba perhatikan kehidupan masyarakat semut.Teknologi, kerja gotong-royong, strategi ketenteraan, jaringan komunikasi yang maju, hierarki yang rasional dan cerdik, disiplin, perencanaan kota yang sempurna dan pelbagai ciri lain yang amat istimewa untuk di ambilFirman Allah yang bermaksud:
“Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Mem-bentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepadanya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha perkasa lagi Mahabijaksana.” (QS. Al-Hasyr, 59:24)


Semut Dalam Al Quran
Allah mengabadikan kisah semut diadalam Al Quran, istimewanya Allah menamakan satu surah dengan di dalam kitab suciNya dengan nama An Naml iaitu semut.Surah yang ke 27 dalam alquran dengan kandungan 93 ayat semuanya.Kisah tersebut diceritakan Allah dalam Ayat 18 dan 19 dalam surah ini.


Allah mengisahkan dengan firmannya yangbermaksud:(Maralah angkatan itu) hingga apabila merekasampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.(Surah An-Naml, Ayat 18)


Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.(Surah An-Naml, Ayat 19)


Demikianlah dua ayat yang merakamkan kisahperbualan semut dan nabi Allah Sulaiman.Kisah agung ini memaparkan betapa semua binatang dan makhluk lain memahami dan menyanjungi nabi Sulaiman sebagai raja dan pemerintah. Ketua Semut memerintahkan sekalian rakyatnya membrikan sepenuh kerjasama kepada tentera nabi sulaiman yang melalui kawasan meraka agar tiada rakyatnya yang terbunuh akibat gerakan dahsyat para tentera lalu nabi Sulaiman mendengarnya, baginda tersenyum, menegur semut lalu berdoa mensyukuri nikmat Allah.


Perihal semut dalam Hadis dan sekitar hukum mengenai semut.
Dalam hadis riwayat Ibnu Abbas Rasulullah s.a.w. melarang membunuh empat jenis haiwan melata, yaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung sejenis jalak. (h.r. Abu Dawud sahih)
Khatabi dan Baghawi menegaskan bahwa semut di sini bukan semua jenis semut, tapi semut Sulaimaniyah, yaitu semut besar yang tidakmembahayakan dan tidak menyerang manusia.*
Adapun semut-semut kecil yang mengganggu serta menyerang manusia, maka boleh dibunuh. Imam Malik mengatakan makruh hukumnya membunuh semut yang tidak membahayakan. Namun meskipun boleh membunuh semut, tapi sebaiknya mebunuh semut dengan cara tidak membakarnya, karena ada hadith yang menegaskan bahwa yang berhak menyiksa dengan api adalah Tuhan api. (h.r. Abu Dawud dari Ibnu Mas’ud).*
Dalam kitab Tuhfatul Muhtaj, Syah Minhaj (40/403) karangan Imam Zakariya al-Anshori dijelaskan bahwa apabila semut jatuh ke madu kemudian madu itu dimasak, maka boleh dimakan semut tadi bersama madu, tetapi kalau jatuh di dalam daging yang memungkinkan memisahkan bangkai semut tadi, maka tidak boleh memakannya danharus dipisahkan dari daging yang dimasak.*
Imam Ghozali dalam kitab Ihya Ulumuddin (1/438) juga menegaskan bahwa apabila semut atau lalat terjatuh ke dalam periuk makanan, maka tidakharus menumpahkan dan membuang semua makanan yang ada dalam periuk makanan tadi, karena yang dianggap menjijikkan adalah bangkai semut atau lalat tadi, selagi mana keduanya tidak mempunyai darah maka tidak najis, ini juga menunjukkan bahwa larangan makan keduanya karena dianggap menjijikkan.*


Pengajaran
Sesungguhnya Allah maha agung untuk menjadikan sesuatu. setiap makhluk yang diciptakan Allah ada peranan dan manfaatnya masing-masing. Maha Suci Allah yang tidak menjadikan sesuatu sia-sia.
Firman Allah yang bermaksud:"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih ber-gantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau. Maka, peliharalah kami dari siksa neraka."(Surah Ali 'Imran, Ayat 190-191)
SekianAkhukum Ahmad Najhie Hayazi
Rujukan:Al Quran terjemahanAl hadis Nabawi*http://www.pesantrenvirtual.com"

raba

Pada suatu hari,ali pergi ke sekolah kerana ada ujian.Nak dijadikan cerita ali tidak membawa pemadam.Lalu dia pun ingin meminjam pemadam dari seorang perempuan.Ikutilah perbualan mereka:

Ali :Siti,nak "RUBBER".
Siti :Apa nak "RABA".Oleh kerana Siti salah faham maka Ali pun dilempang.

Korang pikir le ape yang die pikir

taratak hijazz

NAK WAR WARKAN RESORT HIJJAZ DI SG MERAB,(DEKAT PICC PUTRA JAYA)-- Mazlan OmarPengurus Pemasaran,TERATAK HIJJAZ COUNTRY RESORT42A-2 , Jalan PJU 5/9,Dataran Sunway,Kota Damansara,47810,Petaling Jaya,SelangorTel +603 61408281 / 603 6140 8285 Faks + 603 6140 8285www.astanadugang.comMobile + 013 385 2895/012271 9035
__._,_.___

Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk MengembalikanBarang Hilang

Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan
Barang Hilang
Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

http://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=3fb9478d35&view=att&th=11cff226017b5e36&attid=0.1&disp=vah

kontractor plaster

Salam Sejahtera,,
Kami SBD Indah Cipta Enterprise sebuah syarikat bumiputera Yg berpengkalan di Banting,Kuala Langat,selangor ingin mempelawa dan menawarkan perhidmatan-perkhidmatan seperti berikut dengan kadar harga yang berpatutan dengan bajet anda.Tumpuan utama perniagaan kami adalah kerja-kerja memasang,membekal dan menjual plaster siling.selain itu kami juga berkebolehan dalam kerja-kerja penjagaan landskap,ubah suai rumah,kerja-kerja pencucian pejabat dan kerja-kerja pencucian bangunan.
Perkhidmatan KontraktorKami juga bersedia untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan kontraktor kecil. Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan adalah seperti berikut;•Menjual,membekal dan memasang Plaster Ceiling •Meja konkrit tile untuk dapur basah •Pemasangan tile lantai & dinding •Pendawaian minimum •Dinding Papan Gypsum (Partition), Cermin & Pintu •Pintu Kayu (Solid)
Produk KabinetSolid/Chipboard/Melamin/ABS)Bagi melengkapkan keperluan asas rumah atau pejabat idaman anda, kami juga menyediakan perkhidmatan membekal dan memasang kabinet dan almari samada yang ekonomi ataupun yang berbudget tinggi mengikut citarasa anda.
•Kabinet Berbilik/Closet (Walk in Cabinet) •Almari Bilik •Kabinet Dapur •Kabinet Perhiasan/Pameran) •Kabinet Pelbagai Guna
Produk Besi(Biasa/Wrought Iron) Senarai produk besi/wrought iron:•Pagar Sliding / Lipat (Sliding / Folding Gate) •Gril Pintu / Tingkap •Rod Besi LangsirReka bentuk dan corak mengikut spesifikasi sedia ada kami ataupun mereka bentuk corak sendiri mengikut cita rasa anda. Anda boleh juga mengubahsuai corak sedia ada kami bagi memperolehi satu produk yang berlainan untuk mendapat konsep tersendiri. Di samping itu kami juga bersedia untuk memberi cadangan dan nasihat mengenai produk-produk dan rekacorak-rekacorak yang praktikal untuk kepuasan anda sekeluarga.
Untuk keterangan lanjut hubungi kami dan dapatkan penerangan dan sebut harga.
"Pengalaman kami di dalam bidang ini membolehkan kami menawarkan hargadan pakej menarik mengikut keperluan dan badjet anda"
SahrinPengurusH/Phone : 012-3691175Tel/fax : 03-318043850Email : sbdice.sahrin@gmail.com

wasiat

PATUT BACA NIE.....Gue de gak smpn kat ASB...mn lh taw kan hehehe...

setuju sgt hal yg diajukan n dijawab...sebab saya pun pernah mengeluarkan duit asb arwah ayah saya....kita kena dptkan persetujuan keluarga...tapi kes saya hari tu...kami pegi amanah raya... dan dikeluarkan 1 surat untuk pentadbir harta......saya just bw surat tu.... surat mati.....buku asb si mati n pentadbir hartapotostat ic pentadbirsama la mcm cheeky ckp....then duit tu akan dimasukkan ke dalam akaun yg menuntut ( si pentadibir harta)dan pihak PNB anak bg duit khairat kematian... depend berapa simpanan yg ada...mcm ni ada dlm 4k jer... mungkin pihak PNB akan bg 200

----- Original Message ----From: cheeky cheeky To: ReSpeKs@yahoogroups .comSent: Monday, October 13, 2008 10:45:46 AMSubject: [ReSpeKs] betul ka ASB takdak penama???
Untuk pengetahuan Rohana, saya ada pengalaman mengeluar duit ASB iaitu arwah bapa saya telah meninggal pd tahun 2002. Jumlah duit tersebut tak sampai RM4K pun. Setelah dapat persetujuan semua keluarga kita tak bahagi pun duit itu. Jadi duit tersebut kita gunakan untuk kenduri dan turun batu nisan.Buat tahlil pada masa hadapan sehinggalah duit itu habis.Nanti berapalah sangat yang dapat seorang, lebih afdal dibuat untuk simati sahaja. Jadi untuk mengeluarkan duit ASB tersebut perlu mewakilkan seorang sahaja untuk berjumpa pegawai ASB di Kuala Lumpur. Yang perlu dibawa bersama adalah i. surat persetujuan keluarga Rohana berserta tandatangan adik beradik lain yang melantik Rohana sebagai waris untuk mengeluarkan duit tersebut. ii surat asal mati dan photostat surat matiiii Buku akaun ASB simatiiv Salinan photostat k/p Rohanav Buku akaun dan salinan buku ASB Rohana Di sana nanti Rohana akan diberi satu borang untuk diisi dan berhati-hatilah mengisi borang tersebut. Jika ada apa kemusykilan call HQ ASB Kuala Lumpur.Sebelum diberi kebenaran tersebut Rohana akan diberitahu mengenai hukum Faraid. Jika dah berjaya mengeluarkan wang tersebut janganlah makan seorang sahaja. Kena ikut hukum lah.O.k selamat berjaya
--- On Mon, 13/10/08, Rohana wrote:
From: Rohana Subject: Re: [ReSpeKs] betul ka ASB takdak penama???To: ReSpeKs@yahoogroups .comDate: Monday, 13 October, 2008, 8:55 AM
kebetulan saya juga ada masalah berkenaan ASB, harap ada yg dpt membantu, Emak saya telah meninggal 2 tahun lepas, diikuti bapa saya pada tahun berikutnya. Emak ada simpanan ASB dalam RM3000.00, kami ada 10 beradik. Bagaimanakah cara utk keluarkan wang tersebut?
Thanks & regards
Rohana
--- On Sun, 10/12/08, Sirajuddin Abbas wrote:
From: Sirajuddin Abbas Subject: [ReSpeKs] betul ka ASB takdak penama???To: ReSpeKs@yahoogroups .com, SahabatInteraktif@ yahoogroups. com, kelakar@yahoogroups .com, KLmenjerit@yahoogro ups.com, gedungilmu@yahoogro ups.comDate: Sunday, October 12, 2008, 2:47 PM
shahgti betul ka ASB takdak penama???
member aku yg jadi ejen Wasiat kata ASB tak dak penama in actual. what happen is bila kita meninggal Amanah Raya akan amik duit tu. Dah selesai semua perkara baru dia agih2kan kpd waris. and this process will take more than 2 years. dpt memang dpt, tapi waris kena tunggu lama sedangkan at that time mrk perlukan duit segera bila kita dah takdak di alam fana. saper-saper boleh confirm??? makasihhh.
>>>>>saya berpengalaman uruskan ASB arwah ayah saya....pengalaman saya dulu (tatau la kalo sekarang dh berubah kan):- kalo simpanan 5000 ke bawah, boleh dikeluarkan oleh waris seperti biasa kat PNB.- kalo 5000 ke atas pulak, susah skit..kene ada surat kuasa utk kuarkan simpanan tuh. surat kuasa ni bole didapati dari: * pejabat tanah. kalo ada tanah pusaka atas nama arwah boleh bicara kuasa skali ngan ASB tu...yuran die pun tak banyak sgt. tak sampai rm50. mase time bicara kuasa tu, seorang pentadbir tanah akan jadi org tengah dan berbincang ngan waris2 camner nak bahagikan harta arwah. kalo pewaris2 arwah tak buat hal, maknanya boleh diselesaikan dalam masa setahun atau maybe shorter. tapi kalo pewaris2 arwah tak setuju, mungkin kes akan dibawa ke Mahkamah Syariah yg sememangnya diketahui sgt lembab dan kosnya akan bertambah la sbb kene lantik peguam. * AMANAH RAYA - yg ni cas pentadbiran mahal. dulu time saya die mintak 10% dr nilai harta tu. tp bagi saya, dari segi efficient mmg Amanah Raya lagi efficient sbb diorang akan lantik peguam utk uruskan la.
Okey sekarang pengalaman saya uruskan ASB arwah saya:- arwah ayah saya meninggal dunia pada 2003. Oleh sebab kami ni sangat naif masa tuh, kami apply utk bicara kuasa kat pejabat tanah dan bicarakan sekali dengan van dan tanah pusaka arwah ayah. Bile tiba time bicara kuasa, keluarga belah arwah ayah saya tak setuju dengan cara pembahagian harta arwah. bagi mereka, sepatutnye harta arwah ayah saya mesti dibahagikan dua: antara family saya yg ade 7 org dgn mak sedara saya yg tinggal sorang.- oleh kerana bicara kuasa tu tak berjaya, mak saya bawa kes tu ke mahkamah syariah utk settlekan + tuntut harta sepencarian (yg sepatutnye tak perlu sbb arwah ayah saya bercerai mati pun). mak saya terpaksa lantik peguam which the cost is about rm8000++. kat mahkamah syariah ni hampir amik mase 4 tahun, sbb hakim die tu asyik tangguh kes je dan perangai mak sedara saya yg tanak mengalah ngan kitorang...- yg van pulak kami terpaksa guna org insurans utk tukarkan nama...kira undertable gak la...- akhirnya dapat la settlekan kes tu kat mahkamah syariah. selepas itu kami terpaksa apply balik kat pejabat tanah utk bicara kuasa lagi sekali. kali ini mak sedara saya tu tak dtg utk bicara kuasa. so kami dapat settlekan bicara kuasa tu dengan seadil2nye.. .- akhirnya tahun ni baru mak saya dapat surat bicara kuasa tu. mak saya dh apply utk kuarkan simpanan arwah ayah saya kat PNB dan insya Allah dalam bulan depan kami dh settlekan ASB tu. utk adik2 saya yg umur bawah 18 tahun, amanah raya akan pegang amaun utk mereka sampai la umur mereka 18 tahun (yg ni tak dikenekan bayaran sbb amanah raya jd tukang pegang duit je. bole kuar time2 seperti hari raya ngan awal tahun.
pengajarannye baik buat wasiat sebelum meninggal. supaya tak timbul hal2 camni.sekian pengalaman saya.
by alpine84
>>>>>Harta pusaka tidak dituntut cecah RM40b
KUALA LUMPUR 10 Julai 2007– Nilai hartanah dan jumlah wang yang tidak dituntut disebabkan isu pewaris yang tidak dapat diselesaikan, terdiri daripada semua kaum di negara ini, mencecah RM40 bilion sehingga kini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Nazri Aziz berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM38 bilion terdiri adalah hartanah kaum Melayu.
"Sebanyak RM1.8 bilion wang yang tidak dituntut dari Pendaftar Wang Yang Tidak Dituntut dan wang tidak diselesaikan pewarisnya yang berada di bawah kawalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, koperasi-koperasi dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) terdiri daripada harta semua kaum bernilai RM70 juta.
"Masalah ini berbangkit akibat perbalahan keluarga, kurangnya kesedaran mengenai harta pusaka dan waris sendiri tidak mengetahui wujudnya harta terbabit mengakibatkan ia tidak dituntut," katanya semasa merasmikan Konvensyen Perwarisan Harta Islam 2007 dan Pelancaran Daftar Wasiat Malaysia di sini hari ini.
>>>>>>Soalan:Saya mempunyai pertanyaan tentang wasiat harta. Contoh yang diberikan ialah mengenai wanita yang ditinggalkan suami. Masalah yang saya hadapi adalah berkenaan dengan harta peninggalan wanita bujang. Saya ditinggalkan oleh bapa sejak kecil tanpa nafkah. Dia tidak bertanggungjawab dan tidak pernah memberi nafkah.
Emak sayalah yang membesarkan saya. Mengikut hukum faraid, sekiranya saya meninggal dunia, sebahagian besar hara peninggalan saya akan diwarisi oleh bapa saya dan adik beradik tiri saya (berlainan emak).
Saya mahukan harta peninggalan saya digunakan untuk menjaga kebajikan ibu saya dan anak angkat saya. Bagaimana boleh saya memberikan harta peninggalan saya kepada mereka? - Perempuan Islam, Kuala Lumpur.

Jawab:Dalam kes ini, anak angkat puan bukanlah seorang waris yang tersenarai dalam hukum faraid. Maka, puan hanya boleh mewasiatkan harta benda yang nilainya tidak melebihi satu pertiga nilai jumlah keseluruhan harta benda kepada anak angkat puan.
Sekiranya harta benda yang diwasiatkan di bawah wasiat tersebut didapati kelak adalah lebih daripada satu pertiga nilai keseluruhan harta benda pemberi wasiat, maka waris-waris yang sah boleh memohon untuk mengeluarkan sebahagian harta benda yang terkandung dalam wasiat tersebut supaya nilai yang diberi tidak melebih had satu pertiga.
Ibu puan pula merupakan seorang waris yang tersenarai dalam hukum faraid.. Menurut perkiraan hukum faraid, ibu puan akan berhak mendapat satu pertiga dan ayah berhak mendapat dua pertiga dari harta benda puan. Di negara kita, nisbah pembahagian harta benda menurut hukum faraid secara lazimnya ditentukan oleh Mahkamah Syariah melalui sijil faraid.
Hukum faraid tidak akan terpakai sekiranya si mati, sebelum kematiannya telah memindahkan harta bendanya kepada orang lain. Jadi, dalam keadaan sekarang ini, puan bolehlah mempertimbangkan sama ada ingin memindahkan harta benda yang tertentu kepada ibu atau anak angkat semasa hayat puan.
Melalui proses ini, waris-waris puan yang lain (ayah & adik-adik tiri) tidak akan berhak langsung kepada harta benda puan kelak.
Proses pemindahan harta benda ini boleh dilakukan dalam beberapa cara. Contohnya, jika puan memiliki sebuah rumah, puan boleh memindahkan rumah tersebut kepada nama ibu atau anak angkat puan menerusi prosedur di bawah Kanun Tanah Negara 1965.
Selain itu, puan juga boleh menghadiahkan rumah tersebut menggunakan konsep syariah yang dipanggil hibah kepada ibu atau anak puan dan pendaftaran pemindahan tersebut di pejabat tanah (di bawah Kanun Tanah Negara 1965) boleh dilakukan kemudian.
Jika puan mengambil khidmat seorang peguam, maka peguam tersebut akan memberi nasihat mengenai selok-belok proses pemindahan ini.Perlu dijelaskan bahawa hanya bayaran terhadap proses pemindahan atau hibah yang perlu dilakukan dan tiada apa-apa bayaran lain yang perlu dibayar.
Isu yang paling penting di sinilah adalah puan mesti memindahkan harta benda yang ingin dipindahkan semasa hayat puan. Sekiranya terdapat syarat bahawa pemindahan harta benda akan berlaku hanya selepas kematian, maka ia tidak sah dari segi syariah dan hukum faraid akan menentukan pembahagian harta, dengan ini ayah serta adik-adik tiri puan tetap berhak ke atas harta puan.
>>>>>>>tak mudah utk buat dokumen wasiat...... ......
ISU DOKUMEN WASIAT.
Soalan : Kenapa saya perlu menyediakan dokumen wasiat ?Jawapan : Kerana hakikatnya semua orang akan mati. Selepas kematian kita, semua harta yang tidak mempunyai penama seperti akaun simpanan dan semasa di bank, Amanah Saham Bumiputera, Akaun Lembaga Tabung Haji , tanah, rumah dan sebagainya akan dibekukan sehinggalah proses pentadbiran pusaka selesai. Ini fakta.
Soalan : Berapa lamakah proses pentadbiran pusaka ini akan selesai dan bila pula waris-waris saya akan menerima harta saya yang terbeku di atas ?Jawapan : Secara purata bagi kes si mati yang tidak mempunyai dokumen wasiat, proses pentadbiran pusaka mereka akan mengambil masa di antara 3 hingga 5 tahun. Walau bagaimanapun kami selalu juga terjumpa kes pentadbiran pusaka yang mengambil masa melebihi 15 tahun untuk diselesaikan.
Soalan : Bagi si mati yang mempunyai dokumen wasiat, berapa lama pula tempoh pentadbiran pusaka akan berjalan ?Jawapan : Secara purata, bagi kes si mati yang mempunyai dokumen wasiat pula, proses pentadbiran pusaka akan mengambil masa di antara 6 hingga 8 bulan.
Soalan : Di dalam tempoh waktu pentadbiran pusaka yang bertahun-tahun ini berjalan, apakah yang waris saya akan dapat ?Jawapan : Waris-waris tidak akan mendapat apa-apa bahagian harta tuan kecuali harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran.
Soalan : Jadi, harta yang akan dibekukan hanyalah harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja manakala harta yang mempunyai penamaan seperti di atas akan tetap diperolehi oleh penama saya ?Jawapan : Ya. Harta yang terbeku memang harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja. Walau bagaimanapun, bagi harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran, tuan perlu ingat bahawa penama yang dinyatakan hanyalah bertindak sebagai Wasi sahaja dan bukan tuan punya mutlak harta tersebut . Selepas mereka menerima harta-harta tersebut mereka perlu mengagihkannya semula kepada semua waris-waris mengikut Hukum Faraid.
Soalan : Jadi apa perlunya saya menyediakan dokumen wasiat ?Jawapan : Dokumen wasiat akan mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan membolehkan waris-waris tuan mendapat bahagian mereka dengan cepat manakala kalau tanpa dokumen wasiat, waris-waris tuan perlu menunggu sehingga beberapa tahun sebelum mereka mendapat bahagian mereka. Pendek kata, nasib anak-anak dan waris-waris yang lain seperti pasangan kita akan lebih terbela dengan adanya dokumen wasiat.
Soalan : Apakah perbezaan ketara yang menyebabkan proses pusaka dengan dokumen wasiat berjalan lebih cepat dari proses pusaka tanpa dokumen wasiat ?Jawapan : Perbezaan yang paling ketara ialah kewujudan WASI bagi kes dengan dokumen wasiat. Apabila seseorang meninggal dunia tanpa dokumen wasiat, perkara pertama yang perlu dilakukan di dalam pengurusan harta pusaka ialah semua waris perlu bermuafakat untuk melantik pentadbir harta pusaka. Di sinilah sebenarnya halangan terbesar berlaku. Semua waris-waris perlu muafakat siapa yang akan dilantik sebagai pentadbir dan mereka perlu hadir di dalam mesyuarat tersebut. Selalunya permuafakatan susah berlaku kerana sifat manusia yang nampak harta sebagai peluang keemasan. Jika salah seorang waris tidak bersetuju dengan pentadbir cadangan, proses ini tidak dapat dimulakan hingga bila-bila. Berlainan dengan kes yang mempunyai dokumen wasiat. Ini kerana WASI telahpun dilantik oleh pembuat wasiat dan beliau boleh memulakan proses pentadbiran pusaka setelah pembuat wasiat meninggal dunia.
PROSES MEMBUAT DOKUMEN WASIAT.
Soalan: Apakah dokumen yang saya perlu kumpulkan untuk menyediakan dokumen wasiat saya ?Jawapan : Dokumen-dokumen yang perlu adalah seperti geran tanah, rumah, nombor akaun KWSP, nombor akaun bank, nombor Amanah Saham Bumiputera, salinan kad pengenalan dan surat beranak waris-waris. Walau bagaimanapun dokumen-dokumen ini tidak perlu disediakan segera kerana yang lebih penting lagi di dalam dokumen wasiat ialah PERLANTIKAN WASI oleh pembuat wasiat.
Soalan : Apakah itu Wasi dan apa peranannya ?Jawapan : Wasi ialah individu atau entiti yang kita (pembuat wasiat) percaya amanah dan fungsi utamanya ialah untuk menguruskan pentadbiran harta pusaka serta menjalankan arahan-arahan lain di dalam dokumen wasiat. Di xxxxxx kami sentiasa mencadangkan agar AMANAH RAYA BERHAD dilantik sebagai WASI di dalam dokumen wasiat pelanggan kami.
Soalan: Jadi, sekiranya saya hendak membuat wasiat dan melantik Wasi, berapa lamakah proses itu akan berlangsung ?Jawapan : Sekiranya tuan melantik AMANAH RAYA BERHAD sebagai wasi tuan, wasiat tuan boleh kami sediakan di dalam masa 3 minit sahaja !
Soalan : Secepat itu ?Jawapan : Ya. Kerana di xxxxxx kami mempunyai perisian penyediaan dokumen wasiat Islam yang kami panggil E-Wasiyyah dan perisian ini memudahkan kami menyediakan dokumen wasiat dengan cepat dan tepat di mana sahaja di seluruh dunia !
Soalan : Adakah perlantikan wasi sahaja merupakan fungsi wasiat ?Jawapan : Tidak sekali-kali. Walaupun kami menyatakan bahawa elemen utama di dalam dokumen wasiat ialah perlantikan wasi, perkara-perkara lain juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat seperti pengisytiharan harta sepencarian, cara pembahagian harta pusaka, perlantikan penjaga sah anak di bawah umur 18 tahun, peruntukan perbelanjaan sara hidup dan pendidikan anak malah bagaimana cara sesuatu perniagaan akan diwariskan juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat.
>>>>>>Fungsi HIBAH.
Fungsi utama hibah adalah untuk memberikan harta kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa boleh dicabar oleh waris yang lain. Hibah dibuat semasa hidup tetapi pertukaran hak milik dibuat selepas kematian.
>>>>>wasiat, hibah & faraid adalah 3 perkara yg berbeza.
>>>>>jadi memang betullah ASB ni tak ada penama ?cuma takaful, insurans dan KWSP ada penama kena lantik AMANAH RAYA BERHAD pulak ... mesti dia makan sikit ni
terima kasih tobybanyak maklumat ni.
>>>>>Seratus peratus suami letak nama isteri sebagai penama (wasi) kalau dia meninggal.
tapi majoriti wanita takkan letak nama suami sebagai penama (wasi) kalau mrk meninggal. hanya Allah yg tahu sebabnya.
>>>>>
betul aku setuju..maybe. .bagi suami..nama isteri lbh penting dr nama ibu/ayah sendiribagi isteri..nama suami+ibu+ayah+ family sendiri sama-sama penting waallahualam. .....

novel Ayat2 Cinta

http://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=3fb9478d35&view=att&th=11cfec0aa1031fb4&attid=0.1&disp=vah

Novel Ayat2 Cinta

Cuti2 Msia

Kami ada apartmen kt Cameron Highlands. Sesuai utk percutian keluarga. Setakat ni semua member egroup yg ke sana berpuas hati. Apartmen kt Tanah Rata. Sewa klu weekend(Jumaat, Sabtu, Ahad)/cuti umum/cuti sekolah RM280. Hari biasa RM230.Ada 3 bilik tidur, 1 bilk mandi, 1 tandas. Fully furnished & ada kelengkapan memasak.Klu nk ke sana boleh hubungi Elly utk booking. Tempat terhad lu cuti sekolah..kena booking awal. Elly 0123614014 esekutifsuri@yahoo.com.my

ziarah syria

ZIARAH SYRIA MAY 2008
Di Damsyik, kami tinggal di Zawiyya Syeikh Abdullah Al-Daghestani. Zawiyya ini dijaga oleh Hajjah Arifah dan anaknya, Maimoona yang berasal dari Oakland, California. Berketurunan Cherokee Indian dan Jamaican, beliau berhijrah ke Damsyik lebih 5 tahun yang lalu. Seorang anak lelakinya menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Hajjah Arifah seorang yang baik budi dan tinggi adabnya. Masya Allah! Beliau memeluk agama Islam semenjak tahun 1971. Walaupun kami hanya bermalam 3 hari di rumahnya, tetapi kami menjadi rapat. Bila kami berangkat pulang ke Malaysia, saya memeluknya dan berbisik kepadanya, “You are like a mother to me. Thanks for your kindness”, Hajjah Arifah menjawab, “The next time you come here girl, don’t call me, just knock on my door, even in the middle of the night, and I welcome you as one of my own.” Masya Allah, terharu saya diatas ukhwah Islamiah yang terjalin di sini.
Ibu dan ibu2 saudara saya (Mak Teh dan Mak Usu) makan nasi bertalam. Gambar bawah : Ibu bersama Hajjah Arifah dan anaknya, Maimoona
Kereta Proton Gen 2 di tengah2 kesibukan jalan di Jabal Qasiyun
Inilah kenderaan rasmi di sekitar Jabal Qasiyun. Jeep kecil yang dipanggil Suzuki oleh orang2 tempatan menjadi teksi utk ke mana2 destinasi Jabal Qasiyun. Sangat efektif dan murah (RM 4 se”suzuki”utk sekali jalan) untuk perjalanan berbukit di sekitar perkampungan kaki gunung Jabal Qasiyun. Tempat duduk limited. Wargamas di benarkan duduk di hadapan. Yang lain, berdiri dan berpautlah pada suzuki. Pengalaman yang hebat.
Seorg anak kecil yg menumpang jeep kami – berpaut dan berlari menyusuri jalan berbukit. Alhamdulillah, tiada apa2. Satu pandangan biasa di sini. Anak2 lelaki berpaut utk dapat “Free Ride”. Bila tiba rumah mereka, dengan selamba mereka terjun. Tiada pula kedengaran budak jatuh tergolek tengah jalan!. Itulah barakah bumi anbia.
Pintu masuk ke Maqam Nabi Zulkifli a.s. di Damsyik (Damascus)
Bangunan berkubah hijau adalah Maqam Nabi Zulkifli a.s.
Di dalam ruang kaca ialah Maqam Muhyiddin Ibnu Arabi
Pandangan luar Maqam Muhyiddin Ibnu Arabi
Bersama bonda tercinta dan Tuan Guru tercinta, Hajjah Ayesha Abdullah Scott dan suaminya, Syaikh Muhammad Zaid Sani di hadapan Maqam isteri2 Rasulullah s.a.w, Ummu Habibah r.a. dan Ummu Salamah r.a.
Pandangan di dalam Maqam isteri Rasulullah s.a.w, Ummu Habibah r.a.
Masjid Ummayyah , Damsyik, Syria. Pada awalnya ia dibina sebagai kuil orang2 Rom. Kemudian ditukar kepada gereja kristian dan akhirnya bertukar menjadi Masjid Ummayyah. Di akhir zaman nanti, Imam Mahadi a.s. akan bersuluk di Masjid ini untuk menunggu kedatangan Nabi Isa a.s. yang akan turun membunuh Dajjal Laknatullah. 3 negeri terbaik untuk lari dari fitnah Dajjal ialah Makkah, Madinah dan bumi para anbia, iaitu Syam – Syria, Jordan, Lebanon dan Palestin.
Maqam Nabi Yahya a.s. (John the Baptist) di dalam Masjid Ummayyah , Damsyik, Syria. Hanya kepala Nabi Yahya a.s. sahaja yang berada di sini setelah dihukum bunuh oleh seorang raja yang zalim.
Perigi lama yang telah digunakan sejak zaman Nabi Yahya a.s. lagi. Perigi ini berada di dalam Masjid Ummayyah , Damsyik, Syria.
Pintu masuk ke Maqam Sallahuddin Al Ayubi berdekatan dengan Masjid Ummayyah , Damsyik, Syria.
Maqam Sallahuddin Al Ayubi berdekatan dengan Masjid Ummayyah , Damsyik, Syria.
Di sebelah maqam ini terdapat sebuah maqam kosong yang dibuat dari batu marmar, hadiah Permaisuri German kepada Sallahuddin Al Ayubi di atas ketokohan beliau sebagai pahlawan Islam. Setiap batalion tentera salib yang dihantar oleh Permaisuri German untuk memerangi tentera Islam, pasti akan kalah di tangan Sallahuddin Al Ayubi dengan izin Allah swt.
Lukisan wajah Sallahuddin Al Ayubi di dalam Maqam beliau. Seorang tokoh pahlawan Islam yang menakluk sepertiga dunia, tetapi apabila beliau meninggal dunia, tiada rumah, tiada harta yang ditinggalkan, kecuali wang sebanyak 4 Dirham. Masya Allah!
Papan tanda ke pintu masuk Maqam2 cucu2 dan cicit dan sahabat Rasulullah s.a.w. Antaranya Fatimah Binti Al Imam Husain, Maimunah Binti Al Imam Hassan, Abdullah bin Al Imam Jaafar As Siddiq, dan Maqam Bilal bin Rabah / Bilal Al Habshi muazzin Rasulullah s.a.w
Maqam Bilal bin Rabah / Bilal Al Habshi r.a., Muazzin Rasulullah s.a.w.
Menariknya di Syria, salawat ke atas Rasulullah s.a.w akan berkumandang setiap kali selesai azan setiap 5 waktu. Itulah warisan Bilal Al Habshi r.a.
Papan tanda di pintu masuk Maqam Syuhada yang terdiri dari 7 orang Ahlul Bait (Ahli keluarga Rasulullah saw) yang syahid semasa peperangan Karbala
Maqam Syuhada yang terdiri dari 7 orang Ahlul Bait (Ahli keluarga Rasulullah saw) yang syahid semasa peperangan Karbala. Yang sedihnya, hanya ada 7 kepala syahid yang dimaqamkan di sini. dan kepala2 syuhada itu hancur setelah di tendang2 seperti bolasepak. Betapa tingginya nilai pengorbanan Rasulullah s.a.w. dan ahli keluarganya serta sahabatnya di dalam menegakkan syiar Islam. Bagi yang meminati sukan bolasepak, renung-renungkanlah….. Berbaliklah kepada riadah yang disukai Rasulullah s.a.w. seperti berjalan, berenang, memanah, menunggang kuda
Ini pula adalah Maqam cicit Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Abdullah ibni Al Imam Zainal Abidin bin Ali ibni Al Imam Hussain ibni Al Imam Ali bin Abi Talib.
Pandangan perjalanan masuk ke Maqam Ahlul Bait antaranya, Imam Hassan, Imam Hussein, Zainab, Ruqayyah (cicit Rasulullah s.a.w) . Tempat ini memang dipenuhi Syiah. Inilah Makkah ke 2 bagi Syiah. 10 Muharram di sini, bagaikan haji bagi mereka. Sepenuh2 umat akan berada di sini.
Maqam Ruqayyah (cicit Rasulullah s.a.w) . Memang penuh dan padat di sini oleh Syiah. Mereka bergantung di sekeliling pagar maqam dan membaling hadiah seperti bunga ke atas maqam. Pernah Tok Guru saya ditegur oleh seorang perempuan Syiah apabila melihat beliau tidak memakai pakaian tradisi Syiah iaitu “Chadur”. Perempuan itu berkata “Why are you here? You are not a Shi’ites” Dengan seyuman manis, pantas Tok Guru saya menjawab, “Neither was Rasulullah s.a.w.” sambil berlalu pergi. Berhati2 jika anda ke sini, kerana terdapat extremist Syiah yang tidak suka kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Jabal Qasiyun di tengah2 bandar Damsyik. Terdapat satu maqam yang paling tinggi di atas Jabal Qasiyun iaitu Maqam Arba’in. Terdapat 40 maqam Arba’in (wali wanita) di dalam bangunan ini. Di dalam maqam ini juga terdapat sebuah gua yang menyaksikan pembunuhan pertama manusia di muka bumi, iaitu Qabil membunuh adiknya, Habil.
Perjalanan mendaki Jabal Qasiyun dan keindahan kota Damsyik dari atas Jabal Qasiyun
Maqam Arba’in di puncak Jabal Qasiyun. Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., Nabi Ayyub a.s., Nabi Luth a.s., pernah mendirikan solat di sini. Di bawahnya terdapat satu tempat yang disebut “Magharat al-ju”, tempat persembunyian 40 Nabi dan di sekitar Masjid Qasiyun ini, terdapat 700 kubur Nabi. Di seluruh Damsyik, terdapat 40,000 maqam para anbia, aulia, solihin dan ahli ibadah. Itulah keberkatan bumi Syria.
Apabila Qabil membunuh Habil, gua yang diberi nama Gua Jibrail ini terus menjerit kemarahan. Kelihatan mulut gua berserta lidah menangis dan menjerit menyaksikan pembunuhan manusia pertama di muka bumi. Gua ini hampir tertutup untuk menelan bukti pembunuhan tersebut. Tetapi Allah s.w.t. mengutuskan Malaikat Jibrail di dalam bentuk manusia, menahan gua ini dari tertutup. Para malaikat juga turun ke Jabal Qasiyun sebagai tanda turut berdukacita di atas kematian Habil. Sehingga kini, gua ini masih lagi menangisi pembunuhan manusia pertama di muka bumi.
Batu yang digunakan oleh Qabil untuk membunuh adiknya Habil. Masih lagi terdapat kesan darah Habil pada batu ini. Subhanallah!
Bekas tapak tangan Malaikat Jibrail yang menjelma sebagai manusia, menahan gua ini dari terus tertutup menelan bukti pembunuhan manusia pertama di muka bumi ini.
Di dalam gua ini juga terdapat tempat Nabi Khidir a.s. “bersuluk”. Lihatlah betapa rendahnya bahagian atas gua ini yang hampir tertutup dengan lantai bawahnya.
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang (untuk menjaga anak2 Adam), maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh” (Al-Ahzab: 72)

Diet mengikut kumpulan darah

Diet mengikut kumpulan darah...sejauh mana kebenarannya.Kesihatan merupakan asset penting bagi seseorang individu untuk memastikan keseluruhan system koordinasi badan berada dalam keadaan stabil dan normal.Sesungguhnya,Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. لقد خلقناالانسان فى احسن تقويمNamun,dewasa ini,kadar peningkatan penyakit berbahaya di Malaysia semakin parah dan merungsingkan banyak pihak.antara pembunuh utama 90% rakyat Malaysia hari ini ialah penyakit jantung dan kanser. Adakah kalian semua tidak mensyukuri nikmat sihat yang dikurniakan allah?Rasul s.a.w bersabda:”rebutlah 5 perkarA sebelum datangnya 5 perkara,antaranya ialah sihat sebelum sakit”.Tahukah kalian bahawa jantung merupakan satu organ yang diciptakan Allah untuk mengepam darah ke seluruh badan kita dan membolehkan segala aktiviti yang kita lakukan seharian berjalan dengan lancar dan tersusun.Jantung ibarat ‘center region’ yang berfungsi sebagai butang kawalan dalam badan kita yang mengepam dan memastikan perjalanan aliran darah ke ogan atau sel tertentu dalam keadaan yang sangat bersistematik.Apakah sebenarnya penyebab utama penyakit fizikal ini timbul? Faktor pemakanan yang tidak seimbang menjadi punca utana kepada permasalahan ini.rata-rata masyarakat hari ini lebih cenderung memilih makanan segera seperti makanan yang diitnkan,serbuk-serbuk perasa yang mengandungi monosodium glutamate(MSG),sejenis bahan kimia yang digunakan untuk memberi kesedapan kepada makanan dan beberapa produk makanan segera yang lain. Kesemua jenis makanan ini memberikan impak negative terhadap pertumbuhan tubuh dan memudaratkan system imun tubuh terhadap serangan antigen perosak dari luar.Setiap penyakit mesti ada penawarnya.namun,pencegahan awal lebih baik darpada mengubati walaupun penyakit yang dihadapi masih di tahap pertama iaitu tahap kawalan. Ramai orang menginginkan berat badan yang ideal iaitu BMI(Body mass index) tidak melebihi 24 kg/m2 dan tumbesaran yang sihat.pengamalan diet dalam pemakanan seharian amat dititikberatkan dan perlu dipatuhi.diet merupakan method yang berkesan untuk mengatasi masalah pelbagai jenis penyakit bagi seseorang individu.namun,harus berwaspada kerana diet yang berlebih-lebihan akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti aneroksia nervosa dan bulimia.biasanya penyakit ini selalu menyerang wanita kerana interpretasi dan persepsi wanita terhadap berat badan yang unggul amat dititikberatkan.oleh itu,mereka akan mengambil diet yang berlebihan sehingga boleh memberi kemudaratan kepada diri sendiri.Jika dulu,pengamal perubatan pemakanan mengesyorkan diet mengikut pyramid makanan berpaksikan 4 kumpulan makanan yang kita makan setiap hari iaitu kumpulan carbohydrate,protein,lemak dan air.namun,pelaksanaan system ini didapati kurang berkesan dan kurang sistematik kerana dari masa ke masa,pertambahan bahan kimia dalam makanan semakin meningkat dek mengikut arus sosiobudaya masyarakat yang semakin dihimpit kesibukan kerjaya dan dunia tanpa memikirkan soal pemakanan yang mereka ambil sama ada mengkut piawaian pyramid makanan ataupun tidak.Oleh itu,Peter D-adamo,seorang saintis dari Barat telah memperkenalkan sejenia diet yang amat mudah untuk diamalkan.apa yang anda perlu buat ialah anda perlu memastikan kumpulan darah anda dan anda sekarang sudah bersedia untuk mengikuti pengamalan diet seperti ini.mudah bukan?hasilnya pun bakal memeberikan seribu satu impak positif kepada anda. diet mengikut kumpulan darah masing-masing.pada mulanya,hasil kajian beliau ditentang.namun,beliau tidak berputus asa malah dengan berbekalkan sekelumit semangat yang ada,beliau bangkit dengan menerbitkan satu buku bertajuk ‘Eat right for your type’ dan buku ini telah mendapat sambutan hangat dari banyak pihak.di seluurh duniaTidak adakah saintis Islam yang mampu bangkit sebaris dengan dengan Dr Peter malah lebih tinggi daripada itu?Tepuk dada Tanya iman.Dr Peter telah mengaplikasikan teori diet mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w dalam kajiannya.beliau menggunakan lentil,sejenis bahan dalam kekacang untuk bertindak balas dengan coordinator tubuh dan menghasilkan tindak balas motor yang mengurangkan tindakan kawalan fizikal badan untuk melakukan aktiviti seharian .maksudnya,badan kita sentiasa berada dalam keadaan relax dan pembinaan protein untuk tumbesaran tubuh berjalan dengan pesat. seterusnya,beliau mengatakan untuk kumpulan darah jenis O,individu terbabit dikategorikan sebagai ‘meat hunter’,kumpulan darah A dikenali sebagai vegetarian,kumpulan B dan AB lebih kepadai omnivore.Rasulullah sendiri tidak menggalakkan umatnya makan daging bersama susu dan ikan bersama susu.ini amat bertepatan sekali untuk kumpulan darah A di mana individu tersebut tidak boleh minum susu dan makan daging sebaliknya dineutralkan dengan pengambilan sayur-sayuaran yang banyak agar kesihatan terjaga dengan sempurna.Indahnya Islam!Tuntasnya,pengamalan diet mengikut jenis kumpulan darah ini masih baru lagi pada persepsi masyarakat sekalian.amalan diet mengikut kaedah ini dipercayai berkesan membantu mengembalikan semula berat badan yang ideal dan normal dan dapat mencegah daripada penyakit berbahaya seperti kanser jantung,kanser peparu,diabetes mellitus yang banyak menyerang masyarakat kita sekarang terutama masyarakat Melayu.mungkin kerana penyedaan resepi masakan yang mengandungi banyak lemak,tinggi kandungan kolesterol dan peningkatan kadar glukosa dalam makanan hatta nasi yang kita makan setiap hari dan setiap 3 kali sehari jua mampu mengundang penyakit kencing manis.!


Simpler List

Diet Profile
Allowed
Limited
Food to avoid for Weight Loss purpose
Food that help with Weight Loss
Type O
High Protein: Meat eaters
Meat fish vegetables fruit
grains beans legumes
wheat corn kidney beans navy beans lentils cabbage Brussels sprouts cauliflower mustard greens
kelp seafood salt liver red meat kale spinach broccoli
Type A
Vegetarian
vegetables tofu seafood grains beans legumes fruit

meat dairy kidney beans lima beans wheat
vegetable oil soy foods vegetables pineapple
Type B
Balanced omnivore
meat (no chicken) dairy grains beans legumes vegetables fruit

corn lentil peanuts sesame seeds buckwheat wheat
greens eggs venison liver licorice tea
Type AB
Mixed diet in moderation
meat seafood dairy tofu beans legumes grains vegetables fruits

red meat kidney beans lima beans seeds corn buckwheat
tofu seafood dairy greens kelp pineapple