show details 1:20 PM (1 hour ago) Reply
"Alfa, sebenarnye apa?" tanya ku.. Sesak nafas aku dia buat macam nih.. "Sebenarnya.. Kita dah sampai" katanya sambil sengih... "Erks..." aderkhh naper aku bleh tak perasan nih.. kami dah sampai pun kat bengkel rupenya.. nih le banyak sangat berangan.. Ces! Kenekan aku rupanya... Aku ingat kot la nak cakap.. 'Sebenarnya Ika, saya suke sangat kat awak' hahaha.. Tapi nasib baik gak dia tak cakap macam tuh... Karang payah lak aku nak jawab.. "Aiks.. berangan lagik ker Ika?" tanya Alfa.. adui la.. Naper la aku banyak sangat berangan ari ni.. Kan dah termalu.. aku hanya tersenyum malu.. Alfa tertawa kecil.. huhuhu gelakkan aku yerk.."Eh.. taklah. Mana ada berangan" aku menjawab untuk mengcover line sambil membuka pintu kereta. Cepat-cepat aku keluar dari kereta Alfa. Aku memandangnya. "Ok la En. Alfa, tima kasih sebab anto saya ke sini". "Ok.. jumpa esok kat ofis", jawab Alfa sambil mengenyitkan matanya kepadaku. Aku hanya mencebikkan bibir. Alfa tersengih. Alfa membunyikan hon sambil melambaikan tangannya dan seterusnya keretanya bergerak pergi. Selepas mengambil keta kat workshop tadi, aku terus pulang ke rumah. Takde sapa kat rumah. Member serumahku sumenya belum balik keje lagi. Tinot.. tinot.. tinot.. Hensetku berbunyi. Sapa plak yang call ni... "Hello...helloooo...assalamualaikum...ellooooooo" 'Dah buat lagi dah..'kate ku dalam hati.. Tutt..tutt..tutt Hai dah lame tak terjadi cam ni.. fikiranku melayang.. dulu yang selalu buat cam ni arwah Ariff.. yang ni sape plak.. takkan arwah Ariff kot.. iskk.. tetiba je meremang bulu tengkuk aku.. aku check nombor miss call tadi.. line sini ni.. ahh mungkin salah nombor kot.. adehh.. perut aku lapo la.. .pi cari makan malas.. megi takde.. member² belom balik.. argghhh.. terpakse la aku pi keluar makan sengsorang.. Aku rase cam tak sedap hati.. sampai je kat restoran aku pi duk kat penjuru sane.. dah situ je tempat yang ader.. sambil tunggu makanan sampai.. mate aku pun melilau kat semua pelanggan.. mane tau ader yang berkenan di hati.. tetiba aku ternampak samar² kelibat seorang lelaki yang aku kenali..aku perhatikan bebetul. "HAH!!!!" aku terperanjat.. Ape ke benda pulak mamat nie buat kat sini?.... Aku mule berkira-kira hendak beredar bagi mengelakkan jejaka itu terlihat aku. Tetapi.... "IKA!!! Hmm...nampaknya kite nie memang ada jodoh kan? Kat mane2 pun asyik jumpa je..." tegur Alfa Romeo. Aku hanya tersengih kambing. "Tak sangka pulak awak datang sini... Sampai kat benteng nie pegi makan? Dekat area rumah awak tu rasanya lagi banyak kedai makan kan? Ye laa...dekat dengan T.C..." kataku "Awak nie... Asyik sindir saya je? Saya ganggu awak ke? Awak tengah tunggu seseorang ke?" lemah Alfa Romeo menjawab pertanyaanku. "Takde laa mengganggu.. Tapi saya memang tengah tunggu TUNANG saya ni," balasku sambil tersenyum. Hmm.. ku kira ini lah masanya untuk menghentikan segala gangguan perasaan dari Alfa Romeo. Lelaki itu tampak terkejut. Berubah air mukanya mendengar jawapanku. "TUNANG???????!!!!!" "A'ah.. tunggu tunang saye.. tapi sekarang ni dah cancel.. tayar motor dia pancit.. ni nak balik la ni.." kate ku sambil berlalu dari situ.. Terkapai² aku buat Alfa Romeo mesti ader 1001 soalan yang dia nak luahkan pada aku.. emm.. terpakse la.. hati ku belum boleh terima sesape lagi buat mase ni.. Aku pegi cari makan kat tempat lain..fikiran ku melayang tentang kisah tadi.. tetiba.. gedebanggg.. ALAMAK!! Aku langgar orang la.. aku tergamam dalam kereta.. nasib baik aku bawak perlahan.. orang yang aku langgar tadi bangun dengan kesakitan.. HAH!! ARIFF!!.. lagi sekali aku tergamam.. macam kena kejutan elektrik.. "Ehh.. maaf cik.. saye tak nampak" kate orang yang aku langgar.. dia pun blah.. aku cuba keluar dari kereta tapi macam terlekat kat dalam.. seperti di paku.. dengan segala kudrat aku yang masih terkejut aku berjaya keluar dari kereta.. tapi kelibat orang yang serupa ngan Ariff tadi dah tak kelihatan.. aku tengok keretaku. Lampu kereta ku pecah.. 'Iskk ni peristiwa betul.. aku tak bermimpi.. memang muka dia sebijik macam arwah Ariff yang aku kenali dulu..' kate ku dalam hati.. Peristiwa itu masih terus bermain-main di fikiranku. Siapa dia sebenarnya???? Ariff ke???? Tapi.. Ariff telah sekian lama meninggalkanku. Isk... tak mungkin... Tiba-tiba hatiku sebak mengenangkan Ariff. Takku sangka, perkenalanku yang tidak begitu lama meninggalkan kesan yang amat mendalam di dalam hatiku. Aku tidak dapat menolak kenyataan bahawa aku masih mengenangkannya... Aku menjadi terlalu rindu pada Ariff. Tiba-tiba airmataku mengalir... Aku tidak boleh menipu diri sendiri.. sesungguhnya aku masih menyayanginya walaupun dia sudah tidak wujud lagi di dunia yang fana ini.. Tapi peristiwa sebentar betul-betul menguji hati perempuanku.. terlalu mengikut perasaan kah aku? "Ika.. Ika.. Awak ok ke?" suara lelaki yang aku kenali memanggil namaku.. Alfa Romeo keluar dari keretanya berlari menuju ke arahku.. Dia memapah aku yang sudah tidak terdaya hendak bergerak keluar.. Keretaku cuma rosak di bahagian hadapan.. Aku tidak mengalami kecederaan luaran.. Tapi cedera di dalam hati tiada siapa yang tahu.. "Ika.. Ika.. Awak ok ke?" sekali lagi Alfa memanggilku apabila melihat keadaanku yang separuh sedar.. Tetapi sebenarnya kepalaku ligat memikirkan apa yang baru aku nampak sebentar tadi.. "Ariff.. " sepatah nama keluar dari mulutku.. "Ariff?" Alfa mengerutkan wajahnya. "Saya rasa.. Saya nampak Ariff tadi" kataku kepada Alfa yang masih memandangku tidak percaya dengan apa yang baru aku tuturkan sebentar tadi. "Ika.. Ariff kan dah lama meninggal" terang Alfa memujukku. "Saye tahu.. Tapi saye pasti saye nampak Ariff tadi" aku tak mahu mengalah. "Erm.. Takpe saye hantar awak balik yer" Alfa memimpinku ke keretanya.. Dan aku macam dipukau menurut sahaja tanpa berkata apa.. Terpana dengan kejadian yang baru berlaku sebentar tadi.. Nampaknya kereta aku sekali lagila masuk wad.. Alahai apelah malang betul nasibku.. Sesampai di depan rumahku, Alfa Romeo masih lagi memujukku. "Ika... sudahlah.. dari tadi saya tengok awak diam je. Mungkin awak terkejut dengan kejadian tadi agaknya. Sekarang awak masuk dan berehat ye? Esok.. kalau awak masih lagi rasa tak tenang, saya benarkan awak cuti" ujar Alfa Romeo lagi. Aku hanya mengangguk lemah.. Pagi ini sama seperti pagi semalam, cume yang berbeza pagi ini aku hanya duduk di rumah, selalunya waktu-waktu macam nih aku sudah siap sedia nak pergi ke pejabat. Selepas sembahyang subuh aku berdoa padanya agar menempatkan Ariff bersama orang-orang yang beriman. Mungkin hanya ilusi aku saja semalam, tapi kalau ilusi sape yang aku langgar semalam...? Lantas kenangan dahulu mengimbas lagi, kenangan bersama Ariff, Pakcik Resat, Makcik Cinda, Tokei dan Ajurina, aku rasa saat tuh le paling bermakna ketika aku di kolej, tak lupa juga kepada Alfa dan dengan kata rasminye telah pun jadi bos di tempat kerja aku, betapa keciknye bumi Allah nih... Yahoo Messenger pun dah lama aku tak buka, aku hanya gunakan internet untuk membuat kerja-kerjaku sahaja. Perit setiap kali mengingati saat itu.. tak mampu aku nak luahkan keperitan ini, umurku dah mencecah 25 tahun. Erm... Mak ngan ayah kat kampung asik tanya aku bile lagi, bile lagi... Adik aku pun xlama lagi nak kawin.. Selalu aku cakap kat mak, tak de jodoh lagi... Tapi mak kata aku yang menolak jodoh.. Entah.. Malas aku nak fikir sumer tuh buat masa sekarang.. hari ini berlalu macam tuh jerk.. Seharian aku bertapa di rumah... esok hari sabtu keje sekerat hari... Ingat nak balik kampung ler tenang-tenang kan fikiran, lagipun dah lama tak jumpa mak ayah, rindu nye kat kampung..... Hari ni macam biasa, sebelum pukul 8 aku dah ada kat opis, pekerja contoh la katakan. Peristiwa kelmarin sudah aku lupakan, mungkin hanya ilusi atau khayalan aku yang terlalu rindukan Ariff. "Ika" sapa satu suara dari arah belakang.. lantas aku berpaling. "En Alfa, selamat pagi" tegurku malu juga aku kat dia.. Huhuhu.. Nasib baik dia memahami. "Ika sihat ari ni?" Tanya Alfa, caring le plak.. Aku terpaksa panggil dia encik di opis, sebab aku tak mahu ada orang salah anggap tentang kami nanti. "Saya Sihat, terima kasih kerana mengambil berat." Ujarku tersenyum. "Baguslah kalo awak dah sihat, petang nih awak ada program apa-apa tak?" Tanya Alfa. "Saya nak balik kampung petang En Alfa, kenapa?" Ujarku "Saya ingat nak bawak awak pergi jumpa parent saya" selamba je Alfa ungkapkan kata-kata. "Oiks.. buat apa saya nak gi jumpa parent En Alfa plak?" Ujarku hairan, tetiba je nak bawak aku pi jumpa mak bapak dia.. Huhuhu takde pasal. Baik aku gi jumpa mak bapak aku kat kampung tuh dapat gak pahala, nih nak gi jumpa orang yang tak de kene mengena ngan hidup aku.. "Saje la. Kenal-kenal, tapi tak per la, kalau Ika nak balik kampung, lain kali saya bawak Ika gi jumpa parent saya. Kite tukar rancangan le, apa kata kalau Ika je bawak saya gi jumpa parent Ika" usul Alfa.. Oiks… ternganga aku kejap.. Pulak dah… adui la.. Ikut suke dia je nak tukar-tukar rancangan, bile masa lak aku wat rancangan ngan dia ni.. Tak paham tul aku mamat nih tau.. takkan aku nak bawak dia balik kampung skali ngan aku kot.. Makk ayahh tolong.. Alfa Romeo masih menanti jawapanku dengan penuh harapan. Aku buat bodo jek. "Ika...buleh ke tak nih????" soalnya "Hmm... En. Alfa... saye rasa tak sesuai laa encik nak ikut saye balik kampung. Tak payah laa..." balasku. "Tak sesuai??? Jadi saye nie bukan orang yang sesuai untuk awak?" air muka lelaki itu berubah muram. "Bukan itu maksud saya... Tapi saya rasa saya ...ok laa macam nie... Saya tak nak family saye salah paham pulak. Yelah... kalau saye bawak En Alfa ikut saye balik kampung, mesti mereka ingat saye dah bawak balik bakal menantu mereka pulak. En. Alfa faham tak? Slame nie pun diorang asyik psycho saye je bile nak bawak balik boyfriend..." akhirnya aku berterus terang. Nak sorok-sorok pun buat ape...mamat nie bukan spesis yang reti bahasa. "La... ape pulak salah pahamnye?... Kalau memang itu anggapan diorang lg bagus... Ape salahnye saye jadik boyfriend awak Ika?" balas Alfa Romeo. Sakitnya hatiku melihat mamat sorang nie, seolah-olah tak rase bersalah langsung bercakap macam tu. Dia ingat bawak lelaki balik kenalkan kat mak ayah tu perkara memain ke? Itu kire dah tahap serius. Lagipun sape dia untuk aku perkenalkan kat orang tuaku? No way!!!!! "Encik Alfa.. saya tak suka main-main macam nie. Tolong hormat sikit hal-hal berkaitan perasaan nie. Hal-hal macam nie, tak semudah yang awak fikirkan!!!!!" bentakku tegas lantas meningggalkan Alfa. Bosan aku dengan sikap lelaki itu..... Aku pun buat kerja ku tanpa menghirau kan kelibat Alfa Romeo.. sehingga la sampai habis waktu kerja ku.. Tepat pukul 12:30 tengah hari aku pun cepat² balik..takut si Alfa Romeo ikut aku.. aku naik bas balik kampung.. tak larat rase nye nak bawak kereta.. lagipon kereta masih ade di workhsop.. dari office aku terus pergi ke bus stand.. iskk.. ramai tul orang hari nih.. sambil tunggu bas express.. aku pi merayap untuk belikan buah tangan untuk mak ngan ayah ngan adik beradik ku.. "Hah!!" aku terkejut.. "Ariff!!" aku ternampak kelibat Ariff dalam kesibukan orang kat itu.. aku cuba mendapatkan dia.. tapi kesesakan menghalang aku dari mendapatkan Ariff.. lagi sekali aku hampa. hampa untuk memastikan betul ker Ariff tadi.. kalau ikutkan aper yang aku nampak memang Ariff... rupa dia memang sebijik macam Ariff.. aku termenung didalam kesibukan orang kat situ.. Ariff.. kenape ko menghilang bila aku merindui kau. .kenape ko meninggalkan aku bila aku mencintai kau.. kenape dalam mase aku dah boleh terima ketiadaan kau.. tetiba kau muncul balik... Aku terduduk di bangku panjang berhampiran.. Segala anggota sendiku lemah.. Ya Allah, ya Tuhanku.. Tabahkanlah hati hambamu ini.. Aku berdoa kepadanya semoga diberikan kekuatan dalaman supaya hatiku tabah menerima dugaan ini.. Air mata yang ingin mengalir ku tahan. Aku menarik nafas panjang, mencari kekuatan diri. Seketika kemudian aku bangun, mencapai plastik beg buah tangan untuk orang tuaku lalu melangkah menuju ke bas ekspress yang telah tiba. Biarlah... Aku tidak peduli siapa pun lelaki tadi, kehadirannya hanya mengganggu emosi kewanitaanku.. Perjalanan hampir 4 jam dari Kuantan ke Temerloh begitu meletihkan aku. Aku langsung tak dapat melelapkan mata. Biarpun hatiku mahu melupakan terus kejadian-kejadian aneh yang kerap berlaku padaku sejak akhir-akhir ini, namun difikiranku perkara itu masih tetap mengganggu. Sesampai di bas stand Temerloh, ku lihat kedua orang tuaku sedang menanti. Aku segera turun dari bas untuk mendapatkan mereka. "Umi...apa khabar?" soalku sambil mencium tangan umi penuh syahdu. Umi memelukku erat.. Terasa ketenangan yang tiada tandingannya apabila berada di dalam pelukan umi tersayang.... Setiba dirumah umi dah siapkan makanan kesukaanku.. aku , umi , ayah ngan adik² semua makan bersama.. banyak cerita yang aku ceritakan dari pengalaman aku kerja kat Kuantan.. seronok tul mase tu dapat berbual ngan dia orang semua.. hilang seketika peristiwa yang membelenggu diri ku.. Aku siap² untuk tidur..tapi mate ku tak boleh pejam.. aku berangan sambil dengar radio.. tetapi mate ku tak boleh lelap.. "Ika..Ika.." panggil umi. "A'ah..ye umi.. ehh bila umi masuk nihh.. Ika tak perasan pun" tanyaku.. aku betul² tak sedar yang umi masuk ke bilik tu.. "Ika berangan ye Ika.. macam besar je masalah Ika sampai umi masuk pun Ika tak sedar.." umi serkap jarang. "Eh.. takde la umi.." aku malu² "Sudah 25 thn umi jaga Ika.. umi masak sangat ngan perangai Ika.." kate umi.. aku hanye terdiam.. memang betul.. aper je masalah aku mesti umi boleh bace.. "Sebenarnye umi.. Ika....." aku terhenti kat situ.. "Ika... Ika masih lagi teringatkan arwah Ariff???" serkap umi. Sememangnya aku tidak pernah berahsia dengan umi tentang kehadiran arwah Ariff dalam hidupku. Umi memang lebih dari seorang ibu buatku, dialah sahabat dan teman yang paling kupercayai dalam hidup ini. "Ika memang tak pernah lupakan dia umi. Tapi... Umi.. umi percaya tak kalau Ika kata yang Ika ternampak seseorang yang seiras betul dengan arwah Ariff? Bahkan Ika rasa macam dia tu Ariff!!!" luahku. Umi terkejut, berkerut dahinya merenung ku. Spontan Umi beristighfar. "Ika... Ariff dah tak ada Ika. Ini adalah kenyataan yang mesti Ika terima. Ika tak boleh terus hidup dengan bayangan dia. Kalau pun Ika terserempak dengan orang yang macam Ariff, itu bukan dia... Itu orang lain atau mungkin perasaan Ika saje.." Umi memujukku lembut. "Tapi Umi.. bukan sekali Ika nampak, dah dua kali. Tak mungkin itu cuma perasaan Ika..." bantahku. "Ika sayang... Kalau Ika sayangkan umi... Umi mintak sangat kat Ika, terima lah kenyataan... Ariff dah tak ada ok? Ika kena teruskan hidup. Arwah Ariff pun tentu tak suka tengok Ika macam ni tau" kata umi. Aku merenung umi, sebak dadaku mendengar permintaan umi. "Maafkan Ika, umi.... Ika terlalu ikutkan perasaan... Ika janji Ika tak akan buat macam tu lagi.." janjiku. Umi tersenyum. "Lagi satu Ika... Umi harap Ika dapat membuka peluang untuk orang lain menyayangi Ika. Kalau kita tak beri peluang, macam mana kita nak tahu seseorang tu sesuai atau tak dengan kita..." nasihat umi. Aku tersentak. Bayangan Alfa Romeo terlintas di fikiranku. Macam tau je umi ni, ada orang lain tengah usha aku sekarang... "Ika fikirkanlah apa yang umi cakap tu ye. Apapun, hanya Ika yang berhak membuat keputusan. Ye lah...cinta ni kan tak boleh dipaksa. Umi keluar dulu ye? Selamat malam sayang..." kata umi penuh makna. Umi keluar meninggalkanku selepas mengucup dahiku penuh kasih. Aku memejam mata... Mencari ketenangan.. Kata-kata umi sebentar tadi terngiang-giang di telingaku.. Mungkinkah.....? Malam itu aku lena bersama kenangan dan bayangan wajah Ariff yang tidak sudah-sudah mengunjungi mimpiku.. Tanpa kusedari aku tersenyum dalam tidur..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment