show details 1:16 PM (1 hour ago) Reply
Emmm.. seperti yang telah dirancangkan oleh aku ngan Mcezix..aku takkan jumpa dia.. sejak dari dia miss call aku dulu sampai la sekarang dia diam aje..baru la dia nak cakap.. aku tak suka akan mamat yang cam ni.. lantak la.. aku pun cuba menyibuk kan diri aku kat rumah.. sesekali aku menjenguk kat luar.. dah tengah hari dia masih kat luar.. walaumacam mana pun jawapan aku adalah muktamad.. tak kan jumpa dia.. sampai la ke petang.. aku cuba jeling² kat luar.. Yes!! Dia dah tak de.. yahooo!!.. aku gembira.. Malam tu seperti yang dijanjikan aku dah terpacak kat pc aku..tiba² tit tit..tit tit.. mesej mamat ni la.. aku cuba bace mesej tu.. "Ika.. saye takan kacau Ika lagi.. maaf kan saye Ika.. saye Ariff bin Resat.." Hah!! Ariff? Dia suka kat aku ker? Macam mana dia bleh dapat no aku ni..? Adakah Pakcik Resat yang bagi..? Atau Makcik Cinda yang bagi.. patut la hari tu dia ajak aku makan kat rumah dia... tetiba je aku rase bersalah.. apsal aku macam ni ye..? Err.. tak pe la.. Mcezix ngan Alfa Romeo kan ader.. ni kalau Mcezix ader ni aku nak cerite kan segala nye kat dia.. sambil tunggu Mcezix aku berangan dan godeh² Tokeikedai Online.. HAH!!..dah kul 12.. mane Mcezix ni.. janji kul 9.. ni dah kul 12.. mamat ni lagi satu.. terus terang aku kate aku dah jatuh hati ngan ko Mcezix.. tak per aku bagi ko peluang esok.. aku pun dah bengang.. semua yang berkaitan ngan suis aku off.. kecuali suis kipas.. aku pun tido ngan hati yang bengang....................... 'Ermmm.. ari nih takde kuliah. Nak wat pe ek arini. Nak keluar dating?.. Ngan sape?..' aku termangu2 kesorangan kat rumah. Tulahh nak sangat jadik lone ranger.. Padan muke aku. 'Ermm.. Hari nih aku nak masakla.. dah lama x masak takut ilang lak kang skill masak aku' Idea serta merta dapat. Idea bernas. 'Lama gak aku x praktikkan skill masak aku. Heheh pastu bleh antar rumah Pakcik Resat sikit. Ape salahnya antar semula pinggan lauk yang arituh anaknye si Tokei tuh antar ekk..' berkira2ku dalam hati sambil melangkah menuju ke pasar sayur yang x jauh dari rumahku tuh. Kembali dari pasar... Ape lagi berpencak silat aku kat dapo.. Iyarkhh.. Huahh.. Ekkk. Ayarkhh.. zuss zass.. Akhirnyaaa.. Nah.. Siap masak lemak cili api daging salai.. Khailan belacan.. ngan tempe goreng berempah. Heheh.. Aku tersenyum sendirian.. Puas hati.. Pandai gak aku masak. Uihh banyak lak tuh.. Bleh jemput Aju dan kucingnya makan kat rumah ni kang.. Opsss.. Dah kui 12 la. Kene anto cecepat ni ke rumah Pakcik Resat... Sesampainya kat rumah orang tua tuh.. Ada bini Pakcik Resat jek sensorang tengah memasak. Yang lelain ntah dimana katanya. Berborak lama la gak aku dengan bini dia tuh. "Makcikk.. Gune toilet.. Ehh bilik air jap. Tak tahan la "aku minta izin sambil tersengeh2. "Silakan la.. Belah bilik si Ariff tu" sambil muncungnye menghala ke kanan. Dengan laju aku ke toilet tuh...opsssss..... Kejap!. Aku terberenti jap dan mundur beberapa tapak.. 'MCEZIX / ARIFF - jangan sembrono masuk bilikku!!!'....... Terpampang tulisan tuh di pintu bilik Ariff.. Hilang rase nak terkencingku.. nak pitam plak ada la.. "Makkkkkk...cccik.. Ermm ni bilik sape?" tanyeku agak gagap untuk mengesahkannya... "Bilik si Ariff le tuh...nape Ika..?" "Abis tuh sape Mcezix nih?.. nape nama dia ader kat pintu? Maknanyer nih bilik Mcezix ler kan.. tapi kalo nih bilik Ariff, macam mana bleh jadi bilik Mcezix plak?" kataku ngan paniknyer. Aku pon dah tak paham apa yang aku cakap nih. Mungkinkah Mcezix nih kongsi bilik ngan Ariff, dorang sepupu kot. tapi apa yang fikiran ku kuat mengatakan, Ariff ngan Mcezix adalah orang yang sama. Tak mungkin.. cemaner bleh jadik cenggitu plak. Aku memandang mak cik Cinda yang masih pening ngan soklan merapu aku tadi. Baru sajer mulutku nak bertanyer mencari jawapan pasti.. aku terdengar satu suara di pintu memberi salam.. "Wasalam" jawab aku sambil toleh kearah suara tu.."Ooo.. abang Tokei rupanye.." "Hai Ika.." Tokei berbahasa basi.. Setelah selesai semua kat rumah Pakcik Resat aku pun balik.. oo.. Mcezix ngan Ariff orang yang same.. aku dah tau segalanye.. memang ditakdirkan jodoh aku ngan Ariff.. aku dah bleh terima Ariff sebab dia adalah Mcezix.. tapi sayang sekali aku telah kecikan hati dia.. ni semua salah faham.. errmm.. malam ni aku akan beritau yang aku dah kenal Mcezix adalah Ariff.. aku akan beritau dia yang aku dah terima dia.. Malam yang ditunggu dah tiba.. tapi name samaran Ariff iaitu Mcezix tak der dalam Yahoo Messenger.. ermm mungkin dia betul² merajuk ngan aku.. takpa.. aku akan tunggu ko sampai bebila.. Dah tiga hari tiga malam aku tunggu Ariff online tapi tak muncul².. aku mula risau.. malam ni aku rase berbeza.. tak seperti malam kelmarin ngan malam semalam.. Apabila hampir jam 12.30 tengah malam, nama samaran 'Mcezix' muncul.. Aku tanpa membuang masa terus menegur Ariff. Ika : Ariff.. Saya dah kenal sape awak.. mane awak pergi malam tu hari.. Mcezix : Bagus la awak dah kenal sape saye.. mungkin Allah nak tunjukan.. err.. Ika maaf saye tak dapat masuk malam tu hari.. Ika : Awak kat maner..? Kenape awak tak call saye..? Mcezix : Maaf.. saya tak sempat menghubungi awak.. maaf.. Ika : Tak kisah la.. awak sihat..? Pertanyaan aku tergantung kat situ.. Ariff tak menjawab pertanyaan aku.. dan tiba-tiba senyap.. aku menunggu ngan sabar namun tetap Ariff tak menjawab.. Mcezix : Ika.. Saya bukan lagi seperti dulu, Ika. Tapi, perasaan saya masih sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat berbual lagi seperti dulu. Ika : Kenapa? Mcezix : Saya kemalangan malam yang saya berjanji masuk YAHOO MESSENGER mahu bertemu dengan awak, ingat? Ika : Awak teruk ke? Mcezix : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai.. saya hilang darah yang banyak.. saya tercampak di dalam semak dan saya cuba cari jalan keluar. Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya tertinggal di tepi semak batu 6. Ika : Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana? Mcezix : Tidak ada siapa. Saya masih di sini.. menanti orang membantu saya. Ika : Maksud awak? Mcezix : Saya sudah meninggal dunia, Ika. Tolonglah cari mayat saya. Sempurnakan saya, Ika. Tolonglah. Aku tersentak dan lantas meninggalkan komputerku dengan rasa takut yang amat sangat. Aku berlari menuju rumah Ariff . Memang Ariff seorang yang suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang menyeramkan.. "Makcik Ariff mane?" aku menanya.. "Makcik pun risau ni.. dah tiga hari dia tak balik rumah.." Makcik Cinda jawab sambil menangis.. Laporan polis sudah dibuat namun masih belum ditemui. Dengan suara yang bergetar, aku berkata kepada Makcik Cinda supaya mencari Ariff di dalam semak Batu 6. Tanpa menunggu lama, aku pun ikut Makcik Cinda,Tokei ngan Pakcik Resat. Airmataku mencurah-curah bercampur sedih dan takut. Keesokan harinya, kisah Ariff muncul di muka depan akhbar. Mayat seorang siswa berumur 22 tahun ditemui di dalam semak kawasan Batu 6 dalam keadaan cedera parah dan mulai busuk. Motor yang ditunggangnya tercampak ke dalam gaung. Kemalangan itu ditafsir sebagai langgar lari. Aku melipat akhbar tersebut. Aku berjanji tidak akan mengunjungi YAHOO MESSENGER lagi. Dalam diam aku mengakui Ariff memang menyayangiku. Kerana dalam keadaan begitu Ariff masih cuba mahu berbual denganku walaupun dengan memberitahu berita yang sedih bahawa Ariff sudah tiada lagi. Sudah hampir 2 minggu aku bersedih.. Perasaan bersalah masih menyelubungi diriku.. Aku menganggap akulah punca kemalangan membawa maut Ariff.. Kalau tidak kerana dia pergi ke cc semata-mata hendak chatting dengan aku tentu Ariff masih hidup.. Tapi siapalah aku hendak menolak takdir.. Ajal dan maut di tangan Allah.. Kita hanya mampu merancang.. 2 minggu tanpanya kurasakan bagai hari-hari yang tidak bermakna.. 2 minggu jugakla aku membiarkan komputerku tidak dipasang.. Selama 2 minggu jugak aku menjalankan aktiviti harianku bagaikan seorang insan tanpa perasaan.. 2 minggu keluarga Ariff bersedih atas kematian anak lelaki mereka.. 2 minggu jugakla aku tidak menjenguk ke rumah mereka.. Aju datang kerumahku berkali-kali melihat keadaan aku yang bagaikan mati anak.. Dialah yang datang memberi nasihat dan mengembalikan keyakinan aku untuk terus menjalankan hidup aku seperti biasa.. Yang sudah pergi biarkan pergi.. Allah lebih menyayanginya. Mana mungkin aku dapat melupakannya dalam masa yang singkat ini.. Perkenalan yang baru hendak membuahkan bibit-bibit cinta diakhiri dengan tragedi yang sukar aku terima.. Mungkin ada hikmah disebaliknya.. Aku memujuk diri agar redha dengan apa yang berlaku.. Siapalah aku disisinya.. Sekadar seorang insan yang baru disayangi.. Berbanding dengan keluarga yang telah mengenalinya dan menyayanginya selama 22 tahun.. Aku mengesat air mata yang hampir kering.. Air mata yang sesekali mengalir tanpa dipinta bila mengingatkan peristiwa malang itu.. Aku harus tabah.. Pujukku kepada diri sendiri.. Life must go on.. Aku perlu memulakan hidup baru.. Demi Ariff.. Hujung minggu itu mak abahku datang menjengukku setelah agak sebulan lamanya aku tidak pulang ke kampung. Hilang sikit rasa sedih dihati melihat wajah kedua orang tuaku. Tapi bile petang setelah kepulangannya.. hidupku kembali sama.. suram.. malap.. Sepi.. Bagaikan mentol cahaya lampu bulat 10 watt..yang hanya hanya mampu untuk menerangi diriku sendirik. Tafakurku..munajatku kepada mu ya Allah agar kau tetapkan imanku.. Kuatkan semangatku, tunjukkan aku jalan yang lurus..lorongkan aku kepada kebenaran.. Dan kau tabahkan hatiku. Semogaku diriku tetap tabah menghadapi perjalanan dan liku2 hidup ini.. Amin... Pagi itu setelah dua bulan pemergian Ariff... "Hai ika, Assalamualaikum..." aku disapa oleh seseorang dari belakang. Aku toleh ke arah datangnya suara tersebut "Wa'alaikumsalam.. Alfa. Apa khabar?" aku menjawab salam pemuda itu dengan sedikit senyuman. Baruku teringat agak lama juga aku tidak pernah terserempak dengan lelaki itu. Mana taknya.. Selepas pemergian Ariff.. aku lebih banyak menumpukan perhatian kepada pengajianku. Sementelahan lagi peperiksaan akhir akan menjelang tidak lama lagi. Pertemuan petang itu bersama Alfa yang ku kira kebetulan ini memutikkan semula kemesraan yang telah terhenti sebelum ini antara kami. Pelbagai cerita kami kongsikan bersama petang itu. Sekurang-kurangnya aku terhibur juga petang itu dengan lawak jenakanya. Hermmmm agak lama juga aku tidak gelak sebegini sejak pemergian Ariff. Ariff.. Kenapa nama lelaki itu yang masih muncul di hati dan bibir ini? Hermm.. "Kenapa Ika.. Termenung saja tiba2.. Apa yang mengganggu perasaan Ika tuh? Ada ape-ape yang Alfa buat x kena ke?" Alfa mematikan lamunanku sebentar tadi.. "Ohh.. Maaf.. Tak ada apa. Lupakan jek yer.." aku terasa bersalah pula membuatkan dia serba salah. Aku memandangnya dengan senyuman untuk menunjukkan tiada apa2 yang berlaku. Namun air muka Alfa sedikit berubah. 'Macam mana ni' desisku dalam hati. Untuk tidak terusan peristiwa itu mengganggu kehidupan ku dan merosakkan kemesraan yang baru nak berputik itu, petang itu jua ku luahkan kepadanya kisah tragis Ariff. Alhamdulillahhh.. Lega rasenya.. Mujur juga Alfa memahami malahan memberikan semangat kepadaku untuk meneruskan kehidupan ini. Malam itu sesudah kami berdua singgah sebentar bersolat maghrib di masjid berhampiran.. dan makan malam bersama, Alfa telah menghantarku sehingga ke muka pintu rumah. Aku membalas pemergiannya dengan senyuman sebagai mengucapkan terima kasih di atas budi baiknya hari itu menemaniku sepanjang petang. Tapi dari kejauhan ku terlihat kelibat Tokei anak Pakcik Resat memandangku dengan pandangan sayu di tingkap rumahnya semasa Alfa menhantarku sebentar tadi. Aku hanya mampu menghadiahkannya sebuah senyuman yang ringkas sebelum menutup pintu rumah. 'Biarlah... Apa nak jadik pun aku kan tetap tabah..' tekadku di dalam hati. Malam pun berlalu... Cengkerik pun masih setia memainkan iramanya menemani malamku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment