9 Siti Yang Patut DI contohi
1)SITI KHADIJAH Merupakan isteri Rasulullah saw yang melahirkan anak-anak baginda.Setia dan begitu kuat menyokong Rasulullah saw walaupun ditentanghebat olah orang-orang kafir dan musyrik,serta sanggup menghantarmakanan kepada baginda ketika beribadat di Gua Hira'. 2)SITI FATIMAH Puteri Rasulullah saw yang amat tinggi budi pekertinya.Sangat kasihdan setia kepada suaminya,Saidina Ali Karamallahu wajhah.Walaupun Ali miskin sehingga tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadangberbantalkan lengan Ali,namun Siti Fatimah tidak pernah merungut.Rasulullah pernah berkata ,"Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehingga Ali memaafkan kamu." 3)SITI AISYAH Adalah isteri Rasulullah saw yang paling romantik.Sanggup berkongsikan bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah.Dimana saja baginda minum,disitulah Siti Aisyah akan minum dengan menggunakanbekas yang sama. 4)SITI HAJAR Isteri Nabi Ibrahim a.s yang amat patuh kepada suami dan suruhan Allah SWT.Sanggup ditinggalkan suami atas suruhan Allah SWT demi kebaikkan.Berjuangmencari air untuk anaknya Nabi Ismail(pengorbanan ibu mithali) 5)SITI MARIAM Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyaimaruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah SWT untuk mengandungkan Nabi Isa,meskipun begitu kuat tohmahan dan fitnah yang diterimanya. 6)SITI ASIAH Isteri Firaun yang begitu tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun laknatullah. 7)SITI AMINAH Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah saw.Mendidik baginda menjadi insan mulia dan tidak pernah gentar dengan ujian. 8)SITI MUTI'AH Beliau adalah lambang isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan AllahSWT syurga untuknya kerana sifat setianya kepada suami yang sanggup menjaga makan minum.Setiap hari dia menyediakan tongkat untuk dipukulsuami jika layananya tidak memuaskan.Berhias dengan cantik dan kemashanya untuk tatapan suami sahaja. 9)SITI ZUBAIDAH Wanita kaya lagi dermawan menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagikegunaan orang ramai dengan niat hanya kerana Allah SWT. 9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti NorbahyahMahmood dalam rancangan Halaqah TV9 pada tahun 2007 bertajuk 'SITI IMPIAN'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment