Lawak Mat Rempit boleh baca .......tapi control gelak tuu.......
Tiga kejadian lawak semasa aku tengah giler-giler dengan motor. Orang panggil mat rempet le sekarang nih. Kisah Pertama Sewaktu aku berada di Jelutung. Jalan tu kan penuh sesak. Badan aku agak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang seorang kawan pergi ke Komtar naik motor kap cai Honda 70. Dia pun kaki cilok jugak, selit sana selit sini, aku duduk belakang punye le kecut perut. Sampai satu tempat di mencelah antara dua kereta, motor lepas, dia lepas, dua2 lutut aku tak lepas, kedebuk aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang, Semua orang tengok aku, cinabing, macam sami budda duduk sorang sorang tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak bagai nak giler.
Kisah Kedua
Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai kat trafic light dia pun berhenti. Aku pun teringat pulak nak hisap rokok. Aku pun turunkan kedua-dua kaki dan berdiri sikit celok poket nak ambil lighter dalam poket seluar. Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku terus jalan meninggalkan aku berdiri sambil berjingkit nak nak ambil lighter di trafic light. Satu bandar orang yang nampak aku berdiri terkakang sorang sorang dilampu isyarat;macam ape entah;..gelak pulak tu dia orang.
Kisah ketiga
Waktu sekolah tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat2 aku balik ambil motor buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan. Waktu tu kalau boleh bawak motor dah kire grand la tu. Tujuan aku bukan nak beli barang sangat. Waktu tu leh awek2 sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah. Waktu tu ler aku nak menayang betapa machonye aku, jejaka idaman mereka, ader motor le katakan. Tapi pada hari tu kejadiaan yang sangat memalukan telah berlaku. Masa betul2 sampai depan awek2 tu, aku boleh tak perasan ader lubang, motor aku pun terlanggar lubang tu, baik nasib tak jatuh, Aku memang ler tak jatuh, tapi ekzoz motor ayah aku tu terjatuh, maka dengan itu bunyinye mengalahkan helikopter, satu malaysia dengar, aku rase macam nak masuk lubang jamban je waktu tu, nak ditinggalkan ekzoz tu takut ayah aku marah, nak ambil malu tak boleh nak cakap depan awek2 tapi aku rupenya lagi takut kat ayah aku, terpaksa aku cari kertas surat khabar dan ambil ekzoz tu. Pas tu tolak ler motor sampai rumah. Lepas tu tak mau ngurat lagi..
Pengalaman Pertama
Pada suatu hari pernah aku melihat seorang perempuan susah sungguh nak naik tangga bas, pasal skirt dia ketat sangat, aku beratur kat belakang dia. Sekali dia cuba angkat kaki nak pijak tangga pertama bas, bila tak boleh dia akan longgarkan zip skirtnye yang terletak kat belakang. Sekali lagi cuba tak boleh, dia bukak lagi sedikit zip skirt kat belakang, bila aku dah tengok tiga empat kali dia gagal nak pijak tangga pertama bas tu, masih tak boleh kerana skirt dia ketat sangat, aku pun cuba tolong angkat dia terus ketangga pertama. Tapi malang dia pusing kebelakang dan terus lempang aku, dia kata aku gatal kerana pegang pinggangnye. Dia tanya kenapa berani pengang pinggang dia dan angkat dia, sedangkan dia tak kenal aku. Aku pun jawab "Mula2 saya pun rase tak kenal, tapi cik ni dah tiga kali bukak zip seluar saya, dah nak terkeluar awang kat dalam tuh" Cepat2 dia mintak maaf kat aku.
Pengalaman Kedua
Seorang pakcik tengak duduk dalam bas, waktu tu dalam bas dah penuh sesak, ramai yang tak dapat duduk, sampai satu tempat ada sorang amoi naik bas, pakai sikit punya seksi, dan dia pulak diri sebelah pakcik tu, aku tengok pakcik tu tak selesa, tak tau pasal apa, lepas tu aku dengar dia berzikir, kuat gek, sampai aku pun boleh dengar, "Aztagafirullah" banyak kali dan cuba elakkan tengok si amoi yang seksi dan menggiurkan tu, ape taknye, skirt dia aje punye pendek dah nak nampak seluar dalam, pening pakcik tu, Tiba2 bas membelok, dan amoi tu secara tak sengaja terjatuh kat riba pakcik tu....pakcik tu tengah baca "Aztagafirullah" kuat2 dan laju2, tapi bila amoi tu terjatuh, terus cakap "Alhamdullihlah" ....tak gune punya pakcik.....
Pengalaman Ketiga
Aku pernah tengok sorang tua, masa nak turun bas dia berdiri aje kat tangga bas, tak turun2, bila dah lama sangat, driver tu tanya napa pakcik tak turun lagi, kami nak jalan nih. Pakcik tu jawap "masa naik tadi pakcik tinggalkan selipar kat luar, tapi dah tak der sekarang, ramai betul pencuri selipar sekarang nih"
Thursday, October 9, 2008
Pahala Sebanyak Bintang di Langit
Suatu malam Baginda Rasulullah SAW dan istrinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT. Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah SAW, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu. Di dalam hatinya sayidatina Aisyah r.ha. menebak pahala sebanyak ini pasti pahala bapaknya. "Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)", jawab Rasulullah SAW. Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut, lalu ia bertanya, "ya Rasulullah SAW bagai mana dengan bapakku?". Rasulullah SAW tersenyum kepada istrinya sambil Beliau SAW berkata, ketahuilah istriku, satu hari penghijrahan Abubakar (r.a.) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sampai hari kiamat.
pesan buat isteri &bakal isteri
Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”
cerpen-Dia lah di Hati part16
Sesampai di bilik doktor... "Silekan duduk.." pelawa Doktor Howardx dengan macho. "Macam mane doktor dengan Ika..." Makcik Cinda bertanya. "Baiklah... walaupon berat saya nak beritahu...tapi saya terpaksa bagitau jugak. Setelah pemeriksaan kami lakukan ke atas Cik Ika..sebenarnya..." "Sebenar ape!!!" Alfa mencelah dengan nada meninggi.. "Lek..lek..cool beb..." Ajib menenangkan Alfa. "Ika tuh sebenarnye mengalami penyakit jantung." kata Doktor Howardx. "Ya Allah... Ika ade penyakit jantung??? Saya tak penah tahu menahu pon pasal nih" Makcik Cinda bersuara sedih. "Yaa.. selepas pemeriksaan tadi.. Ika dah melebihi tahap kritikal. Dan saya beranggapan sebelum ini Cik Ika pernah beberapa kali pengsan..betul kan??" Doktor Howardx cuba meneka. "A'a.. betul doktor.. sebelum ni Ika selalu pengsan. Dia pengsan bile terserempak ngan orang yang berwajahkan mirip rakan lamenye" balas Alfa. "Bile jumpa saya pon Ika pernah pengsan" tambah si Ajib. "Tidak syak lagi... jantung Ika dah lemah... dia tak boleh terkejut.." jawab Doktor Howardx. "Sebenarnya ini adalah kesilapan anda semua juga.. masa Ika pengsan nape laa korang tak bawak jumpe doktor..? Mungkin jika dari dulu Ika dah di periksa dia.. penyakit dia tak sekritikal ini" tambah Doktor Howardx lagi. "Dulu dia pengsan sebab terkejut doktor... tak sangka lak dia ade penyakit.." jawab Alfa. "Itu laa kamu.. sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. kang ke dah teruk.." Doktor Howardx membalas. "Habis tuh ape solution dia skarang doktor...???" tanye Ajib. "Solutionnye skarang...............jantung Ika harus diganti dengan segera!" Semua yang dalam bilik doktor terus diam... Tetiba jer "Alo? Ada orang tak dalam room nie? Ker aku lag nie?" Doktor Howardx bertanya... "Eh ada ko tak lagging nie kami yang tengah menyelam nie" jawab Alfa... macam chat dalam YM ler pulak dah.. "Doktor kita orang keluar dulu yer.. Nak berbincang pasal Ika" cakap Makcik Cinda. "Sile ler blah dulu saya pun bukan suka sangat ngan sunyi sepi macam nie" kata Doktor Howardx dengan sopan santun nyer. "Ajib ko pegi mana ngan Ika tadik?" soklan Alfa yang directx version 9, dush terpacak kat dahi Ajib. "Aku... Aku... Keluar ngan dia kejap pegi tepi tasik..., sorry geng aku ingat dia kasi tau ko.." Ajib menjawab tergagap..Alfa hanya angguk kan pala... "Nie mana nak carik stock jantung nie? Sapa nak kasi nie? Tak kan nak beli kat kedai?...." soklan bertalu-taku dari Makcik Cinda "korang ingat bleh beli kat kedai ker?... Bleh kasi saya jantung manusia 4 kati, masuk dalam polisterin yer? Bungkus elokyer" berleter Makcik Cinda panjang...sambil sempat meniru gaya apek dalam citer senario. "Makcik... Elok saya jer la yang kasi jantung kat dia..." jawab Ajib.. terus dapat jelingan dari Alfa yang begitu tajam bak pedang istimewa penjejak awan... Ajib balas jelingan ngan satu senyuman yang macam malas nak senyum.. "Hello ayang... Balik datang sini boleh tak? Ika masuk spital ler... ajak laa Aju sekali boleh ker?.. Ika she need a heart transplan... oh Aju yer ker? Boleh ker? Tengkiu Ajuuuu ilebiu" Makcik Cinda terus letak phone dan lari ala-ala citer hindi. "Ajib, Alfa kita dah ada orang nak kasi jantung... Tau sapa? Husband Aju yang baru meninggal.." rasa nya calon yang sesuai jom bincang ngan Doktor Howardx" terang Makcik Cinda.. Patut ler panjang lebar orang tua tuh sembang... masuk terus Makcik Cinda kasitau sama doktor "doktor kami ada penderma dari Sarawak..." blum sempat habis Makcik Cinda cakap. "Saya tau... Husband Ajurina kan? Kawan saya tuh... Aju kasi green light ker?"terang doktor Howardx... "Ye...dia yang setuju," jawab Makcik Cinda tersenyum. "Kalau cenggitu, jantung tu kena cepat-cepat di bawa ke sini... dalam mase 48 jam, kite kena transfer jantung tu, kalau tak, x boleh pakai" "Biar saya kontek kawan saya kat hospital Sarawak untuk uruskan.." sambung Doktor Howardx lagi lalu mencapai gagang telefon. Setelah bercakap dengan kawannya, Doktor Howardx tersenyum. "Kita akan dapat jantung tu dalam mase 8 jam lagi, sementara tu, kite buleh prepare untuk operation jantung Ika." tegas Doktor Howardx sambil berlalu meninggalkan dorang sume. Alfa dan Makcik Cinda duduk terpaku sambil sesekali berborak di penjuru bilik menunggu kot-kot ada apa-apa berita terbaru tentang Ika. Sementara Najib pula membawa diri pergi ke unit rekod pindahan hati di hospital tuh. "Ermmm sementara dah ada kat spital nih.. Bek aku check kejap asal usul aku" Najib tetibe teringat sesuatu. "Assalamualaikum misi.. Nak tanye nih" sesampainye Ajib di bilik rekod pindahan hati. Seorang misi genit menghampiri tertera namanya di dada 'Blackpearl'. 'Hehehe. Kiut plak nama misi nih. Memacam toi nama Zaman sekarang nih' sempat Najib menjeling ke arah nama misi tersebut. "Wa'laikum salam encik. Iya ada apa yang boleh saya bantu ya" misi tuh menjawab. Heheh loghat jawa barat la plak. Mesti misi import nih.. Patot la ayu... Detik ku dalam hati. "Saya pernah buat pembedahan pemindahan hati disini beberapa tahun lalu. Saya cuma diberitahu penderma hati saya adalah seorang perempuan dan saya tidak pernah kisah. Tapi hari nih cam teringin lak tengok biodata penderma tuh. Nak gak membalas jasa kat keluarga penderma tuh" panjang lebar aku menjelaskan dalam masa yang sama mengauta dia sikit. Tapi memang betoi pun... Mak abah aku kata orang pompuan yang dermakan hatinye kat aku yang kebetulan hari aku eksiden dia pun sama xsiden walopun dah lebih 48 jam tapi hatinye masih berfungsi baik. Aku pun malas la nak amik tau sebab keluarga pompuan tuh pun khabarnya x nak diketahui identitinye. Tapi ntah la... Sejak 2 menjak jumpe Ika nih cam terasa lain lak... "Ohh bisa diatur. Boleh encik bagi saya itu kad kenal diri dan encik tunggu sebentar duduk-duduk di sana dulu ya... Nanti bile udah ketemu saya pamit encik" kata misi Blackpearl yang comei molek tuh. Belum jauh aku melangkah... "Encik.. Ini saya udah ketemu. Tapi tadi encik bilang pendermanya perempuan ya... Tak betol sih. Disini pendermanya seorang lelaki. Apa pun saya buat cetakan untuk encik ya tapi kene bayar ongkosnya 2.50 ringgit malaysia" misi tuh memanggil semula sambil menerangkan padaku. Heheh tentula ringgit malaysia dul takkan la rupiah kat Malaysia nih aku tergelak kelucuan dalam hati. Lelaki?.... Ermmm biar betoi nih.. Selang beberapa minit satu sampul telah bertukar tangan. Usai ucapkan tata kat misi ayu tuh aku mengeluarkan lipatan kertas dari sampul tuh. Wehh apsal tetibe menggigil nih. Zzzarrrr.... Cam satu panahan petir ku rasa tatkala melihat sebaris nama di ruang nama penderma. Ya Allahhhh... Betul ke mataku ini... Jenis darah kami pun sama?... Apakah rahsianye nihhhhh?... Aku cube mengelip2kan mataku yang berbulu panjang nih banyak kali. Tapi memang nama itulah yang tertera di atas kertas berbau ubat tuh.... Tidakkkkkk... Sementara itu... "Encik Alfa... Saya ada berita baik yang perlu di khabarkan mengenai Ika. Silakan masuk ke bilik saya sebentar" tetibe kelibat Doktor Howardx keluar dari balik pintu bilik rawatan kecemasan hospital tuh. "Begini.. Menurut pakar kami dari arabiayah Doktor Suave, setelah pemeriksaan lagi terperinci di lakukan rasanya setakat ini belum memerlukan lagi penukaran jantung dilakukan untuk Ika. Pihak kami meminta maaf kerana kesalahan penerimaan sistem data x ray badan yang dilakukan ke atas Ika tadi. Ada kesilapan teknikal di bilik pemprosesan data tadi. Namun pihak kami masih ingin menegaskan bahawa jantung Ika kini berada di dalam keadaan lemah. Jika keadaan ini berlarutan boleh membawa kepada keadaan penyakit lemah jantung yang sebenarnya. Jika boleh tolong jaga emosi Ika buat sementara waktu ini sehingga jantungnya benar-benar kuat dalam jangka masa sebulan ini. Kerana gangguan emosi terlampau boleh menyebabkan kadaan ini berulang" ulas Doktor Howardx panjang. "Alhamdulillahhhh" hanya itu yang mampu diucapkan oleh Alfa dan Makcik Cinda. "Oh ya... Pihak Hospital Sarawak juga telah membatalkan penghantaran jantung tuh. Elok gak kerana tetiba ada sorang pesakit jantung yang kritikal dan memerlukan jantung derma segera. Saya rase itu saje lah" akhiri doktor tuh. "Mekasih bebanyak doktor. Biar kami beredar dulu menjenguk Ika" ujar Makcik Cinda. "Eh jangan... Saya x benarkan sesapa melawatnya dalam tempoh 12 jam ini. Maaf. Dia perlukan rehat yang sempurna bagi tempoh ini" Doktor Howardx bertegas. Alfa dan Makcik Cinda hanya mampu berbalas pandang kemudian mengangguk dan keluar dari bilik doktor. "Ko kemana Ajib?.. Ada berita baik nih. Ika tak jadik di bedah. Dia okay dah tapi kite x boleh tengok dia dalam masa 12 jam nih. Nape muke ko berpeluh2 nih Ajib?" Tegur Alfa selepas keluar dari bilik doktor tuh terpandang Ajib yang sedang duduk termenung. "Errr... Betoi ke?... Alhmdulillah. Errr.. Aku x apa-apa. Errr.. Errr.. Makcik Cinda, Ajib nak tanye nih. Makcik kata muke saya sama macam Ariff anak Makcik kan. Boleh saya tau errrr...errr...sape nama penuh Ariff ek Makcik?" Tetibe Najib menukar topik dan memandang ke arah Makcik Cinda plak. "Awatnya nak tau. Dulu dia pun meninggal kat sini selepas 2 hari eksiden. Waktuh tuh Doktor kata walopun dia eksiden tapi dia belum mati lagik. Tapi sampai jek kat sini x sempat nak selamatkan plak" terang Makcik Cinda sayu teringatkan anak bujangnya yang gojes sorang tuh. "Nape ko tetibe tanye nama dia?..." Makcik Cinda menyambung. "Errr.errr.. Takda apa. Saje nak bekenalan" jawab Najib pendek. Mati akal dia di tanye soklan cenggitu. "Hehehe ada gak orang pelik cam ko. Anak aku dah takde pun masih nak kenalan. Ko kene matilah dulu baru leh kenalan" Makcik Cinda wat lawak separuh bodo. "Maaflah yekk Makcik wat lawak jek tadi. Ajib jangan amik ati yerk... Nama dia Ariffudin bin Malique Arshad" Terang Makcik Cinda lagi. Alfa lak hanya jadi pendengar dan pemerhati. "Malique Arshad tuh nama Pakcik Resat ke Makcik?" tanye Alfa tetibe. "Haah... Iyelah. Ko ngatkan nama sape?" Makcik Cinda menjawab. "Ooo.... Sedap nama dia... Heheheh" Alfa menjawab sambil tergelak kecil. "Ha yang ko nih Ajib apsal tetibe cam mengkarong tertelan ibu roti nih dengo nama Ariff?... Apsal?" Makcik Cinda kehairanan melihat Najib yag terlopong besar mulutnya cam terowong selama 10 saat. "Errr.. Xde apa. Heheh.. Tanye jek. Errr.. Saya mintak diri dulu la Makcik. Nak balik opis jap. Saya nih kuli mana boleh berlama2. Alfa takpe lah. Dia lain. Okey Alfa. Since Ika okay dah ko pun ada baik aku balik dulu. Petang-petang kang aku datang lagipun kene bagitau En Raja lak perkembangan Ika" tetibe Najib meminta diri sambil memandang Alfa dan Makcik Cinda. "Haa.. Okayla. Kang Makcik Cinda aku hantar" jawab Alfa. Najib pun berlalu balik dengan satu persoalan yang dia kire telah terjawab tentang debaran hatinya... Ariffudin bin Malique Arshad...... Ariffudin bin Malique Arshad...... Ariffudin bin Malique Arshad...... Nama itu berulang-ulang di benakku sewaktu menaiki bas untuk pulang ke pejabat. Memang sah... itulah nama yang tertera di muka depan pengesahan maklumat penderma hati yang kuterima dari misi jawa itu tadi. Tapi adakah Makcik Cinda tahu yang Mohd Najib bin Malikul Kudus yang dianggap macam anaknya sendiri (seperti yang pernah dikatakan oleh Makcik Cinda) ini sedang menggunakan hati anaknya yang telah pergi itu? Apa pula respon ika kalau dia tahu hal ini? Ahhh...buntu sungguh....tambah membuntukan bila hidungku asyik terhidu bau ketiak orang di sebelah ni. Yelah....bas penuh, terpaksa berdiri. Yang bai ni pulak tak cover langsung....sedap hati dia je membebaskan aroma ketiak sambil berpegang kukuh pada pemegang di bumbung bas. Tiba-tiba aku terasa sayu sesayunya... rupa-rupanya kehidupan ini penuh misteri. Tiga tahun lalu, sewaktu aku hampir mati tertimpa tong gas yang cuba kuangkat dari lori pembawa gas sewaktu aku bekerja sementara sebagai pembantu kedai runcit di kampung, dadaku remuk dan hatiku gagal berfungsi....tong gas yang berat itu tertimpa betul2 tepat di atas dadaku. Pada masa yang sama seorang pemuda kemalangan motosikal, cedera parah dan gagal di selamatkan... Aku yang koma ketika itu cuba diselamatkan oleh para doktor dengan memindahkan hatiku yang hancur bak kaca terhempas ke batu dengan hati milik pemuda yang baru meninggal itu. Dan pemuda itu ialah Ariffudin bin Malique Arshad...anak Makcik Cinda dan Pakcik Resat. Sungguh tak kusangka. Terjawablah misteri yang kucari selama ini. Aku terasa kakiku semakin menggeletar. Sewaktu bas berhenti di depan bangunan ofisku, aku tidak berdaya untuk turun sehingga membuatkan pemandu bas itu bengkek. "Woi.....sape tekan loceng tadik? Tanak turun ke ?!!!!" Semua penumpang menolah ke arahku. Aku menyorokkan muka di sebalik ketiak bai yang masih beraroma panas itu. kemudian bas bergerak semula. Takpelah, aku terus balik rumah je lah... Tido kejap kot-kot hilang gemuruh aku ni. 'Ermmm..lagi pun dah habis opis hour..wat pe aku nak masuk balik opis...arr..balik rumah lagi bagus..' Ajib berkata sendirian. Ermmm.. Ariffuddin Malique Arshad.. gerek tul name ayah dia nih.. patut la hati ku rase cam berdebar je bila berhadapan dengan Ika..rupa nye hati nih milik Ariff yang pernah disayangi oleh Ika..bertuah nye badan aku dapat hati yang pernah dicintai oleh Ika.. tapi sayang Ika sekarang milik Alfa.. tapi aku musykil mase kemalangan yang diberitau oleh Makcik Cinda same ngan mase aku dihempap tong gas..dan mase tuh dengan tetiba aku rase seluruh badan ku terasa sakit..dan mase tuh jugak la aku tak larat nak angkat tong gas dan terus menimpa aku.. aper kaitan nye ngan aku.. takkan aku adik beradik kembar ngan Ariff.. secara kebetulan aku nih anak angkat.. name Malikul Kudus name ayah angkat aku.. saje dia letak name dia pasal dia sendiri tak tau name sebenar ayah kandungku... arghhh aku mula bingung.. tak pe.. nanti hari minggu aku balik kampung.. dan tanye cerita yang sebenar nya.. sape keluarga kandung ku. 12 jam berlalu... di unit pesakit jantung Hospital Queen Nanasudona, Kuantan (hospital elit untuk orang2 kaya). Ika masih belum sedarkan diri tetapi keadaannya stabil. Makcik Cinda dan Alfa Romeo dibenarkan masuk ke bilik Ika dengan syarat tidak membuat bising, kalau melanggar syarat dan membuatkan pesakit terganggu mereka akan dikenakan denda memotong rumput dan pokok-pokok hiasan sekitar kawasan hospital selama dua minggu. "Nasib baiklah Ika takde apa-apa ye Alfa, risau tol Makcik tadi. Yelah Ika ni Makcik anggap dah macam anak Makcik sendiri...."kata Makcik Cinda dengan suara yang perlahan hanya didengari oleh Alfa. Alfa sambil merenung muka Ika yang bagaikan sedang tidur itu mengangguk-angguk. "Ajib, Ika sumer Makcik anggap macam anak Makcik sendiri...saya ni Makcik anggap macam anak sape lak?" balas Alfa. "Tentulah Makcik anggap kau macam anak abah kau... hehehehe... opss..." Makcik Cinda berenti bila Alfa menjeling sambil memberi isyarat diam. Kot tak naya je kene potong rumput secara paksa kat hospital ni. Enam belas minit kemudian mereka keluar dari bilik Ika. "Alfa..." panggil Makcik Cinda ketika mereka berjalan menuju ke kafe. Kejap lagi Ajib akan membawa mak dan ayah Ika melawat Ika. Mereka janji tunggu di kafe. "Nape Makcik?" "Hem....Makcik ni ada kemusykilanlah...." kata Makcik Cinda sambil meraba-raba dagunya bagai orang sedang memikirkan sesuatu. "kau ngan Ika ni ada apa2 hubungan istimewa ke?Makcik tengok kemain lagi kau jaga Ika?Semalam waktu Ajib beritahu Ika pengsan....Makcik nampak kau macam marah jek kat Ajib sebab bawak Ika keluar..." Alfa tersengih lagak orang bujang nak dapat bini. "Hehehe....sorrylah Makcik....saya pun terlupa nak bagitau. Banyak sangat benda yang berlaku tiba-tiba jadi saya pun lupa nak bagitau Makcik yang saya ni.......dah bertunang ngan Ika..." "Hoh? Bertunang?!" Saat itu Alfa tak sanggup nak tengok muka Makcik Cinda yang terkejut. Buruk.....macam....eh tak baik la cakap macam apa nanti kecik lak ati orang tua nie. "Ye Makcik, saya dah bertunang ngan Ika, baru je.....minta maaf la....mungkin Ika tak sempat nak beritau Makcik sebab lepas aje kitorang bertunang dia kene handle satu projek besar ngan Ajib." Makcik Cinda kelihatan mengelap sesuatu di hidungnya sambil sob...sob.... "Eh Makcik....alamak.....Makcik kecik ati ke? Sorry la Makcik.......kitorang tak....tak bermaksud nak lupakan Makcik.....alehai Makcik...jangan la nangis....." Alfa tak tentu arah. Gelabah sungguh dia sebab Makcik Cinda dah kecik ati. "Huahhhh....hahhhh...hahhhhh" tetiba Makcik Cinda gelak kuat-kuat. Alfa toleh kiri kanan kot-kot ada guard kat situ....kang kene tangkap sebab buat bising. Naseb baik takde. "Apesal ni Makcik, kejap nangis kejap gelak ni....ke Makcik pon sakit....kalau sakit moh kita gi daftar kat unit psikiatrik, dekat jer ni." "Whoi!!!!Ada ke nak daftarkan Makcik kat unit psikiatrik...Makcik tak sakit la. Tadi tu bukan Makcik nangis, tapi Makcik lap hingus....tetiba je kene selesema ha...." kata Makcik Cinda dengan yakinnya. Hoh! Alfa lega. Nasib baik. "Eh.. Alfa.. Makcik nak tanye la.. psikiatrik tuh binatang ape..?" tanye Makcik Cinda.. "Laaa..itu pun tak tau ker..psikiatrik tuuhh..psikiatrik tuh..err..tah saye pun tak tau... kehahaakaa..?" balas semula Alfa. "Minta maaf ye Pakcik.. kat sini hospital.. boleh tak jangan bising sangat.." ader sorang budak lebih kurang 4 tahun menasihat kan Alfa yang sedang gelak sakan tadi.. "Iskk..anak sape nih..pandai nye.." Makcik Cinda bersuara.. "Alfa.. kak Ika maner.." ader suara seorang pompuan yang cemas dari blakang Alfa. Serentak Makcik Cinda dan Alfa menoleh,kelihatan Nafisa yang tercungap-cungap di hadapan mereka. "Kak Ika macam mana,okey ker? Dia dah mati ker? Oppss... sorry, dia berjaya diselamatkan ker? Dia kat mana sekarang?" Fisa menyoal bertalu-talu. Alfa dan Makcik Cinda hanya memandang terkebil-kebil budak tu. Isshh... minah nie, sama gelojoh ngan si Ika tu, nie mesti kawan sekampung, takpun adik beradik saudara sepupu sepapat nie.. Sempat lagi Cinda mengutuk dalam hati. Di tenungnya wajah Nafisa yang sedang ditenangkan oleh Alfa. "Sabar,Ika okey. Dia berjaya di selamatkan. Sekarang dia sedang berehat." Alfa menarik tangan Nafisa untuk duduk bersama-samanya. Makcik Cinda memberi isyarat hendak ke toilet dan Alfa menggangguk. Nervous sangat ler tu sampaikan terlupa nak buang najis kecil tadi..hehe...Alfa berkata nakal dalam atinya. Nafisa hanya mendiamkan dirinya sambil memandang pemergian Makcik Cinda. "Macam na leh tau niee??" Alfa menyoal Nafisa setelah agak lama masing-masing mendiamkan diri. "Najib call Fisa tadi. Bagitau. Apa lagi gempak satu opis tu ler... dari tingkat satu sampai tingkat atas semua nyer bercakap pasal nie.. Fisa pun apa lagi.. terus datang sini la. Punye la risau kat die nih, sampai patah tumit kasut Fisa mase turun tangge. Kasut laks Jimmy Choonye. Bukan murah. Naseb baik tak tersembam, cume terpeleot jek. Kalau tersembam, gamaknye kemek le idong Fisa yang mancung nih. Pak Gad lak tengok semacam jerk... kene la Fisa wat-wat jatuhkan pen kat tangan Fisa... kununnye leh kaver ngan amik balik pen tuh. Padahal Fisa mase tuh rase cam nak suruk jek muke Fisa lam beg" "Pandai toi ko blakon ye Fisa" sampuk Alfa. "Beselah akuu...aktress gojes semalaya..." balas Fisa."Dah tu sampai kat luar opis kene lak patahkan sebelah lagi tumit. Takkan nak jalan cam ruse patah kaki. Mase patahkan tuh rase cam blakon iklan mentos jek. Seb baik takdek mentos mase tuh..kalau x leh pose skali....kikikikiki"...Aderkh.. gelak lak minah nih.. tadi emo sangat.. bisik Alfa lam atie.S ah otak tak center arie nih nie... Alfa senyum ala-ala gaban sorang diri. "Eh nape ko senyum Alfa... ade cabai ke kat gigi aku... tanye Fisa sambil menayangkan giginye yang putih" "Ade lak... takde ahh... saje jek.. nak menghiburkan atie aku yang lare nih... aku takut kehilangan Fisa..." kata Alfa sambil lam ati memuji keputihan gigi Fisa.. 'Mesti die nih gune kelget nih..putih semacam jekk' bisik Alfa lam ati. "Insyaallah Alfa..takde apa-apanye... ko jangan le riso.. kang kene sakit darah tinggi susah lak" balas Fisa. Tetibe...Makcik Cinda menyapa mereka."Cak!"
cerpen-Dia lah di Hati part15
"Ika buat apa kat sini, kerja kat sini ker?" Makcik Cinda bertanya sesudah meleraikan pelukan. Ika hanya menggangguk sambil memandang muka wanita di hadapanya itu. Serta merta wajah Pakcik Resat, Tokei, Minah Mafia dan juga... Ariff @ Mcezix terbayang di mindanya. "Makcik buat per lak kat sini? Datang temuduga ker?" Ika pula bertanya sambil mengesat matanya. "Isshh...tak derla. Makcik datang nie sebab start esok Makcik uruskan kafe tempat nie. Owner lama tu tak nak dah. Tu yang Makcik dapat tu. Makcik minta nak jadi tukang kebun sebenarnya,t api diorang bagi kejer cafe lak, terima jerla." panjang lebar Makcik Cinda menerangkan. Ika tersenyum lebar. "Tukang kebun buat aper Makcik, bukan ada class pun. Nanti muka Makcik burn lak kena panas." dia menambah. "Eh... mana Pakcik Resat, tak der pun. Tak datang ker? Rindu ler kat dia ngan vespa dier...haha" Ika memusingkan kepalanya mencari bayangan Pakcik Resat tapi tidak ada. Serta merta wajah Makcik Cinda redup. Ika memandang kehairanan. "Sebenarnya Pakcik Resat kau tu baru saja...." "Haa... bila dia meninggal Makcik, sakit apa Makcik? Ya..allah kenapa Ika tak tau Makcik, sabar Makcik, sabar...!!" Ika terus memeluk Makcik Cinda rapat-rapat. Terasa sedih menusuk ke pelusuk hati nya .Pakcik Resat... kau dah pergi menghadap illahi seperti anakmu itu...ish...ish... "Issh.. sabar Ika, ko nie, dari dulu lagi tak berubah-ubah," Makcik Cinda meleraikan pelukan Ika. Ika kehairanan. Wajah Makcik Cinda kelihatan merah. "Bila masa aku kata dia mati? Aku tak habis cakap lagi, ko dah potong. Dia baru jer gi dengan Tokei ke sarawak melawat si aju ngan suami dia tu haa. Kelmarin diorang pergi,ko nie gelojoh tul ler Ika." Ika tersengih malu..merah padam mukanya. Hehe... mana aku tau... idup lagi rupanya Pakcik Resat yer...hehe.. "Abis mana Minah Mafia." Ika bertanya. Tak mau lagi dirinya terus dikutuk oleh Makcik Cinda. "Minah Mafia sekarang ngan suami dia kat london, suami dia keje kat sana, so Minah ikut skali la.. Happy couple diorang tuh. Slalu gak berutus emel ngan Makcik, maklum la dunia it sekarang nih, xterbatas" ujar Makcik Cinda tentang anak sedaranye tuh.. "Ooo so bila agaknye dia nak balik ek" tanya Ika, bahagia betul member aku tuh..aku gembira untuk dia. "Tuh Makcik xtau la tapi slalu gak diorang ajak Makcik gi sana, dengar kata hujung bulan nih Minah ngan hubby dia nak melancong kat Paris and then singgah katJ jap tengok bunga sakura..Minah dok ajak, katanya perbelanjaan hubby dia tanggung tapi xleh la, Pakcik Resat ko tuh bukan bleh.. Mata keranjang gak tuh.. Tua-tua pun xsedar diri. Cume sekarang nih Makcik rasa bahagia la skit, Pakcik Resat ko tuh makin romantik.. secreto de amor tul" cerita Makcik Cinda tentang bahagianya dia dengan Pakcik Resat yang muka ala-ala macam vespa tuh. "Tokei lak ngan sapa sekarang nih Makcik?" tanyaku. "Hek leh ko nih Ika..buat² lupa plak..yang mase hari perkahwinan Tokei tuh ko menyebuk kat sane tuh aper.. masih tak kenal lagi ngan isteri tokei.." jawab makcik Cinda.. "Ye ker..hehe.."aku malu. "Tapi Tokei dah tak bersama lagi dengan isteri nye tuh..mereka dah berpisah setahun yang lepas..begitula crite nye pasal Tokei, Ika.." terang Makcik Cinda. Hah!!..aku terperanjat. "Habis yang Pakcik Resat ngan Tokei melawat aAju tuh nak wat aper..?" tanye ku kembali. "Dia orang melawat suami Aju kemalangan.. kate si Aju suami nye koma.. dan macam takde harapan untuk terus hidup.. kalu hidup pun 99% akan lumpuh seluruh badan.." jawab Makcik Cinda sayu. "Ya Allah!!" lagi sekali berita mengemparkan yang aku dengar dari mulut Makcik Cinda.. Truttt trutt trutt.. Enpon Makcik Cinda bunyik, Makcik Cinda sekarang nih pakai hanpon dah, kaler ijo lak tuh.. Minat sungguh kaler ijo... Canggih polyphonic lagik.. Tapi hancur guna ringtone vespa ijo lakiku.. dari band mana ntah.. eii xbest langsung ringtone… xper la asalkan dia suke.. Makcik Cinda tengok nombor yang tertera di enpon nye.. Tertera nama 'hubby terchenta' "Ello yang" jawab Makcik Cinda tanpa segan silu. "Ello sayang, abang ada bawak berita buruk nih" kedengaran suara Pakcik Resat dihujung talian. "Berita apa abang?" Tanya Makcik Cinda. "Suami aju... Dia meninggal pagi tadi…" ujar Pakcik Resat menahan sebak. "Innalilah…. Aju macam mana?" Makcik Cinda hanya terkilan sebab xdapat ikut sama pergi melihat Aju. "Dia nampak sedey tapi katanya dia redha, Tokei tengah pujuk dia tuh" ujar Pakcik Resat. "Abang.. bawak Aju datang sini balik bang… jangan tinggalkan dia seorang.. dia perlukan orang untuk bagi sokongan kat dia tuh…" bercucuran air mata makcik Cinda. "Isk..isk..kenape nih Makcik Cinda..kenapa..?Aper yang telah berlaku..? What epen? Mengapa sebegini rupa Makcik Cinda terkejut..? Jawabla.. jawabla..?" aku plak yang emosional nak tahu aper telah belaku. "Suami Aju dah meninggal pagi tadi.." sayu je nada suara Makcik Cinda. "Innalillah...." itu je yang terkeluar dari mulut ku...terasa simpati ngan nasib Ajurina jiran sebelah rumah ku dulu... Tiba²..terdengar suara yang lantang memangil ku.. "Ika..oh Ika.."jerit Najib.. "Ye" balas Ika. "Ajib ader benda nak bincang ngan Ika pasal projek yang akan kite handle nih.." terang si Najib. Selepas Najib habis cakap secara tak langsung Makcik Cinda terus menoleh kearah Najib pekerja baru tuh. "Hantuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!" terus Makcik Cinda pengsan. Najib hanye tercengang melihat Makcik Cinda jatuh pengsan.. satu office kecoh apabila Makcik Cinda nih pengsan setelah melihat Najib. Aku segera memapah Makcik Cinda, Nasib baik kecik and slim je Makcik Cinda ni, kalau tak penyek aku. Ajib pun tolong sekali. Masih terpinga-pinga.. Sejak akhir-akhir nih ramai sangat yang pengsan. Apa plak le kali nih agaknya.. Setengah jam kemudian Makcik Cinda sedar, Ajib masih lagi di sisi Makcik Cinda. Telihat je muka Ajib, Makcik Cinda terus memeluk Ajib. habis baju Ajib kene hingus Makcik Cinda. Aku hanya mampu terdiam dengan tindakan Makcik Cinda, aku hanya membiarkan.. Mungkin Makcik Cinda terlalu rindukan anaknya.. "Ariff sayang..mana kau pergi, mak rindu sangat kat ko" rintih Makcik Cinda.. sayu kudengar suaranya.. sebak menahan rasa. Ajib hanya terkesima, membiarkan dirinya dipeluk oleh Makcik Cinda, bile terdengar nama Ariff disebut oleh Makcik Cinda, dia baru teringat akan citer Nafisa, paham akan situasi Makcik Cinda. Kalau Ika yang peluk lagik best.. Kah kah kah apa aku nih poyo jerk, orang tua tuh tengah seedy.. "Makcik…dia bukan Ariff Makcik" akhirnya Ika bersuara meleraikan keadaan. Ajib hanya menganguk kecil. Makcik Cinda segera leraikan pelukannya.. "Kau bukan Ariff. Anak aku…anak aku Ariff dah meninggal..." Ujar Makcik Cinda bagai baru tersedar dari tidur yang panjang.. tangisan Makcik Cinda mula kedengaran lagik.. Bagaikan kanak-kanak kecil. Aku hanya mampu mententeramkan hati Makcik Cinda, padahal hati aku sendiri sebak bila teringatkan Ariff.. Alfa yang baru sampai mula-mula xberapa paham dengan situasi tapi bila terpandang akan Makcik Cinda, dia mula paham..segera dia mendekati Makcik Cinda dan Ika.. "Makcik Cinda..." tegur Alfa lalu bersalaman dengan Makcik Cinda. "Alfa...ape kabo nak?" soal Makcik Cinda. "Sihat... " jawab Alfa sepatah. "Makcik ingatkan tu arwah Ariff. Rupenye bukan...isk seiras btol ngan Ariff" luah Makcik Cinda setelah dapat mengawal diri. "Hmm...Makcik nak balik dah ni" ujarnya lagi. "Biar saya hantar Makcik ek?" kata Alfa. Makcik Cinda ngangguk. Sejurus kmudian, si Alfa pun nganto Makcik Cinda balik... Sementara itu di opis........ "Ika.. Sape tuh.."Ajib nak jawapan kepastian sape Makcik tadi. "Tu la mak Ariff yang muka dia same cam ko" jawab ku.. isk.. macam mana aku boleh ramah plak ngan Ajib nih. "Ooo.. baru aku tau... aku nak sangat tengok gambar Ariff nih. .betul ker muka dia sebijik macam aku.." kate Ajib kembali. Malas aku nak layan dia..karang aku plak jatuh pengsan..aku terus pergi ke meja ku. "Eh Ika.. nak kemane tu.. aku ader benda nak bincang ngan ko la.." terang si Ajib. "Nih hal peribadi ker hal kerja yang ko nak bincang ngan aku..?" balas ku..rase nye aku dah mula boleh terima akan kewujudan si Ajib nih.. walaupun hatiku bergelora teringat kan Ariff bila nampak muka si Ajib nih. "Hal peribadi nih..." kate Ajib selamber. "Hah!! Ko biar betul.. sekarang nih mase kerja.. ko nak crite hal peribadi.. tak moh la aku.." balas ku mengelakkan diri ku dari Ajib. "Hohoho..aku gurau je la Ika..hal peribadi aku akan crite kan kat ko mase balik nanti..pastu aku akan hantar ko balik.." terang si Ajib. "Ok..baik la.." aku setuju ngan rancangan dia. "Yes.. nanti balik aku ambik ko.." Ajib seronok pelawaan dia di setujui oleh Ika. 'Adehh.. macam mana aku bleh setuju ni..' rungut ku dalam hati.. aku mula menyesal atas persetujuan aku nak keluar ngan Ajib.. macam mana nak buat.. kalau cancel nanti dia cam tak percaya plak kat aku lagi.. buat janji pastuh cancel.. kenapa aku bleh terpukau nih.. aduhh.. menyesal nye... Alfa... tolong aku.. aku dalam delima nih... Di dalam kereta Alfa. "Makcik, saya tanya sikit boleh??" sambil memandu Alfa berpaling dan tersengih manja ke arah Makcik Cinda. "Tanyalah banyak mana pun Alfa... asal ko jangan suruh Makcik bayar dah ler..." jawab Makcik Cinda dengan jujur. "Hehehe... tima kasih. Sebenarnya saya nak tanya nie....anu....er......" "Apa yang ko nak tanya ni nak oi? Anu...anu....napa?" Alfa telan air liur sendiri.nak tanya ke tak eh?Segan lak aku.. Truuutttt..... Truttt... Henpon Alfa berbunyik... "Sapa pulak nih.. tak penah tau pon no phone nih..ekskius me yer Makcik"Alfa meminta kebenaran dengan sopan. "Hello..assalamualaikum.." Alfa jawab panggilan tuh. "Hello..Waalaikumsalam... hai awak.. kenal tak saye nih" kedengaran lunak suara seorang perempuan. "Huu?? Sape nih..tak cam plak suara cik adik" jawab Alfa. "Ala..baru 5 tahun tak jumpa dah lupe ker...dah ade orang baru??" jawab perempuan tuh lagik. "5 tahun..?? Orang baru?? Ermm..." Alfa kehairanan. "Nih Tina laaa... dah lupe kat awek lame ker??" pompuan tuh bersuara lagi. "Tina???" teng teng tenggg.... Serta merta kenangan pahit Alfa bersama bekas kekasihnya kembali menghiasi kotak fikiran.. Alfa teringat peristiwa di mana si Tina sempat mengejar seorang lelaki yang kacak gile dan berkenalan dengan lelaki itu walopon Tina sedang menikmati minuman dengan Alfa disalah sebuah kedai mamak sewaktu mereka belajar di United Kingdom dulu.. terguris perasaan Alfa mengenangkan tingkah laku Tina yang tak menghormati dirinya sebagai seorang pakwe.. bukan itu saje malahan Tina seorang yang kebaratan.. langsung tiada ciri kemelayuan menyebabkan Alfa mengambil keputusan untuk berpisah dengan aweknye itu.. "Ooo Tina.. bile balik Malaysia?" tanye Alfa. "I baru jer sampai nih... sampai jer kat rumah terus I telefon u, mane I dapat no phone u jangan tanye ok??" balas Tina. "Ooo...skarang nih I tengah driving.. so I rase kite cakap next time laa yerkk" Alfa bersuara dengan serius. "Ok..I paham.. mesti u dengan awek u kan... kim salam laa kat orang sebelah yerkkk" balas Tina dengan sinis. "Ok jap I sampaikan salam u.. Makcik...kawan saye kim salam kat Makcik.." Alfa meyampaikan salam kepada Makcik Cinda. Makcik Cinda pon jadik blur.. dengan slamber ya ya menjawab salam tersebut walaupon tak tau sape yang kasik salam. "Waalaikumsalam.. kim salam balik kat tuan empunya badan yang kim salam tadik yer Alfa" balas Makcik Cinda. "Ok mak cik...haa Tina..nih orang sebelah kim salam kat u" kata Alfa "Waalaikumsalam... humm.. ok laa Alfa.. u pon tanak cakap ngan I kan..malam nih I call u ok?? Tata..miss u" Tina meletakkan gagang telefonnye itu. Alfa kembali terbayang2 kenangan2 bersama Tina.. "Kenapa laa ko muncul kembali wahai Tina..." dengus Alfa sendirian. Tiba-tiba..kedengaran deringan polifonik yang berlagukan "dekat padamu" nyanyian yusry" "Bunyi ape lak nih.." kata Alfa Romeo sambil mencari punca bunyi tersebut. "Ooo nih enset Makcik bunyi...ekskius me yer Alfa" jawab Makcik Cinda dengan riak wajah yang riak skit dari Alfa kerana henponnya lagi hebat dari Alfa. Tertera nama Ika pada screen hensetnye itu "Helluuu Ika... wats up my dear.." Makcik Cinda menjawab panggilan. "Hello Makcik.. nih bukan Ika.. nih Ajib.." Ajib bersuara cemas. "Haa nape Ajib... nape pakai enset Ika nih.. abih kredit Ika kang.." jawab Makcik Cinda. "Tak Makcik.. urgent nih... terpaksa guna enset Ika sebab ade no phone Makcik.. nih nak bagitau.. Ika pengsan skali lagik.." Ajib bersuara dengan laju. "Hahhh?? Astaghfirullah hal azim.. Ika nampak muka seiras si Ariff lagi ke??? Sape pulak muke spesen ngan ko nih Ajib??" Makcik Cinda semakin cuak. Alfa menjeling Makcik Cinda. "Ehh tak Makcik...si Ika tiba-tiba jer jatuh pengsan masa kitorng jalan-jalan kat tasik tadik" balas Ajib. "Ooo kantoiiii....gi dating kat tasikk yerkk..." Makcik Cinda ngubah tonasi suaranya. "Makcik..serius laa skit...saya pon taktau cammane si Ika tuh pengsan.. tiba-tiba jer.. rasenye takde ape yang mencurigakan pon kat sane. So skarang saya dah bawak Ika kat hospital. Sekarang doktor tengah wat pemeriksaan, Makcik datanglah cepat yerk..kat hospital nih" ujar Ajib berdialog panjang. "Wokeyy.. Ajib tunggu sane.. Makcik suruh si Alfa nih gi sane skarang jugak.." Makcik Cinda membalas dengan serius. "Ok Makcik.. chow cin cau.. assalamualaikum" Ajib mengucapkan kate terakhir. "Waalaikumsalam" jawab mak cik Cinda. "Kenape Makcik.." tanye Alfa dengan cemas. "Jom Alfa kite ke hospital..si Ika pengsan lagik..dia ade kat hospital.." Makcik Cinda bersuara cuak. "Huh??? Wokei Makcik.. kite pergi skarang juga" tanpa bertanye panjang Alfa terus memecut ker hospital. Sesampainya di hospital tersebut. Ajib terus mendapatkan Alfa dan Makcik Cinda. "Macam mane si Ika" tanye mak cik Cinda. "Ika kena tahan kat wad. Doktor nak jumpe waris Ika.. saya dah call mak Ika mungkin esok baru sampai sebab kete mak Ika tayar pancit. So rasenye mak cik jer laa jumpe doktor tuh" balas Ajib. "Macam serius jer bunyik... ini yang Makcik risau nih.. moh laa kite sama-sama jumpe doktor" Makcik Cinda bersuara. "Jom!!" Alfa dan Ajib serentak bersuara.
cerpen-Dia lah di Hati part14
Aku dengan Alfa lunch di tempat biasa.. Nasib baik kami keluar awal hari ini.. Boleh dapat tempat duduk yang best sikit.. Aku suke ke restoran ni.. Walaupun ramai orang tapi servis die boleh tahan.. Si Alfa ni cume cerewet sket.. Maklum le taste die nak makan kat hotel je.. Hari-hari lunch kat hotel tokei kilang perabot pun boleh bankrap.. Tak sampai seminit duduk di meja.. Seorang pelayan datang mengambil order kami.. Pesananku seperti biasa jugak.. Makan ape pun belasah je.. Perut dah berkeroncong.. Tambah-tambah lagi abis tenaga pengsan gara-gara tengok muka Ajib.. Si Alfa pun order menu biasa die.. Tak cerewet plak mamat tu hari ni.. Lagu Gareth Gates - Say It Isn't So berkumandang di dalam restoran berhawa dingin tu.. Hehe lagu feveret aku ni.. Layan jiwang kejap.. "Ika.." kacau daun tul mamat ni.. Baru nak jiwang sket.. "Erm.. I nak mintak maaf" katanya sambil menundukkan kepala. Aku mengerutkan muka tanda tak faham dengan apa yang baru aku dengar sebentar tadi. "Kenape you nak mintak maaf? U ade buat salah kat I ke?" "Ermm.. I yang cadangkan kat En. Raja supaya Ajib jadi pembantu u.. I tak sangke plak boleh jadi macam ni... Sampai 2 kali u pengsan.. I dah naik risau u tau tak?" Alfa memegang tanganku dengan muka bersalahnya. Aku terdiam.. Tak tau nak cakap ape. "It's ok.. I janji tak pengsan lagi" kataku sambil tersengih. "I rasa bersalah.. I tau Ika tak boleh nak lupekan Ariff.. Dan Ajib telah mengembalikan kenangan lama Ika.. I tak bermaksud nak buat Ika terseksa" luahnya lagi. "Ika rase lame-lame nanti Ika akan biasalah tu.. Cuma I need time.. Ape kate kite lupekan je soal tu dulu.. Kite makan dulu.." pelayan datang tepat pada masanya membawa order kami. Aku lantas mencapai sudu dan bersedia untuk membaham apa yang ada dihadapanku. "Err Ika.." aku freeze sekejap.. "Yer?" "Kot yer pun lapar.. Jomle bace doa dulu" Alfa tersengih. Alamak. Rona-rona merah mula kelihatan di pipiku. Aku menadah tangan dan membaca doa makan. Sambil tunduk malu memandang muka Alfa aku menyuapkan nasi ke mulut. Mengunyah perlahan-lahan melayan perut yang lapar. Sebaik sahaja aku mengangkat muka memerhatikan sekitar restoran.. Mataku terpahat ke wajah seorang yang boleh membuatku pengsan sekali lagi.. Please ika jangan pengsan.. Kataku cuba menenangkan diri.. Ajib duduk betul-betul di hadapan meja kami. Ada seseorang duduk berhadapan dengannya.. Seorang perempuan bertudung biru muda berbaju kurung sutera hijau muda berbunga-bunga merah kuning.. Kami bertentangan mata.. Ajib senyum sambil berkata-kata sesuatu yang aku kurang pasti apa. Gadis di hadapannya menoleh. Ekspresi wajahku berubah. ‘Nafisa!’ Jeritku di dalam hati... apa dia buat ngan si Najib tuh.. terhenti tetiba suapanku. "Nape Ika?" tanya Alfa bila dia terperasan rona mukaku yang berubah. Dipandangnya sekeliling restoran sehingga pandangannya terhenti kepada pasangan Najib dan Nafisa. "Ohh... Ika terpandang diaorang ye... Apsal muke terkejut sangat nih?... Cam nampak juon lak." ujar Alfa sambil tersenyum dan meneruskan kembali kunyahannya. "Eh..takdelah. Cuma terperanjat jek dengan kedatangan Nafisa ke mari nih. Dia tak bagitau Ika pun yang dia nak datang sini" aku cube mengkaver lagik debaran di dada ini. Patutlah melangkah jek ke dalam restoran nih tadi hatiku dah terasa seolah-olah dapat merasa kehadiran Najib di sini. Betul sangkaan hatiku rupenye. "Ermm.. Biarlah diaorang. Kita makan jek ye..." jawab Alfa acuh tak acuh sambil leka meneruskan suapannya. ‘ermm.. Mamat nih pun cam kebuluq jek aku tengok. Tadi cakap aku kelaparan dia pun sama jek. Belum luak sangat nasi dalam pingganku dia dah nak abis dah... Uihhhh besar gak kantung perut dia nih.. Heheheh’ sempat lak aku ngutuk abe aku nih dalam hati. Sementara itu di pihak Najib.... "Fisa.. Tengok tuh Ika dengan Alfa. Nampaknya panjang umor mereka. Baru kite sebut dah muncul pun diaorang. Diaorang tuh nampak loving couple lagik heheh" ujar Najib perlahan sambil mengacukan mulutnye menunjuk ke arah pasangan Alfa dan Ika yang sedang membelakangi mereka berdua. Serentak itu juga Ika menoleh ke arahnya dan Fisa pula memalingkan mukanya melihat ke arah yang ditujukan oleh Najib. Kelihatan wajah ayu Ika memerah dan agak terperanjat. ‘Makin ayu kau Ika... Patutlah kalau Alfa tertawan’ puji Najib di dalam hati. Dia juga telah merasakan kehadiran Ika sebentar tadi bile dadanya tetiba berdebar dan merasakan kehadiran Ika berhampiran dengannya. Cuma dia tak tau di mana Ika. Rupenye sangkaannya tepat kini dan Ika berada di restoran yang sama dia berada kini. "Heheheheheh... Terperanjat muke Ika, Ajib macam orang nampak juon. Mesti pas nih aku disoal siasat punyelah" Mengekek ketawa si Fisa. ‘Uih minah nih ketawa.. Mengilai cam pontianak harum sundal malam heheh’ Ajib senyum dan berkata sendirian melihat hilaian Fisa tetiba. "Apa-apa pun thanks Fisa ceritakan pasal Ika kat aku. Aku paham kini kenapa dia pengsan bila nampak aku. Cuma aku tak paham kenapa.....errr kenapa.. Errr takde apa-apa lah. Mungkin kelak aku tau sendiri kot jawapannya" ujar Ajib setelah usai hilaian si Fisa. "Cuma apa sih Ajib?" jawab Fisa tak puas ati. "Kenapa.. Ko bagitahu aku lah.. Kalau tak aku sumpah ko kang jadik vespa baru ko tau... Huhuhuhu" Tawe si Fisa lagik... "Cuma... Aku tak paham kenapa ko mengilai cam pontianak harum sundal malam. Tu jek.. Kah kah kahhh..." aku mengenakan fisa. Tak terluah rasenye persoalan tentang debaran hati ini tiap kali memandang wajah Ika. Akan ku telah sendiri jawapannya mungkin. Dua tiga mata di restoran tuh terus memandang kami bila terdengar gelakanku yang agak kuat tuh. Fisa lak memuncungkan terus bibirnya tanda geram ngan komenku tadi.. ‘Heheheh kiut lak ko Fisa wat muke cenggitu’ desis ku dalam hati. "Eh Ajib.. Tapi aku harap ko jangan lak ganggu Ika ek bila ko dah tau nih tentang citer ni" Fisa memecahkan kesunyian sebentar tadi. "Nape lak... X boleh ganggu ke?.. Abih ko nak suruh aku ganggu ko ke?.. Heheh kalau aku nak ganggu gak Ika tuh.. Heheh awek cun tuhhh.. Lembut.. Manis.. Santun.. Humble.. Mana boleh aku tak ganggu" Aku cube memancing jawapan lebih tepat dari Nafisa. "Aku rasa cukuplah pengalaman lalu Ika dengan Ariff yang telah tiada. Tak perlulah ko sandarkan wajah ngko yang agak seiras dengan Ariff nih untuk memancing Ika Ajib. Kau dan Ariff walau seiras tapi x mungkin sama. Atau.. Ko nak Ika terima ko bukan kerana kau tapi kerana Ariff??.. Ko nak ke?.. Bagi aku yang lalu biarkan berlalu. Kesian aku kat dia. Bagilah dia sikit ruang kebahagiaan ekk..." Fisa menjawab persoalan ku tadi. Ku biarkan berlalu persoalan ini. Cuma apa yang hatiku tak paham kenapa jantungku.. Hatiku selalu berdebar tiap kali aku kan bersua dengannya. Tak mungkin... Tak mungkin... "Eh fisa... Ko kata Ariff pergi sebab kemalangan kan? Dan aku nih memang betui seiras Ariff?" laju tetiba mulut nih menyoal Fisa. "Yup muke ko ngan Ariff memang agak seiras. Aku tau pun sebab sebelum aku kemari memang umi Ika ada tunjuk gambar Ariff. Sama tau, aku pun terperanjat. Ape yang umi ceritakan memang dia pergi kerana kemalangan. Nape Ajib?" jawab Fisa ngan muke selamba. "Err... Dah lama dia pergi..errr.. Bila tuh?" Najib menyoal balas. "Ntah ekk... Apsal ko nih tetibe jek tanye yang bukan-bukan" Fisa membalas plak. "Ermm.....aku cuma.."Najib tak dapat memberi jawapannya.dia kelihatan seakan-akan resah. Segera dicapai minuman jusnya dan mula menyedutnya tanpa mempedulikan Nafisa yang masih memandangnya. Nafisa merenungnya dengan pandangan yang kurang erti. "Apa...ko nak menyamar konon-konon nyer ko nie Ariff yang baru bangun dari kubur?" Nafisa membuat serkap jarang. Najib terus tersedak dan terus meletakan kembali jusnya. Nafisa sengih geli hati. Buruk betul minum. Kan dah padan muka... kutuk dia dalam hati.. "Apa pulak fikir cam tu... kalau betul aku nak tipu dia aku bangun dari kubur, takkan wajah aku still hensem cam nie. Mesti dah termakan oleh ulat-ulat tu dulu dalam kubur tu," Nafisa mencebik mendengar kata-kata Najib. Dia segera mengalihkan pandangannya ke arah pasangan Ika dan Alfa yang sedang asyik menikmati hidangan. Najib pula hanya menayangkan sengihan cukup makannya tu sambil mengelap jus yang berbaki di tepi bibirnya. "Kau kata ler kau gi cari dari Sandoval dalam citer secreto di amor tu,mesti dia percaya nyer." Nafisa ketawa mengilai cam pontianak harum sundal malam lagi. Najib hanya mengeleng. "Aduh Fisa.. aku sendiri tak tau crite secreto tu cam ner..kehahaaa..bukan aku pernah tengok pun" terang Ajib. "Fisa..sebenarnye ko tak tau.. ader satu rahsia yang masih aku simpan sampai sekarang.. sebab tu aku tanye ko cengitu pasal Ariff yang seiras cam aku.. aper pun aku perlu tengok gambar dia dulu baru aku beritau.. aku perlukan kepastian.. sebab nye rahsia tuh aku blom pasti lagi sama ader betul ker tak betul.." crite Ajib bersungguh². "Rahsia aper tuh Ajib..?" Fisa menanya. "Tunggu la dulu.. dah la.. pi makan.. sejuk plak makanan tuh.." Ajib macam malas nak cerita.. "Hai Fisa.. Ajib..boleh kami join same..?" Alfa ngan Ika datang untuk duduk dengan Ajib dan Fisa.. "sila Alfa, kak Ika..sila.." laju je Fisa. "Aper yang korang crite kan ni" tanye ku pada Ajib ngan Fisa memulakan perbicaraan. "Tak de la kak Ika..borak cam biase je.." Fisa membalas pertanyaan ku. "Fisa bila sampai.. X bagitau akak pun nak kemari.. Ooo... Sejak bile lak dah kenal rapat ngan Ajib nih" usik ku pada Nafisa. Termalu-malu tiger Fisa dibuatnya. Alfa dan Ajib hanya tersengih cam kerang yang dijual sekilo singgit. "Fisa baru sampai kejap tadi la kak, terus ke opis akak tuk carik akak. Xsempat telefon nak datang sini sebab kelam kabut semalam baru dapat surat tawaran intebiu kat Kuantan nih esok. Sampai opis akak jek Nasib baik terjumpe Najib ni ha.. Dia ajak temankan makan lak tetiba. Katanya ada hal nak di sembangkan. Tu yang Fisa ikut tuh.. Akak nihhh... Kitorang baru kenal gak la.. Masa kejadian abang Alfa bercanda ngan kerbau tuh..." terang Fisa panjang lebar. Hahahaha.. Sume orang tergelak bila kejadian mandi kerbau tuh terpacul kat mulut Fisa.... "Err.. Alfa, Ika.. Fisa.. Rasanya Ajib kene mintak diri dulu la ek " Celah Najib tetiba. "Apsal Ajib cepat sangat. Kitorang dah bayarkan sekali korang makan la.. Lek la.. Baru nak sembang" jawab Alfa pantas. ‘Arrghhh biarlah dia pergi Alfa.. Kenapa di tahan.. Jantungku nih dah sakit nih tahan gelora’ bisik Ika perlahan dalam hati. Serentak semua memandang Najib. "Bukan pasal bayaran la Alfa. Cuma aku ni kan pekerja baru. Kene la beri contoh baik sket... Lagipun En. Raja tuh nak jumpe aku jam 2 petang ni kang. Sori la ekk. Lenkali kite bual panjang...." Najib meminta diri... ‘Fuhh sori ganggg. Aku terpaksa buhung sunat sket. Tak tahan sih nak kaver jek bile cakap berdepan ngan Ika nih. Sakit dada dibuatnya menahan debaran dada nih..." Najib berbisik di dalam hatinya. "Ok la Ajib. See u soon" Alfa melepaskan Ajib dengan senyuman. Namun jelas di penglihatanku riak wajah yang berbeza di wajah Alfa. Kami bertiga terus bersembang di restoran tuu.. Dalam masa yang sama gelora di dada ini makin berkurangan satu demi satu.... ‘Hish.. hish.. Hish.. penat ler berlari nie.. Tapi aku tak boleh berenti selagi aku masih dekat ngan restoran yang Ika ader...’ aku berkata sendirian...aku masuk kedai mamak. "Mamak kasi teh O ais satu ngan rooooo..." aku terstop untuk mintak benda yang kejam tuh... ROKOK sebab ko lerr aku kene gie operate dulu... "Mamak teh o ais jer la....ooo sat.. Bungkuih sekali roti canai teloq na mamak?" eh terer plak aku guna loghat penang muahaha...tak sampai 3 minit mamak tuh dtg ngan teh o ais... Per lagi sedut lerr... Sruut ssrruuttt abis dah...fuh lega, hmm aku nyer jantung pun dah ok dah nie... Ok balik opis ler... “MAMAK KIRA!!!" lepas bayar aku terus blah. Sesampai aku di opis.. Aku nampak kelibat En Raja.. "Assalamualakum En. Raja... Eh?" aku nampak En. Raja pegang tangan Ikis.. Ooo rupanya diaorng nie ada affair.. Baru ler aku tau... Muahaha banyak nyer benda jadik kat aku.. Satu satunya perkara yang aku tak tahan ialah naper hati aku mesti berdegup kencang bila dekat ngan Ika... mesti sebab penderma hati nie... Aku rasa macam nak check jer sapa yang derma hati kat aku... hari minggu nie aku nak pegi Hospital.. Nak tau gak record penderma aku... Jeng jeng jeng "Hah... Najib, kenapa awak dok mengelamun depan bilik saya nie, kalau awak nak duduk termenung lama-lama, pergi bilik termenung hujung sana. Jangan nak menyemak buat muka seposen awak kat depan bilik saya nie!!" sergahan En Raja mengembalikan Najib ke dunia asal.dia termangu-mangu. "Hah? Apa En Raja? En Raja nak jumpa saya?" Najib bertanya. En Raja di hadapannya hanya merenungnya dengan tajam. Sambil itu dia mengusap-ngusap misainya yang melentik ke atas itu. Ikis pula hanya tersenyum malu-malu kucing. Najib memandangnya dengan ekor mata.. Hissh... Orang tua nie jugak yang dia mahu... aku yang gojes nie dia tak pandang plak... hehe.. "Bila saya kata nak jumpa awak? Saya sibuk sekarang nie, tak der masa nak layan awak. Now,back to your own work!!" Najib menggangguk walaupun di dalam hatinya cam nak ditumbuk-tumbuk jer muka En Raja tu. Huh... memang dasar Iblis tu orang tua nie.. nasib baik ler ko tu big boss kat sini, kalau tak, mesti dah lama ko bertukar alamat ke dunia lain.. Huh! Najib merunggut dalam hati. Dia melangkah keluar dari bilik En Raja. Ikis masih di dalam. Entah apa yang diorang sambung buat aku tak tahu, malas nak ambik tahu... Najib masih membebel dalam hati. Dia masuk ke dalam biliknya. Berapa timbunan fail dipandangnya sepi... Hem... malas tu nak buat kerja. Hatinya masih berfikir tentang perkara yang sama. Tiba-tiba melintas di hadapannya sepasang kekasih Alfa dan juga Ika. Sedang berbual mesra. Di belakangnya pula si Fisa, sedang bercakap dengan henset. Najib hanya memandang dari dalam biliknya. ‘aku tak dapat menafikan lagi, aku memang cemburu nih!!!’ kata Ajib dalam hati. Kenapalah si Ika ni terjumpa Alfa dulu. Ni yang buat aku nak menyamar konon-konon kembar Ariff ni....tiba-tiba muncul mentol lampu yang bersinar-sinar atas kepala Ajib. ‘Tak sanggup aku nak mempermainkan perasaan perempuan nie...’ tetiba Ajib teringat bekas aweknyer yang meninggal akibat kemalangan jalanraya. "Wey Ajib ko buat keje ker ko lapar lagi?" tetiba jer Alfa tegur... Amboi mamat nie mesra plak ngan aku... tau plak aku lapar.. setakat tegur jer? Makan-makannyer mana? Baru sebut.. "Nah ambik nie... Aku belanjer. Aku tau ko tak mau dok lama kar restoran tadik.. Ko rasa kurang selesa kan?" Eh mamat baik plak ngan aku... Layan jer la boss aku gak. "Uih tima kasih ler En. Alfa... Kfc tomyam ler pulak.. Pastu siap zinger lagi..memang favourite saye nie" terluir beb tengok zinger huhuhu. "Ko makan ler dulu kang sejuk tak best..tak pun..jom gie bilik aku kita makan sekali hahaha aku pun bawak bekal gak..makan ngan awek susah ler kene cover siot" Alfa bagitau aku. "Ooo En. Alfa.."belum abis ayat aku. Alfa dah pintas. "Aper ni Ajib cakap keje satu opis jangan panggil aku En. Alfa lak.. Rasa cam nak riak plak aku...hehehe anggap aku cam kawan ko jer la" ujar Alfa. Ko nak jadik kawan aku yer? Sat hang... Aku cakap penang baru hang tau muahaha "Oo ok laa kalau macam tu jom kita pi makan kat bilik hang..ayaq aku bancuh kat hang sat lagi muahaha" aku buat terus cam kawan kampung aku...rindu plak kat kampung... Tapi yang best tuh makan lagi.. Alfa rupanyer ko pun pelahap jugak orangnyer yer.. Aku ada gak geng kat sini... Di bilik Alfa... Dua mug hot chocolate siap dihidangkan, menemani santapan kami untuk kali kedua tengahari itu. Sambil makan-makan kami seronok bersembang. "Weh... x salah ke time kije, aku layan ko makan-makan nih???" soal Ajib. "Sape nak marah? Ko kan entertain boss..." balas Alfa sambil tergelak besar. "Ye laa nanti ada pulak kata aku amik kesempatan" tingkah Ajib. "Tak laa... Bukannye hari-hari kite wat macam ni kan? Rilek aaa..." kata Alfa. "Ajib... Ape pendapat ko pasal Ika?..." tetiba Alfa melontarkan sebaris pertanyaan yang bagai tak termampu untuk Ajib menjawabnya. "Aku rasa dia tu baik orangnya. Apsal pulak? Ko berkenan kat dia ker" secara spontan Ajib menjawapnya. "Memang la aku berkenan ngan dia..kalu tak wat aper aku tunang ngan dia..kami berdua dah bertunang.." balas Alfa Romeo. Ajib ternganga..silap² katak puru pun bleh masuk ke dalam mulut Ajib. "Kenape..tak percaya ye...?" soal Alfa lagi. "Suka ati ko ler, apsal ko tanya kat aku?" Najib terus tunduk sambil mengoyak ayam kfcnya. Rasa macam koyak ati sendrik plak. "Takderla. Saja nak tanya. Okey tak dia ngan aku kau rasa?" Alfa buat muka gatal sambil tersengih-sengih. Najib hanya terdiam. Hem... Nanti kalau kata takpe dan, dia kata aku jeles lak...ishhh..dia nie cam saja nak sakitkan hati aku jer! Najib memandang tepat ke arah Alfa yang masih tersengih-sengih. "Okeyler ko ngan dia aku tengok. Sama-sama manusia." Najib membalas akhirnya. "Yerlah. Takkan aku nak kahwin ngan singa laut kot. Hang nie lah...." Alfa ketawa terbahak-terbahak. Najib turut sama ketawa. Teror gak mamat nie buat lawak. keke. "Eh, okeylah, i have to go now" Najib berkata sambil bangun. Saja nak melarikan diri dari topik ini. Alfa hanya mengganguk. "Jangan lupa satgi kita ada mesyuarat pasal projek gabungan dengan Intan Holdings tu" Najib hanya menggangguk. "Habiskan tu... tulang-tulang semua tu," Najib pula bersuara sambil tersengih. Alfa turut sama tersengih sambil matanya mengekori bayangan Najib yang baru saja meninggalkan biliknya sebentar tadi.. Hem.. dia menghembuskan nafas perlahan-lahan.. Sementara itu di pihak Ika pula. "Haii... termenung sakan? Ingat sapa?" Hanieys menegur. Ika nampak terkejut dengan sapaan itu. Segera dikuntumkan senyuman mekar kepada office girlnya itu dan menggeleng. Hanieys hanya tersenyum sambil berlalu pergi meninggalkan Ika yang masih termanggu-manggu. Isshhkk... apsal ler aku asyik teringat nie... dia berkata sendirian... pertemuannya dengan jiran lama sebentar tadi selepas menghantar Fisa ke tempat temuduga benar-benar mengembalikan ingatannya ke kenangan silam.. dia mengimbas kembali saat-sat itu. "Ika...!" aku menoleh. Siapa yang memanggil nama aku? Bisik hati Ika. Kelihatan seorang wanita yang sudah agak berumur tersenyum tidak putus-putus di hadapannya. Ternyata masih ayu walaupun telah dimamah usia. Ika merenung seakan-akan tidak pecaya. ‘Makcik Cinda...!!" segera mereka berpelukan. Erat dan mesra.terasa seperti ingin menitiskan air mata sesudah sekian lama mereka tidak berjumpa.
cerpen-Dia lah di Hati part13
Esoknye di opis..... "Hi Ika.. Morning... Best cuti?" Peah menyapaku sesudahku melabuhkan punggung ke kerusi di petisyenku. "Heheh.. Mestilah best" ku menjawab sambil mengenyitkan mata padanya. Heheh best dapat tengok Alfa berkubang ngan kerbau. Huhuhu.. Kalau ku pecahkan rahsia mau hangat topik nih kat opis sebulan. Aitt.. Mana boleh pecahkan rahsia.. Tu jadik rahsia aku gak huhuhu aku gak kang tempias malu. "Ait.. Senyum2 lak.. Ko bercuti ngan En. Alfa ekk" Soal Peah lagik. Uitt apsal lak minah nih tanye gitu ekk.. Peah lak dah mendekati mejaku malahan terus tarik kerusi lagik. Emm nak dengo citer la nih. "Waaa pepagi dah ada gosip ke?" Ikis lak nyampok sambil datang gak ke mejaku. Sorang lagi teman opisku nih. "Aitt.. Apsal lak tetibe muncul nama aku ngan si Alfa nih?" Soalku lak pada Peah. Dup dap dup dap lak dada nih. ‘Diorang dah tau ke ekkk.. X mungkin.. " desisku dalam hati. Ikis cume trsenyum jek dengo soklan Peah tuh. "Yelah En Alfa pun cuti sama ari cam ko kan. Pastu bile aku tanya nak kemana cuti dia kate nak ke Temerloh gak. Kan ke sama destinasi tuh ngan ko" Peah menerangkan soklannya. Ohh dia cuti gak rupenyeee..... Haah ek. Lupe lak aku arituh dia ada bagitau gak. "Kebetulan jek tuh" aku mengkaver diri sendirik. "Yang ko sibuk-sibuk nak tau apsal Peah... Oooo. Aku tengok semenjak si Alfa tuh masuk kemain ko ekkk.. Melawa sokmo. Asik2 pi toilet tacap muke. Pastu sebatu dah bau tau minyak atar ko tuh.." Aku mengenakan Peah lak. Heheh cam bau-bau jeles lak aku nih. Heheh nak ketawa gak pun ada rasenye. Ntah mana aku dapat idea gojes putar belitkan soklan pun aku tatau.. Hahah nie mesti saki baki virus weng Pakcik Resat masih ada lagik nih dalam otak aku. Wakakaka... Resat...ohhh tetibe teringatkan Ariff lak. Peah kelu terus.. ngan muke terFisat2 blah ke tempatnye semula. Heheh padan muke ko Peah.. Rasekan.. "Wakakaakak..padan muke ko Peah. Me x masuk campo".. Kata Ikis sambil berlalu pergi.. "Eh Ika.." "Haa ada ape lagik pasal Alfa nak citer kat aku" aku memotong ayat Peah pantas. X abeh lagik tuh. "Nak gitau laa bukan pasal Alfa lor heheh... Ari nih sowang lagik pekeja baru akan masuk. Emm kata En Raja dia unit baru dan akan gandingkan ngan ko dalam apa-apa project. Tu sebab aku bagitau. Ni profile dia kalo ko nak nengok" sambil Peah hulurkan sebuah file kepadaku. "Boleh tahan lorr gojes gak.. Heheh namanye Najib gitu. Aku cop ekk" sambung Peah lagik. "Ermm bile masa lak si Raja Iblis tuh interbiu orang. X gtau aku pun. Memandai jek" aku bersungut sambil menyelak muke depan fail tersebut. Memang patut pun dapat gelaran Raja Iblis. Keh keh keh.Gojes ape sangat si Najib nih sampai Peah dah cop. "Haaaaaaa...... Aaarriff" Betui ke pandanganku pada gamba si empunye fail nihhh... "Apsal Ika?..ko kenal ke dia ni?.." tanye Peah cuak bile dia terdengar aku menjerit kecil tadi. "Ehhh.. Err..err... Tada ape2 Peah. Err.. Bile budak nih nak datang lapor diri?" tuturku tergagap-gagap kat Peah. Ape ke hal lak tetibe aku gagap nih... Hatiii.. Tenang hatii.. Ku menenangkan diri sendirik. "Ada dah tuh kat bilik En Raja. Kang jap lagi mesti dia kenalkan kat ko nye. Ehhh aku ulang ekk.. Jangan sesekali ko impit-impit dia. Keje ngan impit x sama. Aku nampak ko impit dak Najib tuh.. Aku lenyek ko jadik nasi impit kang" bisik Peah perlahan ke tingaku. "Weeehhh Peah takat minyak atar perisa sedap malam ko tuh x kose aku nak layan tau. Aku pun ada taste lorr..." aku pekenakan Peah lagik. Sebenarnye aku hanya cube meredakan gelora di dada ini jek. "Hehehehe.. Okey okey aku caya ko" ujar Peah sambil brlalu ke mejanya. "Ika.. En Raja nak jumpe now" muncul Ikis tetibe sambil tersenyum manja. ‘Ermmm seketari En. Raja nihhhh. Kalo part En Raja laju jekkk jalankan tugas. Heheh taulah gosip ko ngan si Raja Iblis tu kiss.. Heheh’ aku desis sendirian dalam hati. Dengan langkah teratur ku cuba melangkah tenang ke bilik En Raja. Ntah kenapa hati ini makin x keruan lak. Hatiku terasa sesuatu. Berdebar dan berat cam nak jumpe sesorang yang aku rindu lak. ‘Oh Alfaa.. Mana kau sekarang. Tolong aku Alfa.. terasa hatiku cam dekat ngan hati seseorang nih’ desisku lagi. Di waktu yang sama di dalam bilik Raja Iblis lak... ‘Soalan En Raja nih boleh ku jawab. Orangnye pun x le garang. Sedang-sedang elok jek. Misaipun xde la melenting cam singa. Cuma kening kirinya sikit terangkat dan terpanjang jek la. Heheh ntah nape senget plak kening En Raja nih. Tersalah trim kot.. Huhuhu sempat lak aku ngutuk si Raja nih..’ Najib berkata sendirian di dalam hati ketika En Raja sedang leka berbual di gagang telefon. ‘Kenapa hati aku berdebar-debar ekk. Panas pun tak ni, bilik aircond lagik. Kerusi lak terasa cam duduk atas tilam rumah aku. Ishhh mainan hati kot. Tapiii aduihhh cam terasa sesuatu lak berdebarnye. Berat jek rasenya. Ape ati aku rase ekk.. Cam nak jumpe seseorang yang aku rindu jek. Tapi nak rindu sape ekkk. Mana ada aku kenal sesapa kat sini. Aweks?... Huhuhu x mungkin. Tu cerite lalu’ serta merta Najib teringat kisah kemalangannya dulu yang telah mengorbankan sama aweknye. Tok tok tok.. Bunyi pintu diketuk dari luar... "Masuk!” kate En Raja.. "Err.. En. Raja cari saye..?" tanye ku terketar² sambil mate ku tertumpu pada pekerja baru nih.. aku masih blom nampak akan muka nye.. sebab dia masih menghadap En. Raja... "Ye Ika.. perkenalkan ni En Najib.. En Najib tu dia pembantu awak Cik Ika.." En Najib menoleh ke arah ku dengan slow motion.. "Hah..! Awak nih kan yang pengsan bila tengok saye..?" tanye Ajib.. Aku terpaku tak tau nak kate aper².. rase nye seperti kena kejutan elektrik bila tengok pemuda nih.. rupa nye memang seiras ngan Ariff.. kaki ku menggigil.. jantung ku hampir sakit dibuat nye.. "Cik Ika.. kenape nih macam nampak hantu je?Kamu berdua nih cam dah saling kenal mengenal..?" tanye En Raja. "Begini En Raja.. terus terang saye memang tak kenal ngan Cik Ika nih.. dan kebetulan saye ader nampak dia kat kampung saye.. dan entah kenapa bila je dia tengok saye..dia pengsan.. macam nampak hantu.. dan sekarang dia jadi cengini plak.. Cik Ika kenapa nih..buruk sangat ke muka saye sampai Cik Ika jadi cam nih...?” Kate En Najib untuk mendapatkan kepastian dari aku.. begitu juga reaksi En Raja..tah kenapa aku masih blom sedar lagi..fikiran ku melayang.. tak percaya akan aper yang belaku..tetiba ingatan aku pada Ariff muncul kembali.. kaki ku lemah.. kepala ku berat.. Aku terdengar kekecohan.. muka ku basah seperti di simbah air.. aku terdengar nama ku di panggil.. Ika.. Ika.. Ika.. tapi aku blom sedar..a per yang belaku.. aku pun tak tau.. "Ika... are you okey?" Bebayang ku nampak wajah Ikis. Makin lama makin terang pendangan dan pendengaranku. "Ika.. Bangun bangunn...".. Baru jelas kelihatan Ikis, Peah ngan Hanieys sedang mengelilingiku. "Kenapa aku ha... Rasa pening lak pala nih.. Aduihhh" aku mengaduh. Terasa bebal lak pala. "Ko pitam tetibe jek tadi masa dalam bilik si Raja tuh. Nasib baik si dak baru tuh sempat sambut ko kalau tak cam tapai basi jek la ko melepek kat lantai tadi tau" laju Ikis menerangkan. "Abang Raja.. Eh silap.. Heheh En Raja kelam kabut panggil aku tau" Ikis menyambung lagik. "Heheh ko Ikis... Panggil abang Raja rupenye selama nih".. Sempat lak aku mengusiknye dalam pada kepala tengah mamai nih. Ikis hanye tertunduk malu mengkaver dirinye yang comei tuh. Peah ngan Hanieys lak dah mula tergelak-gelak kecil. "Ko nape ka. Risau akulah. Baru nampak Najib dah cenggitu. Sok keje ngan dia haiii cemanaaaalah. Nampak gayanya aku nih memang ditakdirkan ngan Alfa agaknye" tetibe Peah bersuara. Uittt.. Ada hati ko Peahhhh... Aku tebas ko..huhuhu "Heheh.. Ke situ lak ko Peah. Takde apa-apa la. Aku pun tak tau kenapa aku tadi. Tetibe cam... Ntah la.." jawabku pada Peah sambil memicit-micit perlahan kepalaku. Agak ringan sket kelamaan. Sebut Alfa tadi teringat lak kat dia. Mana dia ek. Arinih lom nampak dn dengar citer dari dia lagik. Takkan dia lupe kat aku kot. ‘Sampai hatimu Alfa.... Ika sendirian kekacauan nih Alfa tak jengulkan diri pun bertanye khabar. Arghhhhh majuk ar cenggini kangg...’ sempat lak aku merintih sendirian dalam ati. Lama bilik tuh di huni sepi. Hanieys dan Ikis hanye memandangku memicit kepala jek. Peah lak ringan tangannye menolong memicit kepalaku. ""Err.. Okay la gang. Rasanya aku dah okay kot. Korang boleh tinggalkan aku sorang. Kang jap lagik aku keluarlah dari bilik nih" aku cube bersuara minta masa sendirian. "Are u okay tui Ika?" Hanieys cube mengesahkannya sambil memicit perlahan bahuku. "Ok my dear. Lelama kang si Raja Iblis tuh carik Ikis kangg...mana kopi I Ikis..mana nasik lemak I Ikis... Mana Fisau cukur I Ikis..mana sapu tangan I Ikis... Huhuhu semua-semua kan Ikis kite jaga..? Heheh” sempat lagik aku melawak. Heheheh.. Bilik tuh dipenuhi dengan deraian tawe mereka sebelum mereka pergi meninggalkan aku. "Eh Peah... Arinih nampak En Alfa tak...?" Aku tak boleh tahan tuk bertanyekan tentang dia gak sebelum Peah menghilang dari balik pintu. "Hehehe nak tau gak tuh. Dia ada meeting lor dari jam 830pagi tadik ngan klien kat luar. Wehh aku nasihatkn ko beli gak minyak atar sedap malam nih... Huhuhu" Peah mentertawakan aku. Hanye kenyitan mata dapat aku berikan padanya. Kini aku sendirian. Melamun memikirkan kenapa aku tadi. Kepakah Najib tuh seiras sangat dengan Ariff... Kenapa..kenapa.. Ntah lah.. Tok tok tok.. Kedengaran pintu bilik rawatan tuh diketuk dari luar..... "Siapa?" ku membalas. "Cik Ika? U ok? Bleh saya masuk?" Najib muncul depan pintu... " Cik Ika tolong laa jangan pengsan lagi... Pls, tolong laa jangan pengsan..." Najib buat muka kesian. Kelakar ler pulak aku tengok budak Najib nie. "Hohoho jangan risau Najib, saya tak kan pengsan dah... Saya pun rasa banyak kali sangat saya pengsan hahahaha" aku buat lawak yang tak berapa lawak... Najib diam jer tengok muka aku... Mata kami berdua bertentangan... Terus sunyi keadaan... Macam malaikat lalu.. "Cik Ika boleh saya tanya something?" Najib memecah kesunyian. "Silakan kalau saya boleh jawab" rilek jer aku cakap. Padahal dalam badan nie dup dap dup dap jantung aku bunyik.. Laju gak ler denyutan jantung aku.. Rasa nyer boleh lawan ngan keta F1. "Cik Ika nie naper yer? Asal tengok muka saya jer pengsan. Kalau sekali tak per laa... Saya boleh terima. Tapi dah masuk dua kali nie.. Jadik saya nak tau jugak kenapa... Huduh sangat ker saya nie sampai buat orang pengsan..." apa aku nak jawab kat budak nie.. Sian plak aku tengok si Najib nie... Bebetul blur abis budak nie. "Macam nie la Najib... Saya rasa better..." aku terdiam tak boleh nak sambung. Nak citer ker, tak nak pasal Ariff? Ish aku pun blur macam Najib jugak. Aku memandang muke Ajib.. Lama.. Kire-kire 2 minit 43 saat.. Aku pandang dari atas sampai bawah.. 99.99% darinya adalah sama.. Mimik muka.. Stail rambut.. Cara berpakaian.. Suara.. Gaya bercakap.. Bukan palsu.. Bukan duplicate.. Kalau jejaka dihadapanku ini mengaku namanya Ariff dan memuntahkan kata-kata azimat seperti yang pernah diluahkan Ariff beberape tahun lepas aku sanggup daki gunung berduri sekalipun kalau itu pengerasnya.. Tapi apakan daya.. Jejaka yang berada di hadapanku adalah Najib bin Mohammad seperti tercatat di dalam kad pengenalannya. Ah.. Kenapa aku begitu mudah berkhayal tentangnya? Aku tersedar dari lamunanku apabila Ajib meraba-raba mukanya.. Bimbang ada tercalit kotoran atau senget sebelah.. "Cik Ika? Cik Ika pakai bahasa isyarat ke? Saya tak paham.." dengan inesennyer Ajib bertanyer.. "Eh.. Saye bercakap ke tadi?" aku pulak buat muke inesen.. Ajib menggeleng kepala.. "Takpela Cik Ika.. Maybe fikiran Cik Ika terganggu lagi.. Lain kali Cik Ika boleh ceritakan yer.. Tapi saye memang nak tau sangat apa yang membuatkan Cik Ika pengsan 2 kali melihat wajah saya yang tak kurang tampannyer ni.. Selagi saye tak tau saye takleh bekerja dengan aman disini.. Lagi-lagi menjadi pembantu Cik Ika.. " Ajib berkata panjang lebar. "Ermm.. Apa kata saye ajak awak lunch.. Leh saye ceritakan nanti.. " terpacul keluar dari mulutku sepontan dengan ajakan tersebut. Matila aku kalau Alfa tau.. "Boleh jugak" sengih Ajib. Sebelum aku sempat berkata-kata dia menyambung. "See you in an hour" dia membuka pintu dan sempat mengenyitkan mata kepadaku. Alamak... Boleh pengsan lagi aku macam ni.. Dalam masa yang sama di pihak Najib pulak.... ‘Kenapa minah sorang ni terlalu mengambil perhatian aku nih sejak pertemuan pertama dulu? Dulu masa pertemuan pertama masa eksiden aku ingatkan hatiku berdebar melihat dia sebab perasaan bersalah aku jek masa melintas jalan tak tengok kiri kanan. Aku tau dia hampir pengsan waktu tuh. Nasib baik ada sorang mamat yang telah berenti untuk tolong dia. Kali kedua lak ati aku masih gak berdebar bile terjumpe dia kat kampung arituh. Yang herannya muke dia terperanjat lotong bila nampak aku pastu terus pengsan. Hati aku pun berdebar lagi masa tu. Hari nih aku masuk keje baru kat sini.. Dia nampak aku.. Dia pengsan lagik. Yang makin mejiknye hati aku berdebar lagik tadi dalam bilik En Raja tuh rupanya nak nampak dia lagik. Nape nihhhh.. Kenapa hati aku asik berdebar jek bile jumpe dia. Sekang pun debaran hati aku masih lagi terasa. Wehhh kacau kacauuuu... Rasenye perasaan yang sama cam masa memula aku rindu kat awek aku dulu. Aduihhhh bertahan ke aku keje kat sini.. Ganding ngan dia lak tuh. Pehtu boleh tahan gak ayunye minah nih mau pecah lelama dada aku nih kang asik dup dap dup dap jek. Terpaksa la aku jalani balik operation kang tuk dapatkan hati baru.. Haiii hati sape lagik le kang yang boleh aku mintak tuk kaver balik hati aku yang pecah sekali lagik. Tapi dia rase ke ek cemana hati aku rase nih?...arghhhhh... Lantak la. Jap lagi dia nak ajak aku makan aku nak tau gak persoalan ini...’ Najib bermonolog sendirian di dalam hatinya sepanjang perjalanan keluar dari bilik rawatan tadi menuju ke petisyennya. "Hai sayangku!... Are u okay?".. Tetibe Alfa terpacul di bilik rawatan nih dengan muke keresahan. Terperanjat tui. Belum hilang debaran hati nih dipekenakan dak Najib tuh dia lak tambahkan debaran. Aku sekeh lumat gak kang si Alfa nih tapi sian lak tengok muke dia yang cuak tuh. "Hmm... Okay dah. Pening sikit jek pala tadi. Yang awak nih masuk dah x reti nak bagi salam ke?... Buat terperanjat orang jek. Seb baik Ika xde sakit jantung tau.... Kalau tak tadi...." “Kalau ada sakit jantung I sanggup tau bagi jantung I kat ika. Biar I susah I x mau buah hati I nih susah. Nasib baik I telefon ke opis nih tadi nak cakap ngan Ika masa meeting break kejap tadi. Tapi si Hanieys yang angkat dan bagitahu Ika pengsan. Berkejar tau I sayang kemari tuk dapatkan Ika dan selesakan Ika. Kenapa boleh jadik macam ni nih...." laju tutur Alfa lembut memintas cakap ku sambil mula mengambil tempat berdiri hampir menghadapku yang sedang duduk melunjurkan kaki di atas tempat pembaringan. Ermmm terbau semerbak harum bau minyak wangi yang dipakainya menusuk ke idungku. Heheh patutla dak Peah tuh suke kat Alfa.. Heheh sempat lak aku melamun kejap. "Entahla..." hanya itu yang mampu aku cakap. "Kalau Ika dah okay... Jum kite keluar sat.. Kite lunch awal. I bagitahu dah dengan kawan I Raja tadi tuk bawa U keluar awal. Dia okay jek as long as i tak kacau seketarinye si Ikis tuh..lagi pun I miss u Ika" bisik Alfa perlahan sambil tersenyum manis dan menolongku turun dari katil rawatan tuh. "Hermmm.... Okay. Ika pun lapar nih lom sempat breakfast tadi" tuturku juga perlahan. Heheh...superman dah datang beb. Hilang terus pening kepala nih. Kami pun bergandingan keluar dari bilik tuh. Dalam hatiku nanti dah berkira-kira akan aku singgah ke petisyen Najib tuk batalkan janji lunch kitorang. Bek keluar ngan cek abe aku.. heheh "Errr...Alfa..." aku memanggil Alfa sebelum dia beredar. Alfa memusing badannya kembali sambil melemparkan senyuman manisnya. "Ada apa sayang?" huh... dia nie memang, kat office pun nak bersayang-sayang. Aku menarik muka masam. Aku melihat sekelilingku. Fuh..nasib baik tak der si Ikis ataupun si Peah tu.kalau tak..mampus aku! "Ika nak gi toilet jab, ada emergency nie." Alfa hanya tersengih. Hairan gak aku. Hai... aku bagitau nak gi toilet,bukannya aku kata nak cium dia. Tersengih plak mamat nie. "Pergi ler,apsal nak bagitau plak. Apa, nak suruh teman ker?" dia tersengih sambil merenungku dengan renungan menggoda. Isshh... tergoda aku sebentar... hensem gak si Alfa Romeo ni. Bertuah aku dapat dia. Keh keh keh "Ishh.. tak kuasa.. Ika leh gi sendiri," aku menjawab malas. Terus ku pusing badanku. Niat sebenar bukannya nak gi tandas tapi nak gi jumpa Najib, cancel lunch date... hehe... tapi apa salahnya kalau aku date gak ngan dia. Memula keluar ngan Alfa, nanti aku keluar lak ngan Najib? Hehe... tak baik tul aku nie... "Haa... Ika,nasib baik saya tak lupa.nanti ada partnership dari syarikat Intan Holdings. Nak datang handle projek Ika tu." aku memusing kembali badanku apabila mendengar kata-kata yang dituturkan oleh Alfa Romeo sebentar tadi..berkerut seketika wajahku. "Habis tu. Najib tu buat apa? Jadi pak pacak dalam projek tu? Ataupun tukang nak sangkut tuala?” Aku bertanya kepadanya. Alfa hanya tergelak kecil mendengar kata-kataku. "Tak derla. Najib tukan masih baru lagi. Masih belum banyak experience lagi kata orang. Tu yang diorang nak antar pekerja diorang tu. Dengar kata orangnya dah lama dalam bidang nie." dia menerangkan kepadaku. Aku hanya terangguk-angguk sahaja. Sapa agaknya orangnya yer. Ntah-ntsh datang lagi sorang muka cam Ariff? Pengsan tak bangun-bsngun aku lepas tu. Takpun jelmaan Pakcik Resat ketika zaman gila-gila remaja? Huhu... mesti pakai rambutut alfro ngan vespa dia. Huh... simpang malaikat 44!! Tak nak aku.. cukupler si Ajib tu sorang. Takkan bapak dia pun nak join gak!! "Ler.. kata nak gi toilet tadi,tak jadi ker?" eh... dah terjauh rupanya lamunan aku tadi. Aku tersengih tanda malu. Alfa tersengih membalas.aku segara melangkahkan kaki ku cepat2. Kalau betul aku nak gi toilet tadi, mesti dah ter# dah nie... hehehe... Aku segera ke bilik si Najib. Eh... dia takder plak.. hem tinggal message kat penyambut tetamu jer la. Aku menoleh ke arah seorang gadis yan tak berapa jauh dari aku tu. Aku melangkahkan kaki. Sesampainya aku di sana, ku hadiahkan senyuman manis buat gadis itu. Biar dia tahu aku nie seorang yang manis dan suka tersenyum... senangler nak minta tolong hehe... gadis itu pula membalas... lagi clear ler... "Dik, boleh tolong tak?" aku bertanya manis.gadis itu hanya menggangguk. "Tolong bagitau En Najib, pegawai kita yang baru masuk tu, saya tak jadi lunch ngan dia ari nie. Saya ada keje. Okey?" gadis itu hanya mengangguk. Aku tersenyum puas. Budak nie bisu ker apa haa? Dari tadi aku sorang jer yang cakap...ishh...tak baik betul aku nie. Aku tersenyum tanda selamat tinggal kepadanya tetapi sebelum aku melangkah mataku tertancap kepada sehelai kertas seperti resume beralamat Intan Holdings. Segeraku teringat kembali kata-kata Alfa. Aku bertanya kepada gadis penyambut tetamu itu. "Dia ini ker yang akan turut serta dalam syarikat kita nanti? Bekerjasama dalam projek bawah Yayasan Holdings?" gadis itu menoleh sebentar kepadaku dan memerhatikan resume di hadapanku. "Iyer, dialah. Tadi dia ada datang. Bagi resume nie." aku menggangguk tanda paham sambil mataku masih merenung wajah di dalam borang itu. Hem.. lawa gak minah nie... boleh lawan aku nie... hehehe... berkelayakan... graduate from Universiti Harvard... Hem bukan calang-calang nie... Aku membaca serba sedikit profile mengenainya. Aku masih merenung gambar itu. Namanya... eh lupa lak nak baca.. PDA... Hem...boleh ker aku kerjasama ngan dia nanti...? Ah, lantak ler, pergi lunch dulu. Mesti Alfa tunggu sambil pegang perut dia tu.... Aku berlalu pergi
Subscribe to:
Posts (Atom)
