Thursday, October 9, 2008
cerpen-Dia lah di Hati part15
"Ika buat apa kat sini, kerja kat sini ker?" Makcik Cinda bertanya sesudah meleraikan pelukan. Ika hanya menggangguk sambil memandang muka wanita di hadapanya itu. Serta merta wajah Pakcik Resat, Tokei, Minah Mafia dan juga... Ariff @ Mcezix terbayang di mindanya. "Makcik buat per lak kat sini? Datang temuduga ker?" Ika pula bertanya sambil mengesat matanya. "Isshh...tak derla. Makcik datang nie sebab start esok Makcik uruskan kafe tempat nie. Owner lama tu tak nak dah. Tu yang Makcik dapat tu. Makcik minta nak jadi tukang kebun sebenarnya,t api diorang bagi kejer cafe lak, terima jerla." panjang lebar Makcik Cinda menerangkan. Ika tersenyum lebar. "Tukang kebun buat aper Makcik, bukan ada class pun. Nanti muka Makcik burn lak kena panas." dia menambah. "Eh... mana Pakcik Resat, tak der pun. Tak datang ker? Rindu ler kat dia ngan vespa dier...haha" Ika memusingkan kepalanya mencari bayangan Pakcik Resat tapi tidak ada. Serta merta wajah Makcik Cinda redup. Ika memandang kehairanan. "Sebenarnya Pakcik Resat kau tu baru saja...." "Haa... bila dia meninggal Makcik, sakit apa Makcik? Ya..allah kenapa Ika tak tau Makcik, sabar Makcik, sabar...!!" Ika terus memeluk Makcik Cinda rapat-rapat. Terasa sedih menusuk ke pelusuk hati nya .Pakcik Resat... kau dah pergi menghadap illahi seperti anakmu itu...ish...ish... "Issh.. sabar Ika, ko nie, dari dulu lagi tak berubah-ubah," Makcik Cinda meleraikan pelukan Ika. Ika kehairanan. Wajah Makcik Cinda kelihatan merah. "Bila masa aku kata dia mati? Aku tak habis cakap lagi, ko dah potong. Dia baru jer gi dengan Tokei ke sarawak melawat si aju ngan suami dia tu haa. Kelmarin diorang pergi,ko nie gelojoh tul ler Ika." Ika tersengih malu..merah padam mukanya. Hehe... mana aku tau... idup lagi rupanya Pakcik Resat yer...hehe.. "Abis mana Minah Mafia." Ika bertanya. Tak mau lagi dirinya terus dikutuk oleh Makcik Cinda. "Minah Mafia sekarang ngan suami dia kat london, suami dia keje kat sana, so Minah ikut skali la.. Happy couple diorang tuh. Slalu gak berutus emel ngan Makcik, maklum la dunia it sekarang nih, xterbatas" ujar Makcik Cinda tentang anak sedaranye tuh.. "Ooo so bila agaknye dia nak balik ek" tanya Ika, bahagia betul member aku tuh..aku gembira untuk dia. "Tuh Makcik xtau la tapi slalu gak diorang ajak Makcik gi sana, dengar kata hujung bulan nih Minah ngan hubby dia nak melancong kat Paris and then singgah katJ jap tengok bunga sakura..Minah dok ajak, katanya perbelanjaan hubby dia tanggung tapi xleh la, Pakcik Resat ko tuh bukan bleh.. Mata keranjang gak tuh.. Tua-tua pun xsedar diri. Cume sekarang nih Makcik rasa bahagia la skit, Pakcik Resat ko tuh makin romantik.. secreto de amor tul" cerita Makcik Cinda tentang bahagianya dia dengan Pakcik Resat yang muka ala-ala macam vespa tuh. "Tokei lak ngan sapa sekarang nih Makcik?" tanyaku. "Hek leh ko nih Ika..buat² lupa plak..yang mase hari perkahwinan Tokei tuh ko menyebuk kat sane tuh aper.. masih tak kenal lagi ngan isteri tokei.." jawab makcik Cinda.. "Ye ker..hehe.."aku malu. "Tapi Tokei dah tak bersama lagi dengan isteri nye tuh..mereka dah berpisah setahun yang lepas..begitula crite nye pasal Tokei, Ika.." terang Makcik Cinda. Hah!!..aku terperanjat. "Habis yang Pakcik Resat ngan Tokei melawat aAju tuh nak wat aper..?" tanye ku kembali. "Dia orang melawat suami Aju kemalangan.. kate si Aju suami nye koma.. dan macam takde harapan untuk terus hidup.. kalu hidup pun 99% akan lumpuh seluruh badan.." jawab Makcik Cinda sayu. "Ya Allah!!" lagi sekali berita mengemparkan yang aku dengar dari mulut Makcik Cinda.. Truttt trutt trutt.. Enpon Makcik Cinda bunyik, Makcik Cinda sekarang nih pakai hanpon dah, kaler ijo lak tuh.. Minat sungguh kaler ijo... Canggih polyphonic lagik.. Tapi hancur guna ringtone vespa ijo lakiku.. dari band mana ntah.. eii xbest langsung ringtone… xper la asalkan dia suke.. Makcik Cinda tengok nombor yang tertera di enpon nye.. Tertera nama 'hubby terchenta' "Ello yang" jawab Makcik Cinda tanpa segan silu. "Ello sayang, abang ada bawak berita buruk nih" kedengaran suara Pakcik Resat dihujung talian. "Berita apa abang?" Tanya Makcik Cinda. "Suami aju... Dia meninggal pagi tadi…" ujar Pakcik Resat menahan sebak. "Innalilah…. Aju macam mana?" Makcik Cinda hanya terkilan sebab xdapat ikut sama pergi melihat Aju. "Dia nampak sedey tapi katanya dia redha, Tokei tengah pujuk dia tuh" ujar Pakcik Resat. "Abang.. bawak Aju datang sini balik bang… jangan tinggalkan dia seorang.. dia perlukan orang untuk bagi sokongan kat dia tuh…" bercucuran air mata makcik Cinda. "Isk..isk..kenape nih Makcik Cinda..kenapa..?Aper yang telah berlaku..? What epen? Mengapa sebegini rupa Makcik Cinda terkejut..? Jawabla.. jawabla..?" aku plak yang emosional nak tahu aper telah belaku. "Suami Aju dah meninggal pagi tadi.." sayu je nada suara Makcik Cinda. "Innalillah...." itu je yang terkeluar dari mulut ku...terasa simpati ngan nasib Ajurina jiran sebelah rumah ku dulu... Tiba²..terdengar suara yang lantang memangil ku.. "Ika..oh Ika.."jerit Najib.. "Ye" balas Ika. "Ajib ader benda nak bincang ngan Ika pasal projek yang akan kite handle nih.." terang si Najib. Selepas Najib habis cakap secara tak langsung Makcik Cinda terus menoleh kearah Najib pekerja baru tuh. "Hantuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!" terus Makcik Cinda pengsan. Najib hanye tercengang melihat Makcik Cinda jatuh pengsan.. satu office kecoh apabila Makcik Cinda nih pengsan setelah melihat Najib. Aku segera memapah Makcik Cinda, Nasib baik kecik and slim je Makcik Cinda ni, kalau tak penyek aku. Ajib pun tolong sekali. Masih terpinga-pinga.. Sejak akhir-akhir nih ramai sangat yang pengsan. Apa plak le kali nih agaknya.. Setengah jam kemudian Makcik Cinda sedar, Ajib masih lagi di sisi Makcik Cinda. Telihat je muka Ajib, Makcik Cinda terus memeluk Ajib. habis baju Ajib kene hingus Makcik Cinda. Aku hanya mampu terdiam dengan tindakan Makcik Cinda, aku hanya membiarkan.. Mungkin Makcik Cinda terlalu rindukan anaknya.. "Ariff sayang..mana kau pergi, mak rindu sangat kat ko" rintih Makcik Cinda.. sayu kudengar suaranya.. sebak menahan rasa. Ajib hanya terkesima, membiarkan dirinya dipeluk oleh Makcik Cinda, bile terdengar nama Ariff disebut oleh Makcik Cinda, dia baru teringat akan citer Nafisa, paham akan situasi Makcik Cinda. Kalau Ika yang peluk lagik best.. Kah kah kah apa aku nih poyo jerk, orang tua tuh tengah seedy.. "Makcik…dia bukan Ariff Makcik" akhirnya Ika bersuara meleraikan keadaan. Ajib hanya menganguk kecil. Makcik Cinda segera leraikan pelukannya.. "Kau bukan Ariff. Anak aku…anak aku Ariff dah meninggal..." Ujar Makcik Cinda bagai baru tersedar dari tidur yang panjang.. tangisan Makcik Cinda mula kedengaran lagik.. Bagaikan kanak-kanak kecil. Aku hanya mampu mententeramkan hati Makcik Cinda, padahal hati aku sendiri sebak bila teringatkan Ariff.. Alfa yang baru sampai mula-mula xberapa paham dengan situasi tapi bila terpandang akan Makcik Cinda, dia mula paham..segera dia mendekati Makcik Cinda dan Ika.. "Makcik Cinda..." tegur Alfa lalu bersalaman dengan Makcik Cinda. "Alfa...ape kabo nak?" soal Makcik Cinda. "Sihat... " jawab Alfa sepatah. "Makcik ingatkan tu arwah Ariff. Rupenye bukan...isk seiras btol ngan Ariff" luah Makcik Cinda setelah dapat mengawal diri. "Hmm...Makcik nak balik dah ni" ujarnya lagi. "Biar saya hantar Makcik ek?" kata Alfa. Makcik Cinda ngangguk. Sejurus kmudian, si Alfa pun nganto Makcik Cinda balik... Sementara itu di opis........ "Ika.. Sape tuh.."Ajib nak jawapan kepastian sape Makcik tadi. "Tu la mak Ariff yang muka dia same cam ko" jawab ku.. isk.. macam mana aku boleh ramah plak ngan Ajib nih. "Ooo.. baru aku tau... aku nak sangat tengok gambar Ariff nih. .betul ker muka dia sebijik macam aku.." kate Ajib kembali. Malas aku nak layan dia..karang aku plak jatuh pengsan..aku terus pergi ke meja ku. "Eh Ika.. nak kemane tu.. aku ader benda nak bincang ngan ko la.." terang si Ajib. "Nih hal peribadi ker hal kerja yang ko nak bincang ngan aku..?" balas ku..rase nye aku dah mula boleh terima akan kewujudan si Ajib nih.. walaupun hatiku bergelora teringat kan Ariff bila nampak muka si Ajib nih. "Hal peribadi nih..." kate Ajib selamber. "Hah!! Ko biar betul.. sekarang nih mase kerja.. ko nak crite hal peribadi.. tak moh la aku.." balas ku mengelakkan diri ku dari Ajib. "Hohoho..aku gurau je la Ika..hal peribadi aku akan crite kan kat ko mase balik nanti..pastu aku akan hantar ko balik.." terang si Ajib. "Ok..baik la.." aku setuju ngan rancangan dia. "Yes.. nanti balik aku ambik ko.." Ajib seronok pelawaan dia di setujui oleh Ika. 'Adehh.. macam mana aku bleh setuju ni..' rungut ku dalam hati.. aku mula menyesal atas persetujuan aku nak keluar ngan Ajib.. macam mana nak buat.. kalau cancel nanti dia cam tak percaya plak kat aku lagi.. buat janji pastuh cancel.. kenapa aku bleh terpukau nih.. aduhh.. menyesal nye... Alfa... tolong aku.. aku dalam delima nih... Di dalam kereta Alfa. "Makcik, saya tanya sikit boleh??" sambil memandu Alfa berpaling dan tersengih manja ke arah Makcik Cinda. "Tanyalah banyak mana pun Alfa... asal ko jangan suruh Makcik bayar dah ler..." jawab Makcik Cinda dengan jujur. "Hehehe... tima kasih. Sebenarnya saya nak tanya nie....anu....er......" "Apa yang ko nak tanya ni nak oi? Anu...anu....napa?" Alfa telan air liur sendiri.nak tanya ke tak eh?Segan lak aku.. Truuutttt..... Truttt... Henpon Alfa berbunyik... "Sapa pulak nih.. tak penah tau pon no phone nih..ekskius me yer Makcik"Alfa meminta kebenaran dengan sopan. "Hello..assalamualaikum.." Alfa jawab panggilan tuh. "Hello..Waalaikumsalam... hai awak.. kenal tak saye nih" kedengaran lunak suara seorang perempuan. "Huu?? Sape nih..tak cam plak suara cik adik" jawab Alfa. "Ala..baru 5 tahun tak jumpa dah lupe ker...dah ade orang baru??" jawab perempuan tuh lagik. "5 tahun..?? Orang baru?? Ermm..." Alfa kehairanan. "Nih Tina laaa... dah lupe kat awek lame ker??" pompuan tuh bersuara lagi. "Tina???" teng teng tenggg.... Serta merta kenangan pahit Alfa bersama bekas kekasihnya kembali menghiasi kotak fikiran.. Alfa teringat peristiwa di mana si Tina sempat mengejar seorang lelaki yang kacak gile dan berkenalan dengan lelaki itu walopon Tina sedang menikmati minuman dengan Alfa disalah sebuah kedai mamak sewaktu mereka belajar di United Kingdom dulu.. terguris perasaan Alfa mengenangkan tingkah laku Tina yang tak menghormati dirinya sebagai seorang pakwe.. bukan itu saje malahan Tina seorang yang kebaratan.. langsung tiada ciri kemelayuan menyebabkan Alfa mengambil keputusan untuk berpisah dengan aweknye itu.. "Ooo Tina.. bile balik Malaysia?" tanye Alfa. "I baru jer sampai nih... sampai jer kat rumah terus I telefon u, mane I dapat no phone u jangan tanye ok??" balas Tina. "Ooo...skarang nih I tengah driving.. so I rase kite cakap next time laa yerkk" Alfa bersuara dengan serius. "Ok..I paham.. mesti u dengan awek u kan... kim salam laa kat orang sebelah yerkkk" balas Tina dengan sinis. "Ok jap I sampaikan salam u.. Makcik...kawan saye kim salam kat Makcik.." Alfa meyampaikan salam kepada Makcik Cinda. Makcik Cinda pon jadik blur.. dengan slamber ya ya menjawab salam tersebut walaupon tak tau sape yang kasik salam. "Waalaikumsalam.. kim salam balik kat tuan empunya badan yang kim salam tadik yer Alfa" balas Makcik Cinda. "Ok mak cik...haa Tina..nih orang sebelah kim salam kat u" kata Alfa "Waalaikumsalam... humm.. ok laa Alfa.. u pon tanak cakap ngan I kan..malam nih I call u ok?? Tata..miss u" Tina meletakkan gagang telefonnye itu. Alfa kembali terbayang2 kenangan2 bersama Tina.. "Kenapa laa ko muncul kembali wahai Tina..." dengus Alfa sendirian. Tiba-tiba..kedengaran deringan polifonik yang berlagukan "dekat padamu" nyanyian yusry" "Bunyi ape lak nih.." kata Alfa Romeo sambil mencari punca bunyi tersebut. "Ooo nih enset Makcik bunyi...ekskius me yer Alfa" jawab Makcik Cinda dengan riak wajah yang riak skit dari Alfa kerana henponnya lagi hebat dari Alfa. Tertera nama Ika pada screen hensetnye itu "Helluuu Ika... wats up my dear.." Makcik Cinda menjawab panggilan. "Hello Makcik.. nih bukan Ika.. nih Ajib.." Ajib bersuara cemas. "Haa nape Ajib... nape pakai enset Ika nih.. abih kredit Ika kang.." jawab Makcik Cinda. "Tak Makcik.. urgent nih... terpaksa guna enset Ika sebab ade no phone Makcik.. nih nak bagitau.. Ika pengsan skali lagik.." Ajib bersuara dengan laju. "Hahhh?? Astaghfirullah hal azim.. Ika nampak muka seiras si Ariff lagi ke??? Sape pulak muke spesen ngan ko nih Ajib??" Makcik Cinda semakin cuak. Alfa menjeling Makcik Cinda. "Ehh tak Makcik...si Ika tiba-tiba jer jatuh pengsan masa kitorng jalan-jalan kat tasik tadik" balas Ajib. "Ooo kantoiiii....gi dating kat tasikk yerkk..." Makcik Cinda ngubah tonasi suaranya. "Makcik..serius laa skit...saya pon taktau cammane si Ika tuh pengsan.. tiba-tiba jer.. rasenye takde ape yang mencurigakan pon kat sane. So skarang saya dah bawak Ika kat hospital. Sekarang doktor tengah wat pemeriksaan, Makcik datanglah cepat yerk..kat hospital nih" ujar Ajib berdialog panjang. "Wokeyy.. Ajib tunggu sane.. Makcik suruh si Alfa nih gi sane skarang jugak.." Makcik Cinda membalas dengan serius. "Ok Makcik.. chow cin cau.. assalamualaikum" Ajib mengucapkan kate terakhir. "Waalaikumsalam" jawab mak cik Cinda. "Kenape Makcik.." tanye Alfa dengan cemas. "Jom Alfa kite ke hospital..si Ika pengsan lagik..dia ade kat hospital.." Makcik Cinda bersuara cuak. "Huh??? Wokei Makcik.. kite pergi skarang juga" tanpa bertanye panjang Alfa terus memecut ker hospital. Sesampainya di hospital tersebut. Ajib terus mendapatkan Alfa dan Makcik Cinda. "Macam mane si Ika" tanye mak cik Cinda. "Ika kena tahan kat wad. Doktor nak jumpe waris Ika.. saya dah call mak Ika mungkin esok baru sampai sebab kete mak Ika tayar pancit. So rasenye mak cik jer laa jumpe doktor tuh" balas Ajib. "Macam serius jer bunyik... ini yang Makcik risau nih.. moh laa kite sama-sama jumpe doktor" Makcik Cinda bersuara. "Jom!!" Alfa dan Ajib serentak bersuara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment