setuju sgt hal yg diajukan n dijawab...sebab saya pun pernah mengeluarkan duit asb arwah ayah saya....kita kena dptkan persetujuan keluarga...tapi kes saya hari tu...kami pegi amanah raya... dan dikeluarkan 1 surat untuk pentadbir harta......saya just bw surat tu.... surat mati.....buku asb si mati n pentadbir hartapotostat ic pentadbirsama la mcm cheeky ckp....then duit tu akan dimasukkan ke dalam akaun yg menuntut ( si pentadibir harta)dan pihak PNB anak bg duit khairat kematian... depend berapa simpanan yg ada...mcm ni ada dlm 4k jer... mungkin pihak PNB akan bg 200
----- Original Message ----From: cheeky cheeky
Untuk pengetahuan Rohana, saya ada pengalaman mengeluar duit ASB iaitu arwah bapa saya telah meninggal pd tahun 2002. Jumlah duit tersebut tak sampai RM4K pun. Setelah dapat persetujuan semua keluarga kita tak bahagi pun duit itu. Jadi duit tersebut kita gunakan untuk kenduri dan turun batu nisan.Buat tahlil pada masa hadapan sehinggalah duit itu habis.Nanti berapalah sangat yang dapat seorang, lebih afdal dibuat untuk simati sahaja. Jadi untuk mengeluarkan duit ASB tersebut perlu mewakilkan seorang sahaja untuk berjumpa pegawai ASB di Kuala Lumpur. Yang perlu dibawa bersama adalah i. surat persetujuan keluarga Rohana berserta tandatangan adik beradik lain yang melantik Rohana sebagai waris untuk mengeluarkan duit tersebut. ii surat asal mati dan photostat surat matiiii Buku akaun ASB simatiiv Salinan photostat k/p Rohanav Buku akaun dan salinan buku ASB Rohana Di sana nanti Rohana akan diberi satu borang untuk diisi dan berhati-hatilah mengisi borang tersebut. Jika ada apa kemusykilan call HQ ASB Kuala Lumpur.Sebelum diberi kebenaran tersebut Rohana akan diberitahu mengenai hukum Faraid. Jika dah berjaya mengeluarkan wang tersebut janganlah makan seorang sahaja. Kena ikut hukum lah.O.k selamat berjaya
--- On Mon, 13/10/08, Rohana
From: Rohana
kebetulan saya juga ada masalah berkenaan ASB, harap ada yg dpt membantu, Emak saya telah meninggal 2 tahun lepas, diikuti bapa saya pada tahun berikutnya. Emak ada simpanan ASB dalam RM3000.00, kami ada 10 beradik. Bagaimanakah cara utk keluarkan wang tersebut?
Thanks & regards
Rohana
--- On Sun, 10/12/08, Sirajuddin Abbas
From: Sirajuddin Abbas
shahgti betul ka ASB takdak penama???
member aku yg jadi ejen Wasiat kata ASB tak dak penama in actual. what happen is bila kita meninggal Amanah Raya akan amik duit tu. Dah selesai semua perkara baru dia agih2kan kpd waris. and this process will take more than 2 years. dpt memang dpt, tapi waris kena tunggu lama sedangkan at that time mrk perlukan duit segera bila kita dah takdak di alam fana. saper-saper boleh confirm??? makasihhh.
>>>>>saya berpengalaman uruskan ASB arwah ayah saya....pengalaman saya dulu (tatau la kalo sekarang dh berubah kan):- kalo simpanan 5000 ke bawah, boleh dikeluarkan oleh waris seperti biasa kat PNB.- kalo 5000 ke atas pulak, susah skit..kene ada surat kuasa utk kuarkan simpanan tuh. surat kuasa ni bole didapati dari: * pejabat tanah. kalo ada tanah pusaka atas nama arwah boleh bicara kuasa skali ngan ASB tu...yuran die pun tak banyak sgt. tak sampai rm50. mase time bicara kuasa tu, seorang pentadbir tanah akan jadi org tengah dan berbincang ngan waris2 camner nak bahagikan harta arwah. kalo pewaris2 arwah tak buat hal, maknanya boleh diselesaikan dalam masa setahun atau maybe shorter. tapi kalo pewaris2 arwah tak setuju, mungkin kes akan dibawa ke Mahkamah Syariah yg sememangnya diketahui sgt lembab dan kosnya akan bertambah la sbb kene lantik peguam. * AMANAH RAYA - yg ni cas pentadbiran mahal. dulu time saya die mintak 10% dr nilai harta tu. tp bagi saya, dari segi efficient mmg Amanah Raya lagi efficient sbb diorang akan lantik peguam utk uruskan la.
Okey sekarang pengalaman saya uruskan ASB arwah saya:- arwah ayah saya meninggal dunia pada 2003. Oleh sebab kami ni sangat naif masa tuh, kami apply utk bicara kuasa kat pejabat tanah dan bicarakan sekali dengan van dan tanah pusaka arwah ayah. Bile tiba time bicara kuasa, keluarga belah arwah ayah saya tak setuju dengan cara pembahagian harta arwah. bagi mereka, sepatutnye harta arwah ayah saya mesti dibahagikan dua: antara family saya yg ade 7 org dgn mak sedara saya yg tinggal sorang.- oleh kerana bicara kuasa tu tak berjaya, mak saya bawa kes tu ke mahkamah syariah utk settlekan + tuntut harta sepencarian (yg sepatutnye tak perlu sbb arwah ayah saya bercerai mati pun). mak saya terpaksa lantik peguam which the cost is about rm8000++. kat mahkamah syariah ni hampir amik mase 4 tahun, sbb hakim die tu asyik tangguh kes je dan perangai mak sedara saya yg tanak mengalah ngan kitorang...- yg van pulak kami terpaksa guna org insurans utk tukarkan nama...kira undertable gak la...- akhirnya dapat la settlekan kes tu kat mahkamah syariah. selepas itu kami terpaksa apply balik kat pejabat tanah utk bicara kuasa lagi sekali. kali ini mak sedara saya tu tak dtg utk bicara kuasa. so kami dapat settlekan bicara kuasa tu dengan seadil2nye.. .- akhirnya tahun ni baru mak saya dapat surat bicara kuasa tu. mak saya dh apply utk kuarkan simpanan arwah ayah saya kat PNB dan insya Allah dalam bulan depan kami dh settlekan ASB tu. utk adik2 saya yg umur bawah 18 tahun, amanah raya akan pegang amaun utk mereka sampai la umur mereka 18 tahun (yg ni tak dikenekan bayaran sbb amanah raya jd tukang pegang duit je. bole kuar time2 seperti hari raya ngan awal tahun.
pengajarannye baik buat wasiat sebelum meninggal. supaya tak timbul hal2 camni.sekian pengalaman saya.
by alpine84
>>>>>Harta pusaka tidak dituntut cecah RM40b
KUALA LUMPUR 10 Julai 2007– Nilai hartanah dan jumlah wang yang tidak dituntut disebabkan isu pewaris yang tidak dapat diselesaikan, terdiri daripada semua kaum di negara ini, mencecah RM40 bilion sehingga kini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Nazri Aziz berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM38 bilion terdiri adalah hartanah kaum Melayu.
"Sebanyak RM1.8 bilion wang yang tidak dituntut dari Pendaftar Wang Yang Tidak Dituntut dan wang tidak diselesaikan pewarisnya yang berada di bawah kawalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, koperasi-koperasi dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) terdiri daripada harta semua kaum bernilai RM70 juta.
"Masalah ini berbangkit akibat perbalahan keluarga, kurangnya kesedaran mengenai harta pusaka dan waris sendiri tidak mengetahui wujudnya harta terbabit mengakibatkan ia tidak dituntut," katanya semasa merasmikan Konvensyen Perwarisan Harta Islam 2007 dan Pelancaran Daftar Wasiat Malaysia di sini hari ini.
>>>>>>Soalan:Saya mempunyai pertanyaan tentang wasiat harta. Contoh yang diberikan ialah mengenai wanita yang ditinggalkan suami. Masalah yang saya hadapi adalah berkenaan dengan harta peninggalan wanita bujang. Saya ditinggalkan oleh bapa sejak kecil tanpa nafkah. Dia tidak bertanggungjawab dan tidak pernah memberi nafkah.
Emak sayalah yang membesarkan saya. Mengikut hukum faraid, sekiranya saya meninggal dunia, sebahagian besar hara peninggalan saya akan diwarisi oleh bapa saya dan adik beradik tiri saya (berlainan emak).
Saya mahukan harta peninggalan saya digunakan untuk menjaga kebajikan ibu saya dan anak angkat saya. Bagaimana boleh saya memberikan harta peninggalan saya kepada mereka? - Perempuan Islam, Kuala Lumpur.
Jawab:Dalam kes ini, anak angkat puan bukanlah seorang waris yang tersenarai dalam hukum faraid. Maka, puan hanya boleh mewasiatkan harta benda yang nilainya tidak melebihi satu pertiga nilai jumlah keseluruhan harta benda kepada anak angkat puan.
Sekiranya harta benda yang diwasiatkan di bawah wasiat tersebut didapati kelak adalah lebih daripada satu pertiga nilai keseluruhan harta benda pemberi wasiat, maka waris-waris yang sah boleh memohon untuk mengeluarkan sebahagian harta benda yang terkandung dalam wasiat tersebut supaya nilai yang diberi tidak melebih had satu pertiga.
Ibu puan pula merupakan seorang waris yang tersenarai dalam hukum faraid.. Menurut perkiraan hukum faraid, ibu puan akan berhak mendapat satu pertiga dan ayah berhak mendapat dua pertiga dari harta benda puan. Di negara kita, nisbah pembahagian harta benda menurut hukum faraid secara lazimnya ditentukan oleh Mahkamah Syariah melalui sijil faraid.
Hukum faraid tidak akan terpakai sekiranya si mati, sebelum kematiannya telah memindahkan harta bendanya kepada orang lain. Jadi, dalam keadaan sekarang ini, puan bolehlah mempertimbangkan sama ada ingin memindahkan harta benda yang tertentu kepada ibu atau anak angkat semasa hayat puan.
Melalui proses ini, waris-waris puan yang lain (ayah & adik-adik tiri) tidak akan berhak langsung kepada harta benda puan kelak.
Proses pemindahan harta benda ini boleh dilakukan dalam beberapa cara. Contohnya, jika puan memiliki sebuah rumah, puan boleh memindahkan rumah tersebut kepada nama ibu atau anak angkat puan menerusi prosedur di bawah Kanun Tanah Negara 1965.
Selain itu, puan juga boleh menghadiahkan rumah tersebut menggunakan konsep syariah yang dipanggil hibah kepada ibu atau anak puan dan pendaftaran pemindahan tersebut di pejabat tanah (di bawah Kanun Tanah Negara 1965) boleh dilakukan kemudian.
Jika puan mengambil khidmat seorang peguam, maka peguam tersebut akan memberi nasihat mengenai selok-belok proses pemindahan ini.Perlu dijelaskan bahawa hanya bayaran terhadap proses pemindahan atau hibah yang perlu dilakukan dan tiada apa-apa bayaran lain yang perlu dibayar.
Isu yang paling penting di sinilah adalah puan mesti memindahkan harta benda yang ingin dipindahkan semasa hayat puan. Sekiranya terdapat syarat bahawa pemindahan harta benda akan berlaku hanya selepas kematian, maka ia tidak sah dari segi syariah dan hukum faraid akan menentukan pembahagian harta, dengan ini ayah serta adik-adik tiri puan tetap berhak ke atas harta puan.
>>>>>>>tak mudah utk buat dokumen wasiat...... ......
ISU DOKUMEN WASIAT.
Soalan : Kenapa saya perlu menyediakan dokumen wasiat ?Jawapan : Kerana hakikatnya semua orang akan mati. Selepas kematian kita, semua harta yang tidak mempunyai penama seperti akaun simpanan dan semasa di bank, Amanah Saham Bumiputera, Akaun Lembaga Tabung Haji , tanah, rumah dan sebagainya akan dibekukan sehinggalah proses pentadbiran pusaka selesai. Ini fakta.
Soalan : Berapa lamakah proses pentadbiran pusaka ini akan selesai dan bila pula waris-waris saya akan menerima harta saya yang terbeku di atas ?Jawapan : Secara purata bagi kes si mati yang tidak mempunyai dokumen wasiat, proses pentadbiran pusaka mereka akan mengambil masa di antara 3 hingga 5 tahun. Walau bagaimanapun kami selalu juga terjumpa kes pentadbiran pusaka yang mengambil masa melebihi 15 tahun untuk diselesaikan.
Soalan : Bagi si mati yang mempunyai dokumen wasiat, berapa lama pula tempoh pentadbiran pusaka akan berjalan ?Jawapan : Secara purata, bagi kes si mati yang mempunyai dokumen wasiat pula, proses pentadbiran pusaka akan mengambil masa di antara 6 hingga 8 bulan.
Soalan : Di dalam tempoh waktu pentadbiran pusaka yang bertahun-tahun ini berjalan, apakah yang waris saya akan dapat ?Jawapan : Waris-waris tidak akan mendapat apa-apa bahagian harta tuan kecuali harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran.
Soalan : Jadi, harta yang akan dibekukan hanyalah harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja manakala harta yang mempunyai penamaan seperti di atas akan tetap diperolehi oleh penama saya ?Jawapan : Ya. Harta yang terbeku memang harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja. Walau bagaimanapun, bagi harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran, tuan perlu ingat bahawa penama yang dinyatakan hanyalah bertindak sebagai Wasi sahaja dan bukan tuan punya mutlak harta tersebut . Selepas mereka menerima harta-harta tersebut mereka perlu mengagihkannya semula kepada semua waris-waris mengikut Hukum Faraid.
Soalan : Jadi apa perlunya saya menyediakan dokumen wasiat ?Jawapan : Dokumen wasiat akan mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan membolehkan waris-waris tuan mendapat bahagian mereka dengan cepat manakala kalau tanpa dokumen wasiat, waris-waris tuan perlu menunggu sehingga beberapa tahun sebelum mereka mendapat bahagian mereka. Pendek kata, nasib anak-anak dan waris-waris yang lain seperti pasangan kita akan lebih terbela dengan adanya dokumen wasiat.
Soalan : Apakah perbezaan ketara yang menyebabkan proses pusaka dengan dokumen wasiat berjalan lebih cepat dari proses pusaka tanpa dokumen wasiat ?Jawapan : Perbezaan yang paling ketara ialah kewujudan WASI bagi kes dengan dokumen wasiat. Apabila seseorang meninggal dunia tanpa dokumen wasiat, perkara pertama yang perlu dilakukan di dalam pengurusan harta pusaka ialah semua waris perlu bermuafakat untuk melantik pentadbir harta pusaka. Di sinilah sebenarnya halangan terbesar berlaku. Semua waris-waris perlu muafakat siapa yang akan dilantik sebagai pentadbir dan mereka perlu hadir di dalam mesyuarat tersebut. Selalunya permuafakatan susah berlaku kerana sifat manusia yang nampak harta sebagai peluang keemasan. Jika salah seorang waris tidak bersetuju dengan pentadbir cadangan, proses ini tidak dapat dimulakan hingga bila-bila. Berlainan dengan kes yang mempunyai dokumen wasiat. Ini kerana WASI telahpun dilantik oleh pembuat wasiat dan beliau boleh memulakan proses pentadbiran pusaka setelah pembuat wasiat meninggal dunia.
PROSES MEMBUAT DOKUMEN WASIAT.
Soalan: Apakah dokumen yang saya perlu kumpulkan untuk menyediakan dokumen wasiat saya ?Jawapan : Dokumen-dokumen yang perlu adalah seperti geran tanah, rumah, nombor akaun KWSP, nombor akaun bank, nombor Amanah Saham Bumiputera, salinan kad pengenalan dan surat beranak waris-waris. Walau bagaimanapun dokumen-dokumen ini tidak perlu disediakan segera kerana yang lebih penting lagi di dalam dokumen wasiat ialah PERLANTIKAN WASI oleh pembuat wasiat.
Soalan : Apakah itu Wasi dan apa peranannya ?Jawapan : Wasi ialah individu atau entiti yang kita (pembuat wasiat) percaya amanah dan fungsi utamanya ialah untuk menguruskan pentadbiran harta pusaka serta menjalankan arahan-arahan lain di dalam dokumen wasiat. Di xxxxxx kami sentiasa mencadangkan agar AMANAH RAYA BERHAD dilantik sebagai WASI di dalam dokumen wasiat pelanggan kami.
Soalan: Jadi, sekiranya saya hendak membuat wasiat dan melantik Wasi, berapa lamakah proses itu akan berlangsung ?Jawapan : Sekiranya tuan melantik AMANAH RAYA BERHAD sebagai wasi tuan, wasiat tuan boleh kami sediakan di dalam masa 3 minit sahaja !
Soalan : Secepat itu ?Jawapan : Ya. Kerana di xxxxxx kami mempunyai perisian penyediaan dokumen wasiat Islam yang kami panggil E-Wasiyyah dan perisian ini memudahkan kami menyediakan dokumen wasiat dengan cepat dan tepat di mana sahaja di seluruh dunia !
Soalan : Adakah perlantikan wasi sahaja merupakan fungsi wasiat ?Jawapan : Tidak sekali-kali. Walaupun kami menyatakan bahawa elemen utama di dalam dokumen wasiat ialah perlantikan wasi, perkara-perkara lain juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat seperti pengisytiharan harta sepencarian, cara pembahagian harta pusaka, perlantikan penjaga sah anak di bawah umur 18 tahun, peruntukan perbelanjaan sara hidup dan pendidikan anak malah bagaimana cara sesuatu perniagaan akan diwariskan juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat.
>>>>>>Fungsi HIBAH.
Fungsi utama hibah adalah untuk memberikan harta kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa boleh dicabar oleh waris yang lain. Hibah dibuat semasa hidup tetapi pertukaran hak milik dibuat selepas kematian.
>>>>>wasiat, hibah & faraid adalah 3 perkara yg berbeza.
>>>>>jadi memang betullah ASB ni tak ada penama ?cuma takaful, insurans dan KWSP ada penama kena lantik AMANAH RAYA BERHAD pulak ... mesti dia makan sikit ni
terima kasih tobybanyak maklumat ni.
>>>>>Seratus peratus suami letak nama isteri sebagai penama (wasi) kalau dia meninggal.
tapi majoriti wanita takkan letak nama suami sebagai penama (wasi) kalau mrk meninggal. hanya Allah yg tahu sebabnya.
>>>>>
betul aku setuju..maybe. .bagi suami..nama isteri lbh penting dr nama ibu/ayah sendiribagi isteri..nama suami+ibu+ayah+ family sendiri sama-sama penting waallahualam. .....
No comments:
Post a Comment